Jerebu ye?

Assalamulaikum
 
Orang sekarang tengah sibuk cakap pasal jerebukan? Paling teruk area selatan tanah airlah. Kita yang duk kat pantai barat ni dah beransur sikit demi sikit naik kadar IPUnya. Aku mula-mula tak perasan sangat jerebu ni. Ahad 2 minggu lepas masa kitorang (aku, en.aril ngan safiyya) on the way ke senawang nak cuci rumah perasanlah atas hi-way LEKAS tu tebal benar kabusnya. Yerlah, kitorang gerak pagi kot. Dalam pukul 8 lebih gitu. Tau-tau jelah, kalau ikut LEKAS pepagi cenggitukan berkabus tebal je sebelum ni. Tapi, bila kitorang bukak tingkap, bau asap je memanjang, tak bau fresh udara pon. En.aril dah dah bising dah ni mesti kes orang buat pembakaran terbuka. Rupa-rupanya sangkaan kitorang meleset sama sekali yep. Punca jerebu bukannya datang dari negara kita, rupanya  datangnya dari negara jiran. Hurmmmm...
 
Allah S.W.T nak bagi ujian kat kita, sekejap je. Tak payah susah-susah pon. Diduganya kita dengan keadaan berjerebu tanpa kehadiran hujan walaupon sedikit dah buat hidup kita tak tenteramkan?? Anak-anak beransur tak sihat, mak ayah yang berulang alik pergi balik kerja naik motor, naik pengangkutan awam ramai yang mula batuk dan selsema. Hari ni pon semua sekolah di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur dah diarahkan ditutup sebab keadaan darurat katanya. Yang belah selatan sana, Khamis/Jumaat lepas lagi dah diarahkan ditutup. Sekarang ni, semua aktiviti luar memang tak digalakkan. Bayangkan duduk dalam rumah dengan semua pintu dan tingkap bertutup pon boleh terbau asap, inikan pulak kalau kita sesaja keluar buat aktiviti luar. Huishhhh..Memang tak bagus.
 
Semalam masa tengah siapkan breakfast kat dapur (tingkap dapur aku mengadap jalan besar kat Presint 20), aku perasan ada sekumpulan manusia yang buat marathon kot! Semua pakai t-shirt putih. Wahhh!! Dalam hati aku, kebal giler diorang ni berlari-lari tengah musim jerebu ni. Kalau ye pon aktiviti ni dah dirancang lama oleh penganjur, apalah salahya korang tundakan/batalkan je. Bukannya rugi berpuluh juta kot! Yang aku tak faham tu, boleh pulak ada parents yang siap tolak stroller dengan baby yang masih kecik semata nak join marathon ni. Hoiiii!!!! Akal ada tak??? Nanti bila anak tu sakit yang bukan-bukan ko bising. Tapi, ko sebagai mak bapak tak memikir ke yang ko pegi bawak anak ko dok marathon bagai time cuaca tengah berjerebu kuat ni kenapa??
 
Memang aku tak faham sungguh orang sekarang ni. Dalam fb, dok membebel-bebel cakap jerebu teruk, sakit dada semua, tapi yang ko sendiri menempah penyakit tu kenapa???? Tak ke "CERDIK" namanya tu?!!
 
Alhamdulillah, setakat arini aku masih sihat macam biasa. Safiyya pon sama, cuma dia tu sokmo sangat bersin. Takkanlah kecik-kecik lagi dah ada resdung? Pelik sungguh. Rumah aku tu dahlah sokmo berhabuk, maklumlah duduk tingkat 10. Walaupon jarang-jarang bukak tingkap, tapi habuk tetap berlambak. Stress betul! Tiap kali ada kelapangan je, mesti aku amik kain basah lap semua kabinet tv, sofa, kepala katil dan semua tempat yang berhabuklah. Vacuum rumah boleh dikatakan hampir setiap hari. Tapi, habuk tetap menimbun. Kenapalah banyak sangat habuk ni. Benci betul aku. Nak pasang ekon, tak mampu lagi kot nak maintain bayar bil elektrik nanti. Sebelum pasang, bolehlah cakap nanti nak on ekon time nak tido je. Ko rasa, menda dah ada depan mata nanti, sanggup ke ko nak tengok je. Silap-silap haribulan mau 12 jam ++ berekon  kat rumah. Pastu bila dapat bil elektrik tiap bulan mulalah nak pitam, hahaha. Ahhhhhh, tak payah membazir. Selagi boleh bertahan, bertahan jelah. Jangan nak poyo sangatkan! Kitorang laki binik bukannya kerja cap duit, banyak lagik menda penting yang perlu nak pakai duit :P
 
En.Aril buat masa ni masih tak sihat-sihat lagi dari batuk+selsemanya. Diakan pergi balik kerja naik motor. Walaupon rumah dengan ofis sekangkang kera je, tapi kesan jerebu tetap tempias kat dia. Kasihan laki aku sakit, sampai deria rasa langsung tak berfungsi! Tiap kali makan/minum dia cakap tak rasa apa-apa pon kat tekak. Makan sekadar nak hilangkan lapar je. Dugaan Allah nak bagi untuk diakan. Nasiblah aku yang berulang KL-Putrajaya 5 hari seminggu ni masih dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T. Mungkin sebab aku naik kereta kot! Kuranglah sikit terdedah dengan jerebu kat luar. Pastu time lunch hour pon memang aku tak kuar ke mana. Makanan lunch aku dah siap tapau awal-awal pagi sama ada beli time breakfast @ bawak bekal dari rumah je. Alhamdulillah.

Harini aku puasa sebab nak biasakan baby supaya tak terkejut nanti masa bulan Ramadhan. Pagi tadi aku bersahur macam biasa je (air milo+roti+buah kurma+air masak+nasi sikit). Mesti kena amik extra makanan. Takut baby kelaparan nanti. Setakat ni, alhamdulillah, semuanya masih ok. InsyaAllah, aku yakin nanti masa bulan puasa, aku mampu berpuasa macam biasa (itupon kalau tak bersalin lagilah). Janji aku tak skip sahur. InsyaAllah. Jumaat ni, kandungan aku nak masuk 35 minggu dah. Wah, sekejap jerkan. Rabu ni pon ada cekup kat KK Tanglin. Harap-harap takde apa masalah. Kalau ikut safiyya dulu, genap 36 minggu 2 hari aku dah bersalin. Kali ni tak taulah. Tapi, masuk isnin depan je, aku nak mula kemaslah laci ofis aku, nota-nota aku, kunci bilik bos semua nak serah pada pengganti aku dah. Manalah tau, kot-kot kali ni pon bersalin genap 36 minggu. Hip-hip hooraylahkannnnn.. GL manual pon aku dah readykan. Beg baju baby + aku untuk bawak ke hospital pon aku dah siapkan. Cuma barang-barang dalamnya je yang ada 1/2 lagi yang tak dimasukkan.
 
Kalau korang tanya aku dah ready ke untuk bersalin??? InsyaAllah, dah je aku cakap. Bukan berlagak, tapi itulah hakikatnya. Walaupon tau, hazab kemain time kontraksi nanti + time kena jahit nanti, takpelah. Lalui jelah dengan tenang walaupon tak tau lagi boleh ke tidak aku bertenang, hahaha. Aku harap, agar kelahiran yang kedua ni pon dipermudahkan Allah S.W.T. Biarlah aku dapat melahirkannya secara normal jugak macam safiyya dulu. Kalau ikutkan, dah banyak tips/panduan yang aku baca untuk menghadapi saat-saat kontraksi dan kelahiran nanti. Harap-harap, semua tips tu aku ingatlah time aku dah mula sakit nanti. Yang penting, tolonglah jangan aku angkat vons lagi kali ni. Perit wei bila nak membuang nanti :( Tolonglah cik vons.....Janganlah ko ikut terangkat time aku mengepush nanti, pelizzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....Kasihanilah tuanmu ini (^_^)
 
Puasa-puasa cenggini mulalah aku blur tak tau nak masak apa untuk berbuka karang. Nak-nak bila en.aril pon dah hilang selera ni. Lagiklah aku bertamabah blur. Tapi, rasanya mungkin nak masak masakan yang berunsur kukus/grill/panggang je kot! Rabu nikan nak jumpa nurse. Takut pulak kalau-kalau berat naik lebih dari yang sepatutnya. Nanti lepas cekup, kalau berat ok, baru kita makan yang biasa-biasa pulak, cerdiknyaaaa Intan!!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017