Sembang kosong jelah kita pagi ni ye.
Assalamualaikum
Ohoiii....Lamanya tak bersembang dekat sinikan. Takde apa yang disibukkan pon. Hidup macam biasa je. Rutin harian pon sama je. Pergi kerja isnin-jumaat. Sabtu ahad masa untuk keluarga. Takde apa yang berubah. 2 minggu berturut-turut aku balik Bentong baru ni. Minggu pertama balik sebab kawan baik dari kecik-kecik kawin. Kalau tak balik mau dihamuknya aku nanti. Minggu baru ni pulak ke Temerloh pergi kawen pak sedara. Yang nie pon wajib balik jugak sebab masa wan talipon en.aril bagitau pakcik saiful nak kawen, mula-mula ceria je suara dia, tetiba senyap seribu bahasa. Pastu terus dengar suara dah jadi serak-serak nak nangis.. Ah sudah! Terus en.aril cakap, kitorang balik, wan jangan bimbang. Wan aku ni sensitif sikit orangnya kot. Kenapa dia sedih, tak payahlah aku bukak cerita. Hal keluarga je kot, biasalah, bila dah kehilangan seseorang, hanya orang yang masih hidup yang mampu memanjangkan silaturrahim yang adakan?
Cerita pasal kawen kawan aku pon nanti-natilah aku citer. Kot rajin karang aku uploadlah gambar dia. Internet kat ofis arini entah kenapa. selow sangat loadingnya. Letih menunggu.
Selasa lepas aku lemah giler kot! Kalau ikut hati memang nak EL je. Tapi, mengenangkan ari jumaat tu aku dah kena cuti sebab pengasuh safiyya balik kampong, aku gagahkan jugaklah diri ni datang kerja. Datang ofis pon muka selebet je. Ofismate pon sampai tegur kenapa nampak pucat je. Serius aku rasa badan aku sakit semuanya. Baby aritupon jadi kurangggg sangat bergerak. Hati dah mula bimbang, rasa mcam nak pergi hospital, tapi aku tahankan dulu. Tengok esok-esok pulak. Kalau baby masih tak aktif, memang kena refer doc lah jawabnya. Hari selasa aritupon, masa aku banyak dihabiskan tido kat surau je. Kejap-kejap karang aku cakap kat ofismate aku nak surau. Alhamdulillah, semua memahami, Lagipon bos aku ok je. Dia pon ada isteri yang pernah mengandungkan. Mestila lagi memahami, kalau tak memahami memang tak dapat nak cakap apalah :)
Nasiblah ari rabu tu aku dah segar macam biasa. Baby pon alhamdulillah, aktif kembali macam biasa. Legalah hati aku. Kalau tak, tak pasal-pasal kena serah diri kat hospital awal-awalkan :) Aku paling takut dan paling nak elak sekali kena warded sebelum waktunya. Biarlah aku warded sebab dah nak bersalin je. Dahlah aku tak pernah berenggang tido dengan safiyya. Macam manalah nantikan. Uwaaaa...Nampak gayanya aku yang touching lebih tak boleh tido malam nanti. Ntah-ntah safiyya rileks je kat umah tido time aku warded, kuikuikui :)
Usia kandungan aku kali ni dah masuk 32 minggu 3 hari dah arini. Semuanya masih macam biasa, tapi serius kali ni aku rasa dah tak larat nak bawak perut kot. Rasa macam tak sabar je dah nak bersalin. Kaki, perut semua dah berat. Kaki pon dah mula membengkak sekarang. Kalau time pregnantkan safiyya dulu aku takde masalah kaki bengkak, maybe sebab en.aril yang drive pergi balik kerja. Sekarang ni, semua kena buat sendiri. Nasiblah kerja-kerja kat rumah termasuk dengan hal-hal safiyya banyak yang en.aril tolong setelkan. Alhamdulillah (^_^)
Aku rasa peluang aku kena minum air gula sekali lagi ni sangat cerah. Berat naik lebih dari yang sepatutnya tau. HB tak nak pulak naik macam berat badan nikan. Mengada sangat HB ni. Aku redha je untuk dapat appointment minum air gula lagi sekali ni. Ari rabu ni aku cekup sekali dengan anak dara kesayangan. Alhamdulillah, genap dia 2 tahun ari rabu ni (12/6). Aku + en.aril dah apply cuti siap-siap untuk rabu nie. Nak celebrate 3 beranak kononnya. Plan dah ada, tapi, sekadar makan-makan je pon. Nak redeem kupon yang dah berzaman aku beli. Dari sebulan sebulan bertangguh. Dah nak expired dah pon hujung bulan ni. Sebelum expired, meh kita celebrate birthday anak dara kat situ jekan. Sonang sebab dah siap bayar (^_^)
Adik dia pon tak lama je lagi nak lahir. Yeay!! Tak sabar!! Cepatlah adik keluar ye. Tak payah tunggu due date pon takpe. Janji cukup tempoh matang. Mama sangat-sangat eksited dah ni walaupon tak habis mengemas barang baby lagi, kahkahkah :P
Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?