Usap perut jom!
Assalamualaikum
Hah, tadi baru dok membebel yang lemak berterabur kat badan, ni pergi up entry lauk pauk ni dah kenapa Intan?? Saiko betulkan, kahkahkah.
Eh, walaupon bising berat dah naik, lemak dah berterabur, masak tetap kena masak. Makan tetap kena makan. Kalau bukan untuk diri sendiri, untuk orang tersayang kat rumah dah WAJIB kena masak. Takkan aku nak biarkan diorang kelaparan semata-mata sebab aku stress dengan lemak kat badan aku. Not good, not goodkan!! Kata nak dapat pahala lebih, salah satunya nilah caranya. Sediakan makanan untuk suami dan anak-anak dengan air tangan sendiri. Yang PENTING, kena ikhlaslah. Kalau masak sekadar nak rebut pahala, tapi mulut pot pet, pot pet, tak payahlah ye. Buang masa dan tenaga je. Makanan yang korang masak tu pon mesti rasa tak sedap.
Aku cakap berdasarkan pengalaman akulah. Tiap kali aku masak tanpa rasa ikhlas sebab terlalu letih, memang rasa makanan tu ke laut memanjang walaupon menunya hanya ayam goreng. Kalau tak percaya, silalah mencuba eh (^_^)
Sotong berempah. Haritu masa aku el, tak tau nak masak apa sotong ni. Asyik masal sambal, celup tepung tak pon masak kunyit. Boringggg!! Apa lagi, cepat-cepat kelebek buku resepi dalam bilik. Nah, terhasillah masakan ni. Ala-ala kari sotong je sebenarnya, cuma takde santan. Kalau ikutkan dalam buku resepi, kuahnya kering sikit, tapi sebab ni kali pertama, aku tak reti nak agak airnya, hantam sajalah labu. Janji sedap. Serius, memang sedap. Dan-dan kena dengan selera en.aril. Siap request nanti masakkan lagi sotong cenggini.
Setiap kali makan, memang tak sah kalau takde sayur aku ni. Jadinya, mempersembahkan bayam tumis air. Campur sikit dengan lobak merah dan fishcat sebab safiyya tak reti makan sayur berdaun. Dia kalau nampak lobak merah je, memang laju je makan :)
Ikan kembong goreng pon untuk safiyya. Sotong berempah tukan pedas sikit, lagipon sotong liat , mana dia reti lagi nak makan. Ikan ni pon bukannya dia makan sangat. Buat syarat je, selebihnya mama abah dia je yang makan :)
Haritu pergi kenduri kawen dapat telur rebus ni. Aku simpan dalam peti ais, Nampak di encik aril terus dijadikan menu cenggini. Dia kata nanti simpan lam-lama takur busuk. Fine! Silalah dia makan dengan jayanya ye, hahaha
Yang ni pulak lauk hari selasa/rabu aritu. Kari ikan bawal emas meletop! Dah ada kari, lawannya mesti sambal belacankan. Barulah terangkat!!!!!
Sambal udang petai tempoyak tu pulak aku masak hari ahad lagi. Dah lama sangat teringin nak makan. Sebelum bersalin, kita makan semua makanan yang diidamkan supaya air liur anak tak meleleh nanti :)
Penutup makanan harini, cucur udang panas in da house!!! Yeay!!! Alhamdulillah, selepas lama mencari cucur udang yang macam ni, akhirnya, lepas jugak hajat nak makan sebelum bersalin. Tadi masa pergi Masjid Negara nak beli kebab ternampak pasangan suami isteri ni tengah menggoreng cucur udang ni. Mula-mula aku beli 2 ketul je sebab nak cuba-cuba. Takut tak kena kat tekak. Sekali, masa jalan-jalan boleh habis pulak cucur ni (aku makan sambil berjalan ye, sangat tak senonoh perangai ibu mengandung nieh, jangan ditiru perangai sebegini, kikikiki). Sebelum balik, aku singgah lagi sekali beli 4 ketul pulak. Memang usap perut jelah lepas makan cucur udang tu, hahaha!!!!






Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?