Selamat hari lahir yang kedua putriku (^_^)
Assalamualaikum
Semalam 12 JUN 2013 genaplah umur anak dara ketipang ketipong ni 2 tahun. Alhamdulillah, selama 2 tahun membesarkannya, macam-macam pengalaman baru yang kitorang (aku dan en.aril) lalui. Pahit, manis, masam, pahit semua ada. Tapi, tentu-tentulah kemanisan yang lebihhhhhhhh banyak dari semua rasa yang tak sedapkan.
Sempena birthday dia kali ni, kitorang sepakat bercuti sebab kebetulan tarikh dia dan aku cekup kat klinik jatuh hari yang sama. Senang kerja mak! Anak cekup umur 2 tahun, mak cekup pregnancy yang nak masuk 33weeks :) Nurse pon tergelak tengok, sampai dia cakap "eh, anak baru masuk umur 2 tahun, maknya dah sarat nak bersalin". Aku sengih je. Faham-faham sudahlah maksud ayat dia tu. Itu salah satu tanda yang diorang nak cakap aku tak makan perancanglah tu, hahaha..Aah, memang tak makan pon. Rancang sendiri-sendiri je. Sebab tu Allah bagi rezki awal untuk menambah anak kedua ni :)
Selesai cekup, terus kitorang ke Kidzania (The Mines). Memang dah rancang nak bawak safiyya main puas-puas kat situ. Yelah, nak bercuti ke tempat lain, macam takut pulak buatnya rasa nak terberanak tiba-tiba, takkan haruuu!! (walaupon lambat lagi). Lagipon, kitorang fikir, lebih baik kitorang bawak safiyya ke tempat yang sesuai untuk budak-budak seusia dia. Takkan nak bawak dia pergi tempat yang kitorang suka pulakkan! Sangatlah tak sesuai :P
Pergi Kidzania time weekdays sangat berbaloi-baloi tau!! Pertamanya, tiket jadi murah, hanya RM25 per entry untuk budak-budak. Mak ayah pulak free je tau. Stokin pon aku dah siap bawak awal-awal dari rumah, lagilah jimat disitu. Keduanya, tempat tu sangattttt lapang. Takde orang pon. Kebetulan kitorang sampai awal dalam pukul 10 lebih, memang jadi orang pertamalah kat dalam tu. Seronok tengok safiyya bebas berlari sana-sini kat dalam tu. Kitorang nak pantau pon senang. Dari jauh aku dah nampak dia kat ceruk mana pon. Selamatlah sikitkan.
Kitorang duduk dalam tu, ada dalam 2 jam kot. Puaslah safiyya main. Aku yang sampai sakit vons duduk lama-lama kat situ. Maklumlah, muatan beratkan! Bila dah lama sangat, perut pon dah lapar, aku ajak en.aril+safiyya keluar cari makan dulu. Nanti dah siap makan naiklah balik. Lagipon tiket tu memang laku untuk sehari walaupon nak berulang kali keluar masuk. Takde hal punya!
Pusing-pusing cari tempat makan, terus decide makan dekat Sweet Chat aje sebab aku teringin nak makan Pancake Durian diorang. Yummy!! Safiyya masa ni kitorang dah umpan dengan aiskrim kon satu. Dia ok je, tapi sekejap jelah. Pastu mula meragam sebab nak tido. Hurmmm.. Bagi susu sebotol, baringkan dia kat kerusi sambil mengadap air tasik dalam The Mines tu, terus dia tertido. Senang bangat ini budak kalau dia dah letih sangat. Terus mak abah safiyya makan dengan tenang (^_^)
Konon-konon nak sambung main kat Kidzania lepas makan kita lupakan jelah ye. Tuan putri dah lena sangat tidur, sampaikan en.aril dukung dia dari kerusi kat meja makan tu pon dia tetap lena.
Hari lahir dan kek memang tak boleh dipisahkan betul tak?? Untuk melengkapkan hari lahir safiyya, kitorang belilah sepotong kek Coklat Indulgence Secret Recipe. Sampai rumah je, sedang elok safiyya terjaga. Teruslah acara merasmikan kek dijalankan. Sekali hadap je, abis terus kek tu. Baguskan, takdelah berlakunya pembaziran :P
Jom tengok gambar birthday girl!!
Sekarang dah pandai berlakon anak dara ni. Pura-pura sombong, bila orang panggil tak nak pandang . Tapi bila di sua kamera je terus berubah reaksi muka. Gud job kakak!!
Bermainlah sepuasnya wahai anak. Bukan selalu mama abah dapat bawak ke sini. Sekali sekala, awak mainlah puas-puas sampai jemu.
Lunch di Sweet Chat, so far makanan semua sedap. Kena je kat tekak kitorang, nak-nak pancake durian itewwwwwwwwww!!!!!!! Gebus-gebus, sejuk-sejuk, nyaman je masuk kat anak tekak (^_^)
Finally, acara potong kek 3 beranak!! Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami anak yang bijak, comel, baik dan sentiasa banyak akal. Walaupon kadang-kadang perangainya tak diduga, tapi itu semua asam garam dalam membesarkan zuriat yang dah diamanahkan. Akan kitorang jaga dan didik dia dengan sempurna sepertimana yang dikehendakiMU. InsyaAllah.
Untuk Hannah Safiyya putri kecil mama dan abah, mama dan abah doakan moga anak mama membesar dengan sihat dan sempurna sentiasa. Sentiasa menjadi anak yang solehah, anak yang membanggakan, anak yang menyenangkan dan hamba Allah yang taat dan patuh pada perintahNya. Tiada lain yang mama dan abah harapkan selain dapat melihat kegembiraan di wajah putri kami ni.
Kakak safiyya anak solehah, jadilah anak/kakak yang baik untuk dijadikan teladan untuk adik-adik nanti. Mama dan abah sayang sangat-sangat kat kakak sampai syurga kerana kakaklah harta yang paling tak ternilai untuk kami di dunia dan akhirat (^_^) Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
Sayang anak mama sangat3!!!!!!!!!!






Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?