Pagi isnin yang hot..
Assalamualaikum
Pagi-pagi hari je aku dah hangin..Tahap kesabaran aku nie ntah pergi mana pon tak taulah..Semua menda spoilkan pagi yang indah aku..Aku keluar rumah tadi dahlah lewat..Bila atrat enjin, tengok minyak tinggal 2 bar jer..Dahlah waktu tue dah pukul 7.10....Mendidih betul hati aku nieh..Aku tak tau nak marah kat siapa/apa..Yang pasti, memang menggelegak tahap dewa..
Pagi tadi, kitorang 3 beranak sampai rumah pukul 5.40 pagi ye korang...Bayangkan pukul 4 pagi lagi kitorang dah kena bangun sebab nak gerak balik rumah..Sedangkan pukul 1 lebih tadi baru je aku boleh tido gara-gara budak comel tue dok tawaf rumah mak aku nak naik turun tangga...Menyinga aku dibuatnya...Orang nak tido, dia nak mengira anak tangga..Tak sesuaiiiiiiiiii...
Sepatutnya malam semalam lagi dah balik Putrajaya..Tapi, apa nak buat..Hubby sampai rumah mak jer dah pukul 9 lebih..Mata dia pon time tue macam dah layu je..Kesian pulak kalau nak suruh dia drive balik ke Putrajaya..Aku nak drive bolah je, tapi si comel tue camne? Buatnya hubby tertido, nak suruh aku bersilat dengan comel dalam keta time malam memang tak coollah bebeh.....
Sampai jer rumah pagi tadi, baring-baring kejap, terus menumis kat dapur plak, nak masak lauk safiyya..Walaupon anak aku tue tak berapa nak makan dah, tapi tetap aku kena bekalkan jugak makanan..Rasa macam tak best plak kalau aku anta kosong je kat pengasuh..Lagipon, safiyyakan masih tak boleh nak makan macam-macam lagi..Nanti susah plak pengasuh dia kena masak menda lain..Bila dah siap masak, tengok jam dah pukul 6.45...Aaaaa..Memang gelabah tahap chipmunk dah rasanya time nie..
Nasiblah aku sampai opis tak lewat sangat..Entah bilalah aku akan datang ofis macam dulu balik..Sekarang nie, masa sentiasa ke laut..Mentang-mentanglah kat sini takda punch card..Memang berlemak sungguhlah pangai aku nieh..Aku sendiri pon benci dengan keadaaan macam nie..Kenkadang, ada je aku sampai opis sebelum pukul 8, tapi mencari parking je sekian..
Alasankan!! Aku rasa aku kena ubah balik masa aku nie..Aku kena disiplin balik..Ake kena keluar rumah tepat 6.45 a.m..Aku kena tido awal setiap malam..Aku kena pandai manage masa........Tapi.....Boleh ke??? Cik Safiyya tue bukannya ada masa tidur yang tetap..Arini dia tido pukul 10, esok mungkin pukul 12..Kadang tue, pukul 2 pagi baru tido...Haishhhh..Sebijik mak dia..Matilah..Macam mana aku nak disiplin ni, ntahlah...Pelan-pelan kayuhlah jawabnya..
Errrr.............Tadi aku bw blog korang..Adalah satu entry nie aku baca..Tak ada apa yang penting pon, cuma aku peliklah, ada sesetengah laki bini ni, suka sangat bahasakan diri diorang panggilan yang anak-anak diorang panggilkan?? Kadang-kadang aku rasa comel, tapi bila difikir balik, sejak bila plak pasangan sendiri dah jadi orang tua kita?????? Paham tak, paham tak????????
Ada setengah orang cakap, diorang saja panggil macam tu sebab taknak bagi anak kita ikut panggil suami/isteri dengan panggilan abang/sayang, bie dan lain-lain..Ada setengah plak sebab rasa panggilan itu mesra dan nak'n kelainan..Tak nak sama dengan orang kononnya...Tapi, kalau tak salah akulah, aku pernah dengar ustaz/ustazah cakap, panggilan ganti diri macam tue, tak sesuai..Seeloknya elakkan panggil pasangan kita dengan panggilan yang anak-anak kita panggil..Kita boleh ajar anak kita untuk bezakan panggilan kita terhadap pasangan dengan panggilan diorang terhadap kita..Semuanya terserah pada kita macam mana kita nak ajar, yang penting elakkan memanggil pasangan kita sama macam anak-anak panggil..
Kalau korang tanya kenapa tak boleh, aku tak pasti..Sebab menda nie dah lama sangat aku dengar..Mak aku pon memang dari dulu dah pesan kat kami 2 beradik, jangan bahasakan pasangan kita macam mana anak bahasakan..
Kalau nak tau lebih lanjut, korang searchlah sendiri yer..Apa-apa pon, terpulang pada diri sendiri..Nie, pandangan aku jer, kebetulan mak pon selalu nasihat macam nie..Aku malas nak search kat web pasal hukum nie..Korang rajin, pergilah search ek (^___________^)
Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?