Dulu tak suka, sekarang????

Assalamulaikum.

Selamat pagi korang. Arini, pagi-pagi pulak aku dah menceceh. Semangat berkobar ni. Kebetulan bos meeting pagi ni. Jomlah update. Karang dia dah ada dalam bilik, pelik pulak dia tengok aku mengetuk keyboard ni mengalahkan bizi bebenor. Padahalllll!!!
 
So far, sepanjang aku bekerja dengan bos aku ni, sempoi sangat orangnya. Style ayah-ayah gitew! Takde masalah pon. Setakat ni, aku tak pernahlah dapat bos yang susah nak handle. Semua ok je. Ex bos aku yang sebelum ni pun, walaupon ada sikit-sikit yg aku tak puas hati cara dia, tapi dalam masa yang sama, banyak yg best pasal dia. Antaranya, dia suka memasak, suka belanja makan, suka menyembang dan yang paling penting, dia tak suka beza-bezakan antara pegawai dengan awam, which is that's a best thing about him :)
 
Kadang-kadang, bila dikenang-kenang balik kenapalah aku ni ditugaskan dalam PDRM sedangkan aku memang tak suka giler-giler dengan POLIS ni ada hikmah yang Allah dah tentukan untuk aku. Aku rasa memang betul cakap-cakap orang tua dulu. "Kalau tak suka sesuatu tu jangan terlampau over takut menda tu berpatah balik kat diri sendiri". Haaaa!! Tepat sekali.Memang sebijik-sebijik terkena kat batang hidung aku, wohaaaaa...
 
Aku pun takde alasan yang konkrit kenapa aku tak suka POLIS ni dulu. Memang kalau dengar je POLIS, macam menyampah je rasa. Sekarang ni, semenjak 6 tahun lepas, hidup aku dikelilingi dengan POLIS je 5 hari seminggu. Tapiiiiiii, sebenarnya bagus jugak tau. Serta merta mengubah tanggapan dan firasat aku pada POLIS ni. Kalau dulu mungkin aku fikirkan yang tak best je pasal diorang, sekarang ni aku mula rasa diorangpon manusia biasa macam kita. Nak-nak aku bertugas dalam Jabatan yang istimewa ni. Aku tak terasa pun aku bekerja dengan POLIS. Rasa macam kerja dengan orang Kementerian kat luar ni je :)
 
Satu lagi, kalau korang nak tau, dari duluuuuuuuuuuuuuuuuu aku memang ada masalah dengan orang LELAKI. Aku tak pasti aku pernah citer dengan korang ke tak pasal menda ni. Walaupun aku ada abang, tapi hidup aku tak biasa sangat dikelilingi orang lelaki. Dari masa sekolah, membawak ke politeknik, aku memang berkawan dengan orang pompuan je. Tapi, boyfriend masa tu memang dah adalah. Sape lagi, En.Arillah. Dia, aku kenal masa SPM lagi, hahaha (gatal kat situ).
 
Maksud aku, aku tak biasa dikelilingi ramai lelaki. Kalau pergi berjalan ke mana-mana, kalau kena lalu kat tempat yang ramai orang lelaki mesti aku rasa seram sejuk, berpeluh-peluh, takut semacam. Menda ni, membawak sampailah aku bekerja. Serius, masa mula-mula kena posting kat Kelantan dulu,  memang mati kutu dibuatnya. Nak-nak bila kena amik minit mesyuarat pagi. Bayangkan ada dekat 10-15 orang meeting pagi, semuanya LELAKI, aku sorang je PEREMPUAN, memang berpeluh, seram sejuk semua ada. Menda ni berlarutan agak lama, sampailah aku sendiri tak sedar bila masanya yang aku dah takde perasaan TAKUT lagi dengan diorang. Semuanya jadi wat lek, wat peace je, ahahaha!
 
Bila dah kerja kat Bukit ni, lagiklah. Majoriti ofismate semuanya lelaki berbanding orang pompuann yang boleh dibilang dengan jari. Kalaulah, aku masih macam dulu, memang masalah besar kot. Bila dah selalu bergaul dengan diorang, banyak manfaat yang aku dapat. Nak-nak, kalau aku ada masalah dengan kereta ni. Akukan berulang KL_PUTRAJAYA hari-hari (ari bekerja jelah ye), kadang-kadang ada masanya datang masalah dia tu, takkan aku nak patah balik pegi kat en.arilkan. Dah tentulah, diorang ni jadi tempat aku minta tolong. Betul orang cakap, berkawan dengan orang lelaki lagi best, lagi sempoi. No hurt feeling gitu!!
 
Tapi, takdelah sampai aku tak berkawan dengan orang perempuan. Tak betul dah kalau gitu. Yang sebenarnya nak bagitau yang aku dah takde masalah nak bergaul dengan orang lelaki je. Takde point penting pon, ahahahhaha
 
Belanja satu gambar sket!! Jangan mare yeeeeee :)

...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017