Aku, mereka dan kenangan :)

Assalamualaikum

Hai semua. Lama sangat tak berbelog ni. Malas mengusai diri, haha. Lagi suka baca celoteh korang daripada diri sendiri berceloteh. Gitewwwwwwwwwwwwwwwwww!!

Last post bulan berapa pun dah tak hingatkan. Takpelah, skip terus. Syawal pun dah habiskan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Raya kali ni di rumah mertua. Lepastu terus gerak balik Perak. Berkumpul kat rumah opah beramai-ramai. Esoknya gerak ke Taiping pulak untuk menziarah family belah arwah mak mertua. Setiap tahun, insyAallah memang inilah rutin kitorang. Rutin berubah bila aku dalam pantang je (tahun lepas) :)

Cerita raya dah basi kot! Takpelah. kiter coret-coret sikit untuk tatapan sendiri nanti. Aku rasa, setiap kali raya, akan ada je yang aku tak puas hati pasal baju raya. Entah kenapa agaknya. Rasa macam dah plan awal, tapi sudahnya macam tak  kena pulak, hahaha. Contohnya tahun ni, dah beria nak sedondon 3 orang puteri ni di hari raya pertama dan raya kedua, Tapi, semuanya hancur..Raya pertama je sedondon! Raya kedua, lelain baju. Mana taknya, tailor yang buat baju anak aku tu boleh pulak berangan gamaknya masa buat baju tu. Memanglah aku mintak besarkan sikit buat baju kurung Kedah untuk anak-anak aku tu. Tapi, bila dapat, bukan besar sikit, tapinya memang besar sesangat. Dah macam baju melayu pulak aku tengok. Satu lagi yang aku tak puas hati tu, memandai aje dia buat baju tanpa bertanya aku dulu. Kain aku hantar untuk 2 orang anak aku tu ada 2 warna. Aku dah cakap siap-siap yg kain warna oren buat baju, yang warna coklat buat kain. Tapi, bila dapat, yang COKLAT habis sepasang dia buat baju safiyya. Yang oren, abis dia buat sepasang baju Nia. Hangennn je aku. Dengan besarnya, dengan tak ikut cakakpnya. Sabau jelah. Memang takdelah aku nak menghantar kain lagi kat dia. Ampun ye tailor.

Raya tahun depan, kalau panjang umur, kena cari tailor lainlah untuk bebudak ni. Takpun, susah-susah, aku je pergi belajar menjahitkan. Sonang sikit! Jimat duit En.Aril :)

Alhamdulillah, perjalanan menyusukan Hanania masih lagi berjalan macma biasa. Cumanya sekarang dia dah ada gigi, dan ianya membuatkan perjalanan itu agak sukar okeh. Siapa ibu menyusukan anak yang ada masalah sama macam aku ni? Meh tolong bagi solution sikit macam mana nak elakkan anak menggigit sambil menyusu. Sakit okeh!!!

Okeh..Sekarang tukar citer lain pulak ye. Bermula minggu ni, aku agak bosan kat ofis. Aku kena sesuaikan dengan suasana baru. Semua ofismate yang aku kenal dari mula-mula aku bertukar ke Bukit Aman semua dah bertukar ke ofis lain. Bukan aku yang bertukar, tapi diorang yang keluar ikut ex bos aku. Lengkap 1 seksyen ex bos aku bawak diorang. Huwaaaaaaaaaaaaaaaa!! Sedih giler kot. Masa mula-mula dapat tau tu, control lagi. Tapi, masa hari diorang kemas barang (minggu lepas), memang aku tak boleh tahan sedih. Setiap kali sedih, aku pergi buat kerja lain. Aku tolong diorang kemas bila aku rasa ok je. Serius, diorang rakan seofis yang paling BEST setakat ni. Rasanya, hubungan kami dah macam keluarga. Boleh bergurau macam adik beradik. Officer yang berpangkat tinggi pun kami boleh dok usik macamkan abang kakak je,hoho..

Terasa, memang terasa kehilangan diorang. Tapi, nak buat macam mana. Ex bos aku naik pangkat, dan diorang semua dicadangkan untuk dijadikan unit baru. Walaupun, hampir setahun aku dah bukan bersama ex boss aku, tapi kitorang masih satu ofis. Jadi, masa mula-mula dulu aku kena tukar bilik sebab jaga bos lain, aku masih ok. Kali ni, memang rasa kureng ok sebab diorang dah tak sebilik dengan aku. Kalau diberi pilihan, memang aku nak ikut diorang pindah. Aku ni jenis banyak cakap. Bila kat ofis sunyi, memang bosan rasanya. Dan, inilah yang aku rasakan sekarang. Sunyi, bosan + tak happening macam dulu-dulu.

Untuk minggu ni je, kejap-kejap karang aku pegi kacau diorang kat ofis bawah. Sampaikan ex boss aku cakap "nak tukar sini ke, hahaha". Aku IYEkan aje. Mana tau kot-kot ada sesiapa yg nak keluar, meh aku ganti. Gelak besar dia dengar. Yelah, memang mustahillahkan! Takkan suka-suka hati je nak tolak tarik orang masuk unit lain. Beranganlah aku kalau cenggitu :)

Takpelah. Untuk menerima satu-satu perubahan tu memang amik masa. Ofismate yang baru sekarang pun ok. Giler-giler jugak kepalanya. Cuma biasalah. Yang lama tetap dikenang sebab 5 TAHUN aku bersama diorang. Kalau korang pun samakan. Bukan mudah nak lupakan menda lama.

Untuk diri sendiri, aku happykan je diri. Agak bosan nanti, aku merayau cari diorang kat bawah. Takpon, SOGO kan dekat. Cuci mata jap kat sana pon bolehhhhh.. JALAN TAR pun adekannnnn..Ape ade hal, ahahahahahahah!!!

 
With my best sister! I'll be missing u, hohoho...
 
Diorang dah bertukar, aku bila pulak dapat bertukar ke ye. Surat dah 2 bulan kot kat JPA. Tapi masalhnya, takde siapa pun yang sudi nak ke sini. Kenape, seriau ye dengar BUKIT AMAN (*_*)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017