Insaf cepat!
Kita perempuan yang dah berkahwin memang sangat-sangat wajib menjaga kesihatan diri dalaman dan luarankan? Semua menda nak dijaga. Nak-nak kalau dah bersalin. Lagiklah banyak menda yang nak kena buat, nak kena jaga. Maklumlah, allignment dah lari..Badan pon dah kurang shape!! Dulu kulit licin, sekarang mungkin sedikit berkerak. Dulu jugak, selalu berwangi-wangian, sekarang mungkin selalu berbau masam je sebab sibuk sangat menguruskan kerja-kerja rumah. Mak aih, takutnya aku!!
Tetiba datang keinsafan dalam diri aku nie. Sebelum nie, mak selalu pesan kat aku, "kat rumah kena selalu cantik untuk suami. Janganlah berkain batik dan berbaju hodoh je bila kat rumah tue (walaupon pada hakikatnya aku berkain batik hanya sekali sebulan). Kalau perlu bermekap setempek dua, apa salahnya. Sembur perfume wangi-wangi sikit hatta nak duduk rumah jepon sebab yang memandang adalah suami kita. Dapat pahalakan bercantik-cantik untuk suami nie." Tapi, itulah. Leka sangat dah aku nie..Leka dengan kesibukan yang tak berpenghujung. Kadang-kadang aku rasa penampilan diri aku kat rumah lagi horror berbanding bila keluar. Memang terbalik habis dah lifestyle aku nie.
Umur muda lagi, tapi kalau tak berjaga dari awal habislah nanti..Badan ni lagilah nak pakai lama..Dahlah Encik Aril muka suweet-suweet gitu..Kalau aku tak berubah dari sekarang, peluang untuk nampak macam makcik-makcik bila berjalan dengan dia 10 tahun akan datang sangat cerah. Sangat tak sesuaiiiiiiiiiiikannn!!!!
Sekarang, macam-macam kes ada melibatkan hal rumah tangga. Kebanyakannnya bila si suami dah mula konplem macam-macam pasal isteri dia. Scaryyynyaaaaaaa!!! Aku mengaku, dulu aku amik remeh bab-bab nie. Aku wat dekkk jer setiap kali orang bercerita pasal suppliment itu, suppliment ini. Kalau bab jamu, lagiklah aku tak pandang. Bajet badan dan penampilan sendiri dah hebaittt sangat, phuii!!
Entah macam mana, tetiba kesedaran mucul dengan sangat pantas bila tengok kawan-kawan baek yang bujang ataupon yang dah kawen , sangat sibuk menjaga kecantikan luar dan dalam. Yang paling terkesan di hati nie, bila satu hari tue tertengok episod Runningman yang entah ke berapa puluh pasal betapa terujanya diorang bila artis remaja yang baru nak up (20an) datang sebagai guest artis untuk episod tue. Muka masing-masing happy tak menahan!! Macam kera dapat bunga dah aku tengok..Tapikannnnn, bila guest artis yg datang artis pompuan umur pertengahan 30an, muka masing-masing memang tak boleh blah!! Tepuk pon tak ikhlas walaupon pompuan tue jelita..Nampak tak, nampak tak engkorang semua betapa para lelaki nie sangat-sangat suka pompuan-pompuan muda yang hot-hot jelita nie!!! Adoi!! Matiklah cenggini...
Aku pon muda lagik ape, baru 25 eh...Tapi, sebab muka tak cun macam artis korea, badan pon tak selim macam Miss Universe wajiblah sentiasa sedar diri dan insaf cepat-cepat..Aku tak kata En.Aril tue perangai dia macam peserta Runningman. Tapi, baeklah kita jadikan menda tue sebagai ingatan dan panduan eh kawan-kawan..
Mencegah lebih baik dari mengubatikan????????!!
Buat masa nie aku cuma amalkan minuman Cocoa Collagen Power Plus aje untuk kesihatan dalaman. Tapikan, sekarang nie aku tengah korek-korek duit tabung, nak beli suppliment Shaklee dan produk Jamu Susuk Dara..Alah, produk femes emes sekarang nie, for sure korang pon dah taukan. Tak perlulah aku nak terangkan menda apa yang aku nak beli. Yang penting, semua tue untuk penjagaan kesihatan dalaman dan luaran kita. Pejam mata jelah melabur untuk kesihatan. Yang untungnya aku juga nanti, kah kah kah!!!
Korang pulak makan suppliment apa untuk memikat hati suami korang????????? Kongsi jom!!!!!!!!
Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?