Berat pipi dan Sambal Sotong kitaaaaa!

Assalamualaikum

Mesti ramai yang amik cuti arinikan. Maklumlah, esok cuti Hari Malaysia, kebetulan pulak minggu ni cuti sekolah. Aku takde anak sekolah, jadi tak perlu kot nak berucit. Lagipun baru je cuti-cuti awal bulan aritukaannn..Entry Langkawi nanti eh. Nak kena upload gambar dulu.
 
Ni nak citer-citer kosong je. Adoi. Balik dari cuti naik, fahma-faham jelah. Berat dah naik u olss!! Aku menyampah betul sebab part yang paling Nampak of courselah kat pipi. Tersembul gitew! Dah macam ikan buntal aku tengok. Selain tu, patutulah aku rasa kain baju aku macam ngam-ngam je, hahaha. Makan tak hengat donia time cuti, padan muka. Nak naik berat badan, kejap je. Ko makanlah tak berenti 2,3 hari, CONFIRM naik berkilo-kilo. Pastu, nak membuangkannya kemainlah lama. Padan muka sekali lagi Intannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!


Bestnyalahhhh kalau mukaku runcing seperti ini! Fefeling kurus seperti model gini, hahaha

Oh ye, akhirnyaaaaa..Sekarang nia dah aku campurkan FM untuk dia. Tak sanggup dah aku menahan sakit setiap kali dia menyusu. Bila masa nipple nak baik kalau dah sentiasa dipam dan dihisap. Makin parah adalah. Takpelah, aku dah cukup bersyukur dapat susukan dia sepenuhnya selama setahun dua bulan ni. Takde apa yang aku terkilan sangat. Misi nak fully bf sampai umur 2 tahun tu maybe boleh dipraktikkan untuk adik-adik diorang lepoas ni, insyaAllah. Tapinya, dengan syarat tak menggigit macam nialah, hoho..
 
Aku dah cuba pelbagai cara. Sapu susu kat nipple, rehat nipple, sapu krim Bepanthen dan Medela(Pureleen), Tetap tak jalan. Adalah baiknya sekejap. Pastu, tido malam nia gigit lagi. Memang aku tak Nampak cara lain dah. En.Aril pun dah bagi green lite untuk kitorang campur FM kat Nia. Jadi, berakahirlah kisah fully bf Hanania Qaisara.
 
Kalau nak ikutkan, nia bukanlah sepenuhnya bergantung pada FM sekarang ni. FM tu hanya pada waktu-waktu kritikal je. Nak-nak time aku dah tak lalu nak menyusukan dia direct, aku sumbatkan je FM. Bukan aku tak bagi susu yg aku dah pam tu kat dia. Dah bagi dan dia tolak pun. Bila bagi FM dia ok pulak. Itupon bukannya dia banyak dia minum. Sekadar melepaskan dahaga je sebab maknya dah tak bag-bagi susu kat dia.
 
Macma semalam, dua kali aku bagi FM kat dia. Adalah dalam 2 oz je dia minum.Kalau ikut sedih, memang sedih terlampau kot sebab dah tak dapat nak fully bf, tapi apakan daya. Dah rata aku bertanya kawan-kawan siapa yang ada maslah macam aku ni. Masing-masing cakap 'anak diorang takdleah menggigit sampai jadi macam aku ni" Lite-lite je bila gigit. Takde sampai luka, pedih, perit bagai macam aku. So, apa lagi yang aku boleh buatkan. Bila sakit, pengeluaran susu pun efek. Camner nak jadi meriah kalau dah masa nia menyusu tu, aku dah macam orang yang kena siat-siat kulit bawah mata ni ha! Taukan macam mana?? Kalau tak tau, balik rumah nanti, silalah applykan masker kat situ ye, muahahahahaa...
 
Arini pergi ofis pun aku rasa pelik sangat sebab dah takde sah beg susu kat tangan. Sebelum ni kemain banyak beg aku pegana. Handbag, beg susu, beg bekal dan macam-macam jenis beg lagi. Dah macam pokok bergerak. Tapi, arini, nando!!! Wohaaaaa..Dah rasa macam kembali zaman bujang pulak dulu. Ahahaha..

 
Yang sebenarnya, beginilah bentuk mukaku. Bulat dan berpipi tembam sejak azali. Bila berat naik sekilo dua je terus pergi ke pipi. Makanya, semakin bulat dan tembamlah kawasan pipi. Benci tau! (Gambar on the way nak ke rumah mertua je ni, haha)

Semalam pulak takde kemana-mana pon, Hari bermalas-malasan kat rumah je. Hari sabtu tu kitorang dah pergi kat rumah mertua aku. Sekarang ni kitorang ada projek baekkkk punya dengan mertua aku. Kalau korang nak tau, mertua aku ni memang pandai sangat masak. Aku tiap kali balik sana memang jadi DIVA sangat, haha. Nak makan je, semua mertua aku siapkan, Kalau nak tolong pon dia suruh aku jaga bebudak je kat depan. Baik sangat perangaikannnn!! Tapi, tapi, tapi..Ada hikmahnya aku tak tolong Karang, kalau aku yang masak, takut tak sesedap mertua aku masak pulak.Nanti menjejaskan isi perut kaum keluarga kat rumah. tak best gitukannnnn, muahahahahaha!!!
 
Projek apa yang aku dok gebang ni, nanti kita up entry lain ye. Kita bagi hint-hint je dulu. FROZEN!! Boleh teka takkkk?? Tak boleh? Dah duk dendiam situ. Tunggu je pengumuman aku yek!
 
Dah kata semalam takde kemana, jom tengok apa aku masak untuk BRUNCH kitorang ye!

 
 
 
Amboi! Siap close up lagi sambal sotong ko ye Intan! Ini lebih kepada untuk tatapan sendiri je nia. Macam tak puas je lagi menyambal sotong ni. Nyummm sangat rasanya, kahkahkahkah..

Simple menu untuk hujung minggu 4 beranak di rumah! Ari Jumaat aritu singgah pasar malam jap. Tengok sotong dia menggugat keimanan pulak rasa. Ayam 3 ketul untuk safiyya. Tapi, baru je makan dah ada episod SENTAP terus tak nak makan. Puncanya sebab dia nak enset aku je. Bila aku tak bagi, suruh makan dulu, terjadilah drama tak nak makan. Ok, tak nak makan sudah. Lapr nanti, pandailah minta makan ye kakak.
 
Aku senang je. Dah merajuk, taknak makan, sudahhhh..Tak kuasa aku nak pujuk. Lagipun, ada masa perlu tegas dengan diorang. Dah kalau nak makan sambil tengok enset apa ceritanya ni. Aku sebolehnya taknak anak-anak aku leka dengan gajet. Aku lagi suka diorang berpeluh kat luar, kenal kawan-kawan kat luar dari terperuk dengan gajet. Ni cara aku, minta maaf kalau ada yang tak setuju ye. Masing-masing ada cara tersendiri dalam membesarkan anakkan?? Sama-sama kita hormat cara kita.
 
Bukan aku langsung tak bagi dia main gajet. Boleh je.Tapi, ada syarat-syarat dan masa yang sesuai gitew. So, jangan salah faham pulak ingat aku tak dedahkan diorang peredaran zaman pulak ye :)
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga