Banjir dan berkayuh di Taman Wetland


Assalamualaikum

Kerja ke cuti arini korang? Aku kerja macam biasa. Tak amik cuti pun. Next week baru cuti. Wan (pengasuh anak-anak) ada majlis kenduri kawen dekat Johor, tu yang aku cuti. Cuti aku pun bos dah luluskan, alhamdulillah. Semalam, New Year, apa je aktiviti korang? Kitorang anak beranak ke Pusat Rekreasi Taman Wetland je bawakkan anak-anak buah berjalan. Kesian diorang, datang sini dari hari isnin tak kemana pun. Maklumlah, kedatangan tak dirancangkan, ginilah jadinya, hahaha.

Sebenarnya, plan asal, abang dan mak aku nak ke Melaka bawak bebudak ni berjalan. Last minit, TEMERLOH naik air, banjir. Cuti dia dan kak ipar aku dah dibekukan pihak hospital. Itu dah satu hal. Tak semena-mena, awal pagi dalam pukul 1 lebih, dia wasap aku bagitau rumah dia naik air banjir. Pulak! Terus aku tanya, nak aku amik anak-anak dia tak. Yelah, aku terus bayang yang teruk-teruk je. Kesian nanti buatnya air naik lagi tinggi, kan dah susah. 

Pagi isnin tu, aku ngan mak pergi amik diorang kat sana. Angkut syasya ngan mikail jelah. Naufal kecik lagi. Sampai kat sana, memang dah abis abang aku kemas rumah dia. Peti asi, tv pon siap hantar umah kawan dia yang tak naik air. Memang diorang dah get readylah andai kata air naik tinggi lagi. Sebenarnya, ni 1st time kawasan rumah dia naik air. Sebelum ni tak pernah pun, Memang betullah orang kata, kali ni, banjir memang lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Masa aku lalu jambatan yang bawahnya sungai temerloh tu, air memang tinggi giler. Tenggelam dah jalan nak ke BERA. Banyak rumah yang nampak bumbung je, Kesiannyalah. Dengar orang situ cakap, orang dalam bandar temerloh naik bot je. Adik ipar abang aku yang kerja dekat 7E area bandar Temerloh pun tak dapat pergi kerja sebab kedai dia pun air naik tinggi. 





Ni gambar sekitar kawasan rumah abang aku. Air naik dari belah kanan. Tinggi jugaklah. Depan rumah dia nasib boleh lalu dengan kereta lagi. Tapi, dia dah siap alihkan kereta awal-awal, takutlah tak sempatkan nak alih.



Yang ni pulak air, kat sungai Temerloh. Tangkap sambil duduk dalam kereta jelah. Nampak orang amik bot nak lalu kat laluan nak ke Bera tu.


Lepas amik budak-budak, terus balik Putrajaya. Selasa dan Rabu aku kerja macam biasa. Malam tu, bawaklah diorang ke depan Istana Kehakiman tu main belon. Kemain suka mikail dapat berlari bebas. maklumlah, rumah dia teres. Rumah maksu dia tinggi sangat. tak pijak tanah. Bosan dia, hahaha.

Alhamdulillah, kitorang selalu update tanya kawasan rumah abang aku camner, dia kata air tetap paras tu je. tak naik tinggi dah. Barnag-barnag rumah pun dia dah angkut semula letak kat rumah. Cuma tak berkemas habis lagilah. Masih dalam keadaaan bersedia. Lagipun dalam berita cakap pun maybe ada gelombang ketiga dan keempatkan. Takut je aku dengar.

Khamis semalam, dapat keluar rumah siang hari, happy kemain diorang. Kat Pusat Rekreasi ni, kitorang dok mengayuh bot je. Bolehlah, asalkan ada aktivitikan. Kalau ikut mikail, aktiviti ni boring. Ayokkkkk!! Ini budakkan, memang hyper aktif punya budak. Dia sebijik abang aku. Suka aktiviti yang lasak-lasak cam orang dok kampung. Bagus sebenarnya, takdelah manja sangat badan tu. Tapi, dah duk ngan maksu, terpaksalah dia buat aktivit yang bosan dia kata tu, hahahaha...

Tak lama pun mengayuh,. Tak sampai setengah jam. Panas wei! Bolehlah, terbakar jugak lemak dalam badan ni. Lenjun baju, kakakaka. Dah siap mengayuh, terus ke rumah wan. Singgah minum je, sebab lepas asar mak aku nak balik bentong dah. Angkut bebudak balik sekali dengan safiyya.

First time ni safiyya jauh dengan aku. Tengok ok je dia. Malam semalam call mak pun, dia happy je main ramai kawan. Waaa!! Dia happy, mak dia pulak yang rindu, hohohoho.

Jom tengok gambar semalamlah eh !







Ce tengok syasya. Dia keras kejung duk sebelah aku. Malu sangat dia dengan aku, tak tau pasal ape, hahaha. Senyum tidak, apa pun tidak. Muka serius je, hehe.



Oh, my anak dara! Miss u so much sayang! Bila depan mata, asyik nak gaduh je. Bila takde, mulalah rindu. Normalkan, hoho!






Walaupun mikail kata tak best, bagi aku best dah, haha. Tak boleh ikut best dia. bagi dia yang best, memancing, mandi sungai, berlari, berbasikal dan semua aktiviti budak lelaki je. kakakaka.

Lain kali, boleh repeat lagi ke sini. Kita berbasikal anak beranak pulak macam kat Taman Botani :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017