Sembang jom!

Assalamualaikum.
 
Lamanya tak membebel kat sini. Kawan-kawan aku yang selalu suruh update pon entah-entah dah letih menunggu aku update. Maaflah korang, semenjak aku duk tempat baru ni, masa memang limit sangat. Dah dekat sebulan lebih aku naik kerja lepas bercuti panjang (bersalin) aku rasa belum ada masa yang boleh aku bersenggang (kecuali time lunch hour). Aktiviti aku pack sangat kat ofis. Selain kerja ofis, aku bizi mengepam susu. Masa untuk mengepam susu setiap satu sesi ada lebih kurang 30 minit atau lebih sikit campur dengan masa untuk cuci botol + steril botol tu semula. Dahlah aku try untuk pam 3 kali sehari kat ofis. Pagi, lunch hour dan time asar. Memang berkejar masa jelah kerja aku setiap hari, hohoho.  Tapi, kadang-kadang ada jugak yang aku terpaksa skip bila bebanan tugas mendahului dari yang lain
 
Alhamdulillah, walaupon bizi, aku seronok. Memang inilah yang aku nak dari duluuuuu lagi. Aku taknak datang ofis semata untuk goyang kaki aje dan menghitung waktu nak balik. Boring! Walaupun kadang-kadang nampak sangat aku terkejar-kejar kat ofis, tapi aku suka je, hehehe.  Sambil-sambil tu boleh exercise sikitkan. Takdelah asyik duduk je kat kerusi sampai kematu vonstot ni, silap-silap haribulan bertambah lebar vons yang sedia ada ni, hahahaha.
 
Setakat ni, semuanya berjalan baik. Hana masih dapat fully bf dengan aku. Gigih aku mengepam dan bekalkan kat rumah bbsitter. Hana kalau kat rumah bbsitter dia minum sikit je. Kadang aku bekalkan 12oz, hanya 8 oz je yg berusik. Dia lagi selesa direct feed. Aku rasa semua budak macam tukan. Takpelah, selagi dia nak minum susu aku pun dah kira bersyukur sangat dah. Seronok sangat bila dapat fully bfkan hana kali ni. Memang betul orang cakap. Untuk fully bf baby, selain dari bantuan dari segi peralatan dan makanan tambahan, yang paling penting adalah KEAZAMAN dan MINDA kita sendiri. Kalau semuanya berada dalam keadaan positif dan kita memang bersedia untuk tempuhi apa jua halangan masa menyusukan anak kita, insyaAllah, susu akan sentiasa ada. Pengeluaran susu memang bergantung pada KEHENDAK anak. Bersyukur sangat rasanya sebab kali ni, aku lebih bersedia berbanding masa safiyya dulu.
 
Walaupon safiyya seawal belasan hari dah aku campurkan FM pada dia, tapi dia masih dapat menyusu dengan aku sehingga usianya 8 bulan. Takpelah, kesilapan lalu, aku jadikan panduan untuk aku menyusukan hana kali ni :)
 
Sekarang ni, anak-anak aku tak sihat. Safiyya batuk tak sembuh-sembuh dah dekat 5 bulan. Batuknya on off. Kalau cuaca sejuk sangat, batuknya akan jadi beria sampai demam. Kalau cuaca biasa-biasa, batuknya lite-lite ajer. Aku perasan dia mula batuk masa jerebu teruk aritu. Sampai ke hari ni, dah 3 kali dia kena amik neb. Kesian aku tengok, bila nak tidur malam susah sangat gayanya. Baru ni batuk dia jadi teruk semula sebab lama sangat berekon dalam kereta. Hana pun sama. Nampak gayanya memang anak-anak aku alah sangat dengan cuaca sejuk / ekon .
 
Rabu lepas, aku EL sebab badan safiyya panas sangat malam tu. Aku minta En.Aril bawakan kitorang ke klinik Wangsa nak pergi sedut kahak. Ramai yang review kata lepas sedut tu anak-anak diorang akan ok. Sebagai mak, haruslah kita nak yang terbaikkan untuk anak-anak. Lunch hour, tu sampailah kitroang ke sana. Memang rezki, cepat je giliran kitorang, terus doc cek dua-dua beradik. Dua-dua kena amik neb + tepuk percussion (utk cairkan dan longgarkan kahak) + sedut kahak. Yang si adik, banyaklah jugak kahaknya keluar, tapi si kakak sikit je. Doc kata sebab kahaknya dah terlalu pekat + ketat untuk sedut. Doc cadangkan untuk kitorang wapkan muka anak-anak selalu sambil buat tepuk percussion tu untuk membantu memudahkan kahak tu keluar.
 
Malam semalam, terpaksa bawak hana pergi Emergency Hospital Putrajaya. Dia demam pulak. Batuk tak hilang, demam pulak yang datang. Doc ada bagi antibiotik dengan sejenis lagi ubat. Baru tadi dapat aku bagi sikit antibiotik kat dia. Arini En.Aril terpaksa cuti jaga hana. Kalau ikutkan, dia tak boleh cuti dah hujung-hujung tahun ni sebab nak closingkan. Tapi, dah takde pilihan. Aku baru lagi cuti dan EL. Takut jugak bos bising. Baru ni pon macam dia dah bersuara sebab aku kerap EL. Tapi, nak buat macam mana, anak-anak aku memang tak sihat sekarangkan.
 
Takkan demam-demam pun nak suruh pengasuh yang jaga. Nampak sangat mak pak tak kesah sangatkan anak kot! Kalau apa-apa jadi nanti mulalah nak salahkan pengasuh sedangkan kita sendiri yang tempah masalah tu. Biarlah orang ofis/bos nak fikir apa pun, Kita dah bagitahu anak tak sihat, kalau diorang nak fikir lain kita tak boleh nak halang. Diorang pun ada anak, mesti pernah lalui masa-masa macam aku ni. So, biarkan jelah.
 
Untuk safiyya, pelabagai ubat/kaedah/vitamin/suppliment yang aku dah cuba. Mungkin masih belum jumpa yang sesuai. Takpe, kitorang akan terus juga mencari penawar batuk safiyya. Buat masa ni, memang tak de dah nak berjalan jauh-jauh dan berlama-lama dalam ekon. Tunggulah bila anak-anak dah sihat, barulah kita pergi jalan-jalan semula.
 
Rindu nak tengok diorang sihat macam biasa. Memang sekarang ni pun tak delah teruk mana, ada lagi yang lebih teruk, tapi biasalah, Kita ni emakkan. Mana boleh tengok anak sakit. Mulalah susah hati  memanjang. Tapi, aku yakin insyaAllah, anak-anak aku akan sihat semula macam biasa. Yakin je dengan kehendak dan ketentuan Allah. InsyaAllah, semuanya pasti ok kan :)
 

 
DUA-DUA INTAN PAYUNG BUAH HATI MAMA DAN ABAH (*_*)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017