Demam. Chickenpox, Viral Fever, Jangkitan Kuman, All in on 2016
Sambungan cuti seminggu.............
Okeh, fokus kepada cerita nan satu ni aje :)
Tahun 2016 ni aku rasa tahun menduga aku dan husband berkaitan kesihatan anak-anak. Dari awal Januari, sehinggalah sekarang. Orang kata, itu perkara biasa sebab budak-budak tengah nak membesar. Yes, aku akui itu. Cumanya, disebabkan aku bekerja, makanya secara tak langsung rumit jugaklah bila melibatkan cuti rehat untuk menjaga anak-anak. Bukan kedekut, bukan berkira, tapi cuti rehat tahun ni memang banyak diperuntukkan hanya untuk menjaga anak-anak.
Januari bermula dengan safiyya demam teruk dekat seminggu lebih ke 2 minggu, berulang ke klinik sampai 3 kali, ambil darah, dan akhirnya disebabkan dehidrat, doc terus refer ke Kecemasan Hospital Putrajaya sebab klinik kesihatan tak berani ambil risiko. Ingat lagi, mulanya safiyya je yang demam, lepas 2,3 hari berjangkit dekat kami satu family. Hari yang aku kena bawak dia ke emergency, sebenarnya aku demam. Tapi, lepas aku telan panadol sebiji, dan bawak tido, lega sikit. Husband pon demam teruk termasuk nia, Bila dah kebah, gagah aku dokong safiyya untuk ke klinik yang akhirnya kena ke hospital. Bayangkan, aku tak jangka sampai kena tahan kat hospital untuk drip air + doc nak pantau kenapa safiyya lemah sangat sampai taknak bercakap. Dengan dia cery berynya. Aku dahlah berlenggang kangkung waktu ni. Tak bawak apa, dah kata tak terfikir sampai kena ke hospitalkan.Dalam hati bimbang sangat kalau kena tahan wad. Hati tak tenang mengenangkan husband dengan nia pun demam kat rumah. Bila call husband, bagitau safiyya kena tahan kat emergency, dia pun tak boleh nak komen apa. Cuma katanya jaga diri, dia akan jaga nia kat rumah. Dia pun tak larat nak bangun, kepala pening, berpusing-pusing. Sedih sangat waktu ni sebab rasa macam bertimpa-timpa dugaan. Berapa botol air masuk dalam badan safiyya pun aku tak ingat dah. Tapi doc pesan, kalau nak balik, kena paksa dia makan dan minum biar ada tenaga. Gigih aku pergi beli roti dengan air susu kat hospimart untuk paksa dia makan. Nak tinggalkan dia sorang kat situ dah satu hal. Aku tak pernah biar anak aku sorang tanpa pengawasan orang yang aku percaya. tapi dah jadi macam ni, minta tolong nurse je tengokkan sementara aku berlari ke kedai.Nasib nurse baik hati, dia bagi aku ikut jalan belakang, tak perlu pusing jauh sebab keadaan aku masa tu (husband takde, hanya aku sorang). Setel semua rasanya dekat pukul 12 malam. Doc bagi balik pun dengan risiko parents. Kalau ikut, tak boleh balik lagi, tapi aku bagitau anak aku sorang lagi demam kat rumah. Cuma doc pesan,kalau safiyya masih lemah, bawak semula ke hospital. Dalam pada masa ni, family kitorang tak tau pon safiyya sakit lama. Aku diamkan diri, malas nak riuh sebab rasa takde apa. Aku call mak bagitau, mak suggest bawak berubat kat Darusyifa' pulak. Sebab keadaan safiyya ni macam pelik. Demam yang macam bukan demam biasa. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam.
Sampailah dah bawak berubat kat situ pun masih tak elok, finally hari ahad, mak datang sebab aku dah tak boleh cuti. Sampai je mak kat rumah, terkejut dia tengok cucu dia macam tu. Pakcik aku pun sama. Aku dah tak terkata apa, menangis teresak-esak je. Sebab safiyya dah macam orang asing. Tak bercakap, tak makan dan takde tindak balas bila kita bersembang. Dia hanya nak tido tanpa pedulikan semuaaaaa menda di sekeliling. Kencing, berak pun dalam pampers, padahal dia dah pandai ke toilet sendiri. Mak aku terkejut sangat, terus call sedara mara, tanya pendapat. Akhirnya, mak buat keputusan bawak safiyya balik kampung, cari orang yang pandai mengubat kat sana sebab kat sini tak tau nak tuju ke mana. Aku dengan husband setuju je kalau itu yang terbaik.
Dipendekkan cerita, alhamdulillah. Lepas berubat dengan pakcik kat Lanchang, safiyya beransur ok. Memang menangis sekali lagi aku bila hari esok2nya masa aku balik kerja, safiyya sambut aku dengan husband balik kerja. Muka dia senyum dan ceria dan kembali nak bersembang. Ya Allah, korang faham tak perasaan tu. Rasa macam ko dah dapat balik anak ko yang hilang selama ni. Bersyukur sangat aku. Rupanya, demam dia hanyalah pada luaran lebihnya dalaman dia yang sakit. Pakcik tu jenis mengubat tapi tak bercerita kenapa dengan safiyya, cuma dari andaian aku, mungkin ada menda yang menganggu anak aku. Mustahillah demam sampai 24 jam nak tido. Takpelah, yang penting, semua dah kembali normal, dan aku memang bersyukur sangat. Walaupon lama safiyya nak pulih seperti sediakala lepas tu, aku tetap bersyukur. Aku try juga minta air tawar dekat jiran rumah mak sedara aku (pengasuh anak-anak aku dulu). Semua aku cuba, janji anak aku sihat semula.
Wahhhh...ni baru kes awal tahun, yang berderet lepas ni, slow-slow sikit ye. Lenguh pulak :)
Sambung cerita walaupon dah masuk 2017 :)
Kisah kesihatan anak-anak aku tak habis di situ. Deman, asma semua datang silih berganti. Aku tak ingat bila, tapi ada masanya, aku bawak je anak-anak aku ke pejabat. Nak cuti banyak kali rasa rugi. Alhamdulillah, bos aku jenis memahami. Jadi kat situ bonus buat aku. Dalm pertengahan Julai, Nia pulak berjangkit chickenpox dari Taska. Elok demamnya nak kering, Safiyya pulak sambung, Memang berganti-ganti cuti aku dengan husband. Rasanya paling lama cuti time diorang chickenpox nilah. Sebab kena kuarantinkan. Mana ada orang lain boleh jaga. Dengan keadaan aku waktu tu yang baru 1st trimester, berserah jelah. Kan orang kata tak elok kalau wanita hamil ni berada hampir dengan orang yang demam chickenpox. Tapi, nak buat camner, anak sakit oiii.. Lagipon, aku dah pernah kena sebelum ni, jadi aku harap, imun badan aku kuat untuk bertahan. Alhamdulillah, dekat 3 minggu jugaklah bergilir cuti, baru anak-anak sihat.
Bulan September, Nia demam balik. Demam lama yang buatkan aku berulang ke klinik dan akhirnya kena tahan wad untuk kali pertama. Suspek denggi katanya. Cuti rehat lagilah lagi aku untuk 2@3 hari. Tak ingat. Dia kena tahan wad pon dalam 4 hari kot. Tak ingat dah. Tapi yang pasti, masa ni, Safiyya dah selamat mak bawak balik kampung sebab next weeknya Raya Haji. Lagipon, polisi Hospital Putrajayakan tak boleh kanak-kanak bawah 10 tahun naik ke wad. Jadi, bagi aku susah sikitlah husband nak datang naik kalau Safiyya ada sekali. Hari Sabtu tu dapat keluar sebab result darah yang diorang amik banyak kali menunjukan negatif denggi, hanya demam viral. Alhamdulillah....Masa demam ni, badan Nia kurus kering dan dia macam traumalah. 24 jam nak dengan aku je. Sampaikan dah keluar wad pon, time tido kalau boleh nak berpeluk atau dapat pegang tangan@kaki aku untuk pastikan akau ada di sisi dia. Balik kampung untuk Raya Haji pun dia tak ceria. Makan tak berapa lalu, yelah orang baru nak baik. Mak amikkan air tawar kat jiran dekat rumah, alhamdullillah dengan izinNya, lepas tu Nia beransur ok. Dari segi selera, perangai dan semua...Legaaaaa...
Cerita ini tak habis lagi.
Bulan depannya, awal November, sekali lagi Nia demam. Demam yang lama dan membimbangkan. Pergi KK, berulang 3 kali jugak dan akhirnya KK refer ke Emergency sebab tengok nafas nia laju. Padahal paru-paru clear. Doc takut, lagipun result darah menunjukkan sel darah putih dia tinggi sangat. Makanya, dengan berat hati, ke hospitallah pulak kami. Tapi sebelum tu, dah bijak sikit. Balik rumah, mandi dulu, makan siap-siap kemas baju bagai sebab dah tau memang kena wardedkan. Sampai emergency, seperti yang dijangka memang kena tahan wardlah. Mula-mula sampai, diorang cek Nia, MA hospital pelik jugak tengok Nia sebab paru-paru clear, tapi nafas laju. Bila dah tengok surat refer, diorang suruh amik gas dulu. Dah setel gas, nafas masih laju, tunggu apa kata doc pulak. Akhirnya, doc minta buat x-ray nak tengok apa ada kat paru-paru..Setel x-ray, masuk balik dalam emergency, husband dengan safiyya tunggu kat luar. Nia kena pakai bantuan oksigen untuk slowkan pernafasan dia. Bila keluar result x-ray, memang nampak ada masalah kat situ. Kenalah check-in di hospital selama 5 hari. Disebabkan aku dah bersedia fizikal dan mental, jadi aku redha. Janji anak sihat. Husband paskan barang-barang kat guard je sebab Safiyyakan ada sekali, tak boleh naik kat wad. Makanya, bermulalah episod bercuti di hospital yang mana menjadikan aku berminat nak dengar penerangan doc setiap kali diorang buat lawatan (walaupun pada patient lain, hahaha). Alhamdulillah, Nia hanya pakai bantuan pernafasan untuk jangka masa kurang 24 jam dan lepas tu nafas dia ok. Nia kena stay untuk tempoh 5 hari sebab nak habiskan antibiotik. Aku ok, tak de masalah, janji anak sihat. Walaupon ada kena pindah wad, mak ok je, hahah..Janji selesa.
Akhirnya, selepas 5 hari, doc bagi keluar dengan syarat nia kena dikuarantinkan WAJIB 14 hari dan sunat sebulan + sambung makan antibitok di rumah selama 5 hari. Tak boleh berjumpa orang luar, tak boleh pergi tempat yang ramai orang, pendek kata hanya duduk rumah je sebab paru-paru dia baru nak clear. Oh ye, Nia sakit haritu sebab ada infection pada paru-paru dia. Maybe sebab batuk dan selesema lama sangat. Lepastu dengan keadaan Nia yang tinggal di taskakan. Disebabkan tu jugak, aku terus mohon cuti seminggu jaga dia dan selebihnya minta mak tolong jagakan sementara. Masa aku cuti jaga di rumah, aku dah gunakan kemudahan cuti separuh gaji sebab cuti dah tak cukup, hahahah..
Sebab tulah aku kata tahun 2016 menduga sungguh sebab sampai cuti aku sendiri habis....Takpelah, aku anggap tu dugaan yang manis untuk membesarkan anak-anak. Bila anak-anak sakit, hati dan jiwa kita sebagai parents turut sakit. Biarlah anak-anak sihat di depan mata, hati kita pun tenangkan :)
Aku harap, 2017 kesihatan kami sekeluarga dalam keadaan baik-baik sahaja, insyaAllah.
Ok, itulah dia penceritaan kisah anak-anak aku di tahun 2016. Kita jumpa cerita di tahun 2017 pulak.
Daaaa..Muah ciked :)

Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?