Sembang kosong di petang hari

Assalamualaikum

Amboi, kemain intan! Sampai 3 entry ko tibai arini ye. Nak buat camno. Aku sensorang je kat opis arini sambil ditemani 3 orang bos kecik dalam ni. Staf lain semua yilek!! Ada yang off penugasan Pilihan Raya dan ada yang EL. Diorang balik ngundi jauh sangat, tak sempat nak balik kerja arini, cuti pulak dibekukan, jadinya arini hari EL sedoniaaaaa, hahaha..
 
Disebabkan diorang EL, melangutlah aku sensorang kat opis. Boringgggggggggggggggg!!!!!!! Takde member nak sembang. Bos?? Ader..Nak suruh sembang dengan dia?? Maaflah. Itu takde dalam senarai aku. Lebih baik dok mengadap internet ni dari bersembang dengan dia. Tak reti haih nak sembang pasal ape. Pasal PRU, aku tak minat. Sebab tu aku takde nak pos-post atau update entry berkaitan Pilihan Raya selama hari ni. Memang terus terang aku tak minat politik. Pening kepala otak kalau nak fikir orang tu kata orang ni, orang ni kata orang tu. Ntah apa-apa je. Cubalah korang bersatu. Kan senang. Aku cuma sokong orang Melayu dan agama Islam sahaja. Sebab ni tanah melayu, kitalah yang patut kekal sebagi ketuakan?! Ok, dah tak mau citer, karang jadi isu. Sendiri fikirlah ye :)
 
Arini En.Aril jadi Mr.Mama kat rumah. Pengasuh safiyya cuti sebab balik mengundi. Cadangnya, dia nak bawak safiyya g opis je arini sebab katanya kat ofis takde orang. Aku memang tak boleh nak cuti sebab cuti masih tak cair. Nak EL, malas. Sayang cuti, hahaha.  Lunch hour tadi saja call nak tanya kabar budak tembam tu, sekali dengar En.Aril gelak. Rupanya dia amik EL arini. Setelah difikir-fikir, katanya tak sangguplah nak bawak safiyya pegi ofis. Takut tak boleh nak buat kerja. Kan dah agakkkkkkkkk, kikikiki..
 
Sekali sekala, apa salahnyakan bang. Berkorban cuti untuk family sendiri. Alang-alang dia dah EL arini, sajalah aku mintak dia masakkan sambal sotong sebab macam dah lama tak makan, (memang dah ada stok dalam freezer) sekali katanya dia dah masak sup ayam. Waaaa...Kuciwa di situ..Tapiiiiii ok jugak kot. Tak kesahlah menu apa pon, janji balik ni boleh makan nasi panas-panas. Dari tadi tak makan nasi lagi sebab tak de member nak kuar lunch. baby dalam perut dah menendang-nendang sebab mamanya makan murtabak je tadi. Tak tau bila punya, ofismate suruh makan sebelum diorang balik tadi. Maybe lebih makanan malam tadi time diorang duty kot. Belasah jelahkan, janji dah dipanaskan dan perut pon kenyang (^_^)
 
Alhamdulillah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017