Entry campur-campur macam rojak, yummy!!

 
Assalamualaikum
 
Hari ni hari gumbira sebab en.aril dah balik berkursus, yeay!! Tido malamku kini kembali lena bila si dia ada di rumah, hahaha. Sepanjang dia berkursus ni, memang aku dengan safiyya tido kat ruang tamu je. Bentang tilam+toto safiyya siap-siap, lepas siap semua kerja rumah, marilah kita menidurkan diri kat luar ye wahai anak. Katil dalam bilik kita tinggalkan untuk seketika :)
 
Kalau tinggal berdua je dengan safiyya boleh dikatakan aku lebih kerap tido kat ruang tamu berbanding dalam bilik. Aku rasa lebih selesa + lebih yakin bila tido tempat lapang. Akukan penakut tahap diva. Bagi aku antara gangguan manusia dengan menda halus, aku lagi takut gangguan manusia kot! Lagipon aku pernah ada pengalaman rumah kena pecah masuk masa tengah tido waktu kat kelantan dulukan. Kerja mat pet je pon. Tapi, sebab menda  dah jadi depan mata dan orang tu pulak tengah bergelut dengan housemate sambil pegang pisau, lagiklah traumakan. Mungkin trauma ni takkan hilang sampai bila-bila kot.
 
Kejap-kejap aku akan terjaga, pergi cek pintu depan, pintu dapur semua. Memang agak ting tonglah kepala. Tapi, takpelah. Janji aku rasa selamat. Malam ni semuanya kembali normal, best-best! Aku dah pesan siap-siap dekat en.aril, pasni kalau ada offer kursus dalam waktu terdekat, tolaklah dulu. Tunggu aku bersalin dulu, nanti pergilah balik. Aku dah makin sarat sekarang ni, esok nak masuk 29 minggu dah. Kejap je rasanyakan. Agak payah aku nak handle safiyya sorang-sorang bila dah sarat ni. Dia kalau dengan aku memang lebihhhhh sikit perangainya. Mak dengan anak memang cenggitu gamaknya. Macam-macam perangai dia buat. Kalau duk dengan abah dia, rileks je. Takde buat perangai sangat pon. Tambah pulak ni dia dah nak beradik, lagiklah macam-macam dia buat dengan aku. Kadang-kadang sampai hilang sabar, tapi cepat-cepat istigfar balik.
 
Makin besar ni, makin banyak menda positif yang dia buat. Paling seronok tengok dia solat. Terkumat kamit mulut dia membaca. Semua pergerakan dalam solat dia hafal, cuma satu je dia skip. Part ruku' sokmo takde. Takpelah kakak, selow-selow. Nanti makin lama, makin pandailah kakak solat. Paling lucu bila dia nak solat, dia solat ikut dan je tak kira masa, tempat, berbaju ataupon tak. Kadang-kadang, dia pergi amik kopiah en.aril sebelum solat. Nak amik telekung aku besar sangat agaknya. Nak ditegur tak sampai hati sebab lucu sangat bila tengok dia solat dengan perut muncit dan berkopiah. Salah fahaman sungguh anak daraku ini. Hailah kakak safiyya. Napelah awak nie sweettttt sangat peelnya??? Aku selalu cari telekung untuk dia kat Mydin, tapi takde pulak size kecik. Carik on9 semua besar-besar. Alih-alih waktu balik kampung minggu lepas, mak aku bagi telekung yang mak beli kat Mekah dulu untuk safiyya. Telekung tu ala-ala macam tudung labuh. Mak aku kecikkan bahagian muka terus sarung kat safiyya. Waaaahhh!! Gumbira tak terkata anak dara sorang tu. Terus pakai taknak cabut-cabut. Ada aku tangkap gambarnya. Tapi, gambar tak boleh nak download pulak sekarang. Ade aku kongsikan gambar dia kat FB ngan IG. Kalau rajin, korang pegilah godek-godek ye :)
 
Satu lagi menda yang buat aku rasa wahhhh dah besar anak dara aku ni bila tiap kali lepas makan mesti dia sibuk terkedek-kedek bawak pinggan dia ke sinki. Kalau lepas minum pon sama. Beria dia nak letak cawan ikea dia dalam sinki. Seronok tengok perkembangan-perkembangan positif dia. Memang betul orang cakap, anak kita akan ikut apa yang kita buatkan. Sebab tu lah orang selalu cakap mak ayah memang main peranan yang besar dalam mendidik anak-anak. Kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik untuk anak, macam mana anak nak praktikkan menda tukan?
 
Safiyya buat masa ni masih belum petah bercakap. Mulut sentiasa bising, tapi bahasa dialah. Setakat perkataan yang basic-basic tu, pandailah dia. Aku takdelah risau sangat sebab perkembangan setiap kanak-kanak tu berbezakan. Bulan depan dah nak masuk umur 2 tahun dah kakak safiyya ni. Kejap je masa berlalu. Rasanya baru je sambut besday dia tahun lepas. Tahun ni memang takde sambutan macam tahun lepas. Kita celebrate anak beranak jelah kot. Lagipon besday en.aril, aku ngan safiyya selang sebulan jekan. Kita rangkumkan sekali jelah sambutanya nantikan?? Sonang koje. Mintak-mintak baby adik lahir bulan 7. Berderet besday anak beranak pasni, hahahhaha..
 
Cakap pasal besday, umur aku dah genap 26 tahun pon ahad lepas. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan semua yang ALLAH S.W.T kurniakan pada aku sekarang. Tak lebih, tak kurang. Harap-harap, aku masih dipanjangkan umur oleh ALLAH S.W.T supaya dapat menambah bekalan untuk di bawa ke sana nanti. Masa besday aritupon, aku kat kampung. Malam sebelum besday, en.aril belanja kitorang makan satay + kek secret recipe. Mungkin sebab umur dah banyak, keterujaan tu takde sangat pon. Biasa-biasa je.  Makan pon lebih pada makan-makan keluarga. Pagi esoknya dapatlah dengar ucapan besday live dari bonda tercinta. Sebelum-sebelum ni kalau wish dalam tepon jekan. Maklumlah, dah besar panjang. Jadi, sekali sekala dapat ucapan live, terasa diri macam kanak-kanak riang, hahaha. Hari besday, aku cuma request nak makan masakan mak aku je. Menu, aku yang bagi, pastu masak sama-sama. Mak masak nangka muda+ayam, gulai asam rong ayam dengan sambal belacan. Aku cuma buat sambal udang (memang dah lama teringin) dengan ayam goreng rempah je. Walaweh!!! Sedap giler rasanya makan masakan mak. Bertambah-tambah aku makan. Kebetulan safiyya tido time tu, lagiklah kusyuk aku melayan lauk-lauk tu. Lepas makan, aku pergi kenduri kawen kawan aku kat dewan majlis. Pergi sana pon sebab nak jumpa member-member sekolah je. Lagipon ari semalamnya aku dah makan lauk kenduri kawen kat tempat yang sama. Boringlah hari-hari makan lauk kenduri. Kalau diorang hidang lauk kampung sedap jugak, ni lauk orang kawen, aku kurang minat sikit :) 
 
Lepas beranak, masalah yang aku hadapi tiap kali nak pergi kenduri kawen kawan-kawan sekolah ialah tak lain tak bukan segan nak berhadapan dengan diorang. Dulu time sekolah aku kurus kering je, hanya 45 kg. Lepas bersalin berat aku bertambah sampai 10 kg berbanding zaman sekolah dulu. Ai is maluuuuuu!!!!! Kalau dulu, diorang pangil aku bini popeye, sebab aku kurus tinggi. Sekarang ni takde dah panggilan cam gitu. Tak sesuai dah kot! Member-member aku cakap diorang lagi suka aku berisi sikit macam ni berbanding dulu. Tapi, entahlah. Aku sendiri yang malu dengan perubahan fizikal aku. Tiap kali jumpa diorang, mesti aku cakap aku dah kembang. Mesti diorang  pon stress dengar ayat yang sama aku ulang. Sebenarnya, bukanlah aku sorang je berubah bentuk fizikal, ramai je yang berubah. Ada yang masih bujang tapi dah berubah jadi tembam pon ada je. Cuma biasalah. Akukan saiko. Tak boleh terima pandangan orang. Sedangkan orang tak cakap apa pon, kahkahkahkah...
 
Agak-agak lepas bersalin kali kedua ni, dapat tak berat 55kg balik ye??? Nak dapat berat 50kg tu macam payah je. Tapi, mana taukan. Kot-kot ada keajaiban, terus jadik solid molid macam Che Ta, wahhhhhh!!! Meletop kebabom mama safiyya gitewwwwwwww.......
 
______________________________________
 
 
Disebabkan gambar tak boleh nak diupload minggu ni, yang sempat sekeping ni je pon pagi tadi, layankan jelah ye. Lepas dah mengidamkan pulut mangga mak yong ni. Ari apa ntah aritu ada pegawai dari perlis bawak mangga harum manis dari sana. Kebetulan memang ada meeting, dan-dan ada yang murah hati sponsor pulut. Wahhh!! Sedap-sedap. Cuma santan je takde. Takpelah, dapat makan yang macam ni pon dah sedap. Lagipon aku dah kirim siap-siap mangga harum manis kat kawan aku.  2 kg tau aku kirim. Nanti, bila dah dapat buahnya, bolehlah aku tanak pulut ngan santan kat rumah. Bahagiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (^_^)
 
 















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!