2016

2016

Assalamualaikum blog. Selamat tahun baru. 6 Januari 2016 baru nak mula menulis di sini. Untuk rekod kenangan momen-momen anak mula bersekolah dan di taska :)

Ok, kita cerita bab safiyya dulu. Next entry, baru cerita bab Nia. Untuk tahun  ini, Safiyya dah pun mula bersekolah (5 tahun). Safiyya memang eksited sangat nak sekolah. Dah lama rasanya dia minta, cuma aku dan husband rasakan umur 4 tahun terlalu awal untuk dia. Lagipun, safiyya jenis yang tak boleh lama-lama dalam aircond. Diakan ada asma. Sebelum ni, tak jumpa cari playschool yang hanya menggunakan kipas di sekolah. Kebanyakannya banyak menggunakan aircond. Tak nak amik risiko untuk dia, sebab tu, kami biarkan dia tinggal di rumah acik sampailah umur 4 tahun :) Alhamdulilllah, hasil gigih mencari dan survey tadika yang sesuai untuk safiyya dari awal tahun lepas, aku dah jumpa yang sesuai dengan dia. Dalam hati dah list 2 tempat ni untuk dia iaitu, Little Caliph dan PASTI. Bagi Little Caliph, aku tertarik dengan modul pembelajarannya. Sangat bagus. Cuma harganya agak pricey sikit (RM 420 untuk tahun 2016. Naik harga dah, seiring dengan harga barang-barnag kita yang semuanya naik lepas GST ni, hoho) . Masa aku survey awal tahun lepas, untuk Little Caliph di Desa Pinggiran Putra, bayaran monthly RM380, which is aku rasa masih reasonable dan bolehlah untuk aku topup sebab banyaran pengasuh dia pun RM300. Dalam masa yang sama, aku dapat info dari classmate aku yang anak dia bersekolah di PASTI sini. Masa tu, memang bercahaya mata aku sebabnya, memang pada awalnya, aku bercadang nak hantar safiyya di PASTI Dengkil (yang paling hampir dengan rumah). Tapi, bila dah dengar rupanya PASTI ada dibuka disini, bagai pucuk dicita, ulam mendatanglahkannnn. Rezeki sangat dapat info ni. Nasiblah ringan mulut nak bertanya dia. Dari situ dapat banyak feedback berkaitan PASTI dan pengalaman anak dia sendiri yang sebelum ni pernah bersekolah di tadika lain. Bincang dengan husband, dan setuju untuk booking PASTI. Masa tu bulan Januari / Februari kot. Terus contact person in charge PASTI. Tapi, malangnya, beliau cakap, pendaftaran PASTI akan mula dibuka awal MEI 2015. Nanti boleh follow up semula. Waktu tu, terus risau sebab macam yang classmate aku bagitau, queue untuk PASTI ni berderettttt..Ikut rezekilah siapa yang dapat. Pendekkan cerita, alhamdulillah, safiyya dapat jugak tempat di PASTI ni walaupun berbagai halangan sebelum itu, hehehe.  Sebenarnya, aku dah siap bayar booking untuk Little Caliph RM100 masa bulan September aritu. Backup kot-kot tak dapat PASTI. Sebenarnya, memang aku berbelah bagi antara PASTI dan Little Caliph. Tapi, bila dah ditimbang-timbang dan difikirkan habis-habis, nak-nak bab yuran, aku rasa kami (aku dan husband) lebih mampu untuk sekolahkan safiyya di PASTI. Lagipun, aku memang nak anak-anak aku masuk tadika yang bercirikan islamik macam aku kecik-kecik dulu. Bukanlah kata tempat lain tak bagus, tapi kita mak ayah ada pilihan, ada kesukaan dan ada alasan kenapa nak pilih yang itu atau yang inikan. So, jangan jadikan isu tadika pun nak didebatkan di alam siber, kehkehkeh :)

So far, hari ini, dah hari ketiga safiyya di PASTI. Alhamdulillah, dia happy, senang nak kejut bangun pagi dan yang buat aku geli hati, dia minta aku buatkan bekal untuk dia. Ni kes terpengaruh dengan kawan-kawanlah ni. Memang masa 1st day aritu aku tak bekalkan dia apa-apa. Balik tu, dia ceritalah kawan dia bawak bekal, kenapa dia takde bekal. Bila aku tanya, 'kakak nak bawak bekal ke'? Bersungguh dia cakap nak..Disebabkan anak dah bersungguh, mak pun rasa eksited nak sediakan bekal anak. Tanya dia nak bekal apa, dia kata nak nugget. Amboi, kemain.. Memang idaklah aku nak bekalkan buat masa  ni. Bukan apa, bagi aku, nugget bukanlah pilihan utama sebab nanti bila ramai-ramai takut tak cukup, bawak bekal lainlah. Dia kata nak nasi. tapi taknak pedas. So, akupun buatkan nasi goreng cina untuk dia semalam. Isnin aritu, belikan botol air frozen (BPA Free)  untuk  bawak ke PASTI. Disebabkan eksited, aku bancuhkan milolah untuk dia. Tapi yang kelakarnya, masa balik semalam, dia kata dia lupa nak makan bekal aku tu. Dia nak suruh aku suap makan dalam kereta. Manalah boleh anak oi, takde sudu ni. Balik rumah, lepas mandi semua, aku panaskan je nasi goreng tu dalam microwave, berebut-rebut dia makan dengan nia. Senyum lebar aku tengok dia makan. Air milo siap kena bancuh yang baru sebab happy sangat dapat bekal air milo pagi tadi :)

Untuk hari ini pon, masih aku gigih buatkan dia nasi goreng cina macam semalam sebab tengok dia berselera je. Air pon masih milo. Balik nanti, dengarlah dia cerita apa dia buat kat sekolah. Happy tengok bila dia gembira macam tu :)

Alhamdulillah, lega aku dia tak meragam. Husband cerita, semalam masa hantar dia (diorang naik motor, aku naik kereta dengan nia), elok je sampai sekolah, salam cium tangan menonong je masuk tadika. Dia tengok je kawan dia nangis tepi pintu tu. Amboi, macam dah besar sangat ye awak kakak. Taulah awak tu tak nangis macam diorang, hehe. Aku tengok dalam gambar -gambar yang cikgu share dalam group whatsapp pon, setiap aktiviti yang dibuat mesti dia kat depan. Maklumlahhhhh, bab-bab nyanyi ni memang dia suka sangat. Aku harap, biarlah dia sukakan alam persekolah sampai bila-bila.

Untuk anak mama Hannah Safiyya,

Mama doakan yang terbaik untukmu sayang. Belajarlah pandai-pandai untuk kesenangan di masa hadapan. Pelajaran akademik dan agama haruslah seiring. Mama dan abah tiada wang dan harta yang banyak untukmu. Ilmu dan pelajaran yang mampu mama berikan untuk panduan di masa hadapan. Jadilah anak/kakak/cucu dan manusia yang solehah, berguna, pandai menghormati orang dan cemerlang di dunia dan akhirat :)

Ikhlas,

Mamamu :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017