Makan, makan, dan makannnnnnnnn
Assalamualaikum.
Dah puas cerita aktiviti riadah, cerita pasal makan-makanlah pulak. Takde apa nak ceita, kita up menu-menu yang dimasak masa weekend aritulah ye,. Jadiklah, ada jugak cerita. Daripada blog terbiar sunyi. Terlampau banyak menda nak update. Tengoklah mana yang sempat ye.
Lepas berkayuh ari sabtu tu, balik rumah, sambung buat kerja rumahlah pulakkan. Walaupon perut kenyang lagi, aku suka je masak awal. Senang. Karang, bila-bila nak makan boleh amik je. Lagipun, weekendkan banyak cerita tv yang best-best. Haruslah pandai menyusun jadualkan.
Macam biasa, lauk simple-simple macam ni yang akan buat nasi bertambah. Nak-nak kalau makan nasi panas-panas. Layannnnn!!
Kitorang lunch dah lambat. Dalam pukul 3/4 tak silap. bebudak je makan awal. Elok je aku siap masak, nia dah meragam nak makan. Bertambah-tambah dua beradik ni makan bila aku buatkan labu masak lemak ni. Kita yang tua pun suka, apatah lagi budak. Diorang aku gorengkan ayam je untuk lauk. Ikan nikan pedas. Lagi satu, aku bimbang nak bagi takut tercekik tulang. Takut tak perasankan masa nak suap diorang tu. Jadi, amik langkah bijak dari awal ye, (alasan orang pemalas, ginilah)
Hari ahad pulak, sekali lagi kitorang lunch time dah petang sebab pagi tu kenyang makan roti bakar. Pikir punya pikir nak masak apa, teringat daging korban dalam freezer. Bila tanya en.aril nak masak apa daging ni, laju je dia jawab SUP!!!
Set!! Dan-dan tu jugak aku pergi rebus daging kat dapur. Taulah daging korbankan fresh. Nak lembut, memang kena rebus lama. Rasanya adalah dekat 3 jam aku merebus kot. Dah setel merebus, aku tumis siap-siap bahan rempah supnya. Dah naik minyak, aku leburkan je dalam rebusan sup tadi, tambah air lagi dan reneh lagi sup ni. Aku rasa, total masa nak melembutkan daging ni ada dekat 5 jam!!!!
Tak sia-sia merebus lama daging ni. Memang lembut sampai ke urat ketingnya. Itu yang buat en.aril sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! Jemu makan nasi, en,aril beli kuew taw dan mee kuning siap-siap. Memang umphhhhh makan kuew tiaw sup ni panas-panas. Lawankan pulak dengan cili kicap, perhhhhhh!!!!!!!! Terangakat!!! Aku yang menaip ni pun dah kecur-kecur air liur, hahaha.
Buat sup daging sendiri memang untunglah. Mau tak untung bila daging lagi banyak dari kuew tiaw. Bebudak masa ni bukannya dok makan kuew tiaw sangat. Diorang dok hirup sup aje. Macam safiyya berulang kali cakap "sedap...sedap". Apa lagi, kembang setamanlah mama dia ni bila anak dah pujikannnn, hahahaha.
Inipun ada sikit lagi balance sup kat rumah. Ada can, aku gunakan untuk gorengkan mee je. Nak makan sup macam dah tak lalu pulak. Berapa hari asyik ulang makan yang sama je :)
Bekalan ni pulak ari Selasa punya tak silap. Konon-konon nak berjimatlah tu. Lauk bajet sangatttt, hahahaha..Sehari je aku bawak bekal. Pastu, dah takde. Asyik membeli je kat luar. Duit pon mengalir macam air. Kering poket cenggini. Gaji dahlah lambat lagi. Aku rasa semua orang gomen tengah menghitung hari jekan????????????
Untuk arini, 1st time aku makan Hot & Roll ni. Kesian sungguh. Benda dah berzaman, baru ni je aku ada keinginan nak mencuba. Teruk! Nasiblah bawka wani. Dia dah pernah makan, aku ikut je apa yang dia cadangkan. Untuk 1st timer macma aku ni, aku amik Wrap Chicken Cheesse. Wahhh!!!Sedap jugak rupanya menda alah ni. st time makan, terus suka. Lain kalai boleh repeat lagi. harga pon macam makan nasi sebungkus, RM6.50 satu. Korang yang lain mesti dah berzaman makan menda alah ni dan tak heran pon kan???????? Aku je yang ketinggalan zaman ni, hahahaha. Oklah tu, daripada tak merasa langsung, tak gitew????????????





Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?