Cerita Khamis aritu
Assalamualaikum.
Curi masa kejap update. Ada yang rindu nun kat Shah Alam tu. Hai besties!! Dah sihat tak arini? Ok, last week, Khamis dan Jumaat aku cuti. Wan (pengasuh anak aku) nak ke Johor, ada kenduri kawen ari jumaat tu. Dah alang-alang apply cuti, saje aku tambah sehari awal, untuk bermalas-malasan seorang diri. Sekali sekala jalan-jalan sorang-sorang ni best jugak.. Dah lama pulak aku tak rasa tenang time berjalan. Takde nak kejar apa-apa. Boleh cuci mata, tengok satu-satu barang tu lama-lama, belek-belek, pegang-pegang, best!!!. Macam flashback time bujang pulak. Maklumlah, sejak beranak pinak ni, memang takde istilah cuci mata dengan bertenang ye kawan-kawan. Semuanya akan dilakukan dengan super duper pantas.
Kalau nak tau, dari dulu aku paling suka keluar masuk kedai handbag/kasut/ aksesori comel-comel/ baju semualah. Dah nama pun perempuankan. of courselah ke sini je tempat yang dituju :) Cerita ari khamis tu, aku memang dah plan awal-awal keluar aku nak g car wash dulu (keta nak berbulan tak basuh),lepastu nak pegi pejabat pos(pos bb cream), tak lupa jugak nak ke kedai 99mart kat Dengkil (orang kata kat situ banyak barang yg comel-comel dengan harga yang murah), Wahhh..banyak gilak list to do aku ari khamis tu.
Okeh, aku nak share dengan korang yang duk Putrajaya yang mencari Car Wash yang tip top kerja diorang + harga RM 10 hengget jer, boleh datang beramai-ramai kat Car Wash belakang Pusat Servis Proton area Desa Pinggiran Putra. Serius, uncle ni menag sental kaw-kaw daki yang melekat dekat kereta aku. Sampai arini, kereta aku amsih berkilat macamkan kena polish pulak. Dah lah kerja dia teliti, 2,3 kali gosok, lap semua, memang aku puas hati. Aku tau kewujudan kedai ni pun dari blog jugak, haha. Dah kawan aku tu puji uncle ni bagus, aku pun trylah, memang aku kasik 10 bintang!! Sampaikan husband sendiri pun puji tengok kereta masih bersih walaupon hujan panas cuaca sekarang ni :(^_^)
So, apa tunggu lagi, petang ni kalau free, pergilah eh :)
Tengok tu, siap letak alas kertas lagi kat tempat letak kaki bahagian depan. Cermat sangat kerja uncle ni. Kalah aku tau!
Pagi tu, aku hantar diorang macma biasa ke rumah wan. Pastu balik rumah, kemas-kemas dulu dalam pukul 10 baru keluar semula. Korang tau tak, (ke aku je yang ketinggalan) paling seronok masuk dalam kedai 99mart tu sebab semua barangnya murah-murah, cute-cute, warna-warni, pendek kata memang feminin sangat kedainya. Tak sedar pun masa berjalan. Rasanya dekat setengah jam kot ntah ke lebih aku dok dalam tu. Teringat masa zaman lepas SPM dulu. Tiap kali weekend, kat kedai-kedai cengginilah aku dengan kengkawan aku mencuci mata. Berjalanlah kitorang dari satu kedai, ke satu kedai kat The Store Bentong tu. Rasanya, time tu, kedai macam ni pon dah mewah sangat dah. Tapi tulah, manusia ni mudah sanagat lupa diri. Bila dah mula kerja, bajet macam orang kaya sangat, terus dah tak jejak pulak kedai-kedai gini, yang nampak depan mata, semua shopping complex besar-besar je, haha. memang dasar sangatkan! lupa daratan! Sebenarnya, kedai-kedai ginilah yang paling sesuai untuk golongan macma aku mencuci poket. Sesuai dengan keadaan kewangan sekarang. Nak ke shopping compleks tu, tak de hal. Cuma orang kata, nak berbelanja kena BIJAK kot :) Aku pon dah plan nak ajar bebudak berdua tu, jangan nak beli barang yang mahal je. Ingat mama abah COP DUIT (ayat mak aku dari dulu) ke??? Nak kena ajar dari kecik. Karang buatnya demand memanjang sampai ke besar, pengsanlah bakal menantu aku, hahaha.
Setel kat dengkil, menyinggah pulak ke Alamanda. Jalan-jalan, pusing-pusing sensorang, tengok kasut, terasa nak beli. tapi tak best pulak sebab takde tukang mengkomen. Aku ni, kalau nak beli apa-apa, mesti kena berteman. sebab nak tau pendapat orang ok ke tak menda yang aku pilih tu. Last-last, takde menda pun yang aku beli untuk diri sendiri. Aku pergi memborong vitamin anak-anak + barang dapur je, (mak-mak sangatkan!). Dah puas jalan, melepak kat Secret Recipe pulak layan Tom Yam Kung dengan air tembikai. Adalah dekat sejam lebih aku duk sini. Dari cuaca panas cantik, sampailah hujan selebat alam, sampailah reda hujan tu, aku tetap melepak kat SCR ni, hahah.
Memang betul-betul aku berehatlah khamis tu. Takde menda yang nak dikejar. Takde apa nak fikir, just relax je. Sebenarnya,s ebelum lepas SCR tu, aku dah text husband ajak dia join, tapi dia bizilah pulak. Ada taklimat kat AG. Semenjak dah tukar ke unit baru ni, kesian sangat aku tengok dia, dah macam takde life pulak. Bayangkan, weekend pun kerja, Adoiyai!! memang betul-betul SYMP. Dah kalau dia kerja, aku ngan anak-anak berlingkar jelah kat rumah melayan tv tak sudah-sudah :)



Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?