Ke mana menghilang?

Assalamualaikum

MasyaAllah, lama giler tak menulis, haha. Memang MALAS tahap dewa aku rasakan sekarang. Suka baca cerita orang je, Nak cerita pasal diri sendiri malas. Baru lepas belek-belek tepon, tengok gambar yang berlambak, rasa sayang pulak kalau tak update. Buatnya corrupt nanti, abis hilang semua gambar. Padan muka akukannn, haha.

Blog dah diprivatekan, aku rasa heaven giler. Menulis tanpa rasa was-was dan menjaga hati orang. Penyakit hati ada di mana-mana. Aku sendiri takut aku tergolong dalam orang sebegitu. Langkah demi langkah diambil untuk ketenangan dan keselesaan diri sendiri. Aku lebih enjoy begini. Kalau dulu, rasa tak secure je bila menulis. Hati orang kita tak tau. Biarlah. Blog aku, biarlah aku mempoyokan diri sorang-sorang, hahahaha. Entry warming up nak cerita apa eh?

Oh, malam semalam lakiku demam panas. MasyaAllah, demam berturut pulak family kitorang ni. Nia start demam khamis petang melarat sampai ke sabtu malam. Isnin pulak, kakak safiyya demam sampailah semalam. Balik kerja semalam pulak, lakiku dah melepek. Ingatkan letih kerja, rupanya badan tak sedap. Sebelum tidur semalam, dia dok selubung diri dia dengan toto. Aku kalut menyapu air daun bunga raya kat kepala safiyya. Kakak demam macam nia, on off. Cuma dia bila demam melepek. Adik aktif. Tu yang aku risau. Alhamdulillah, bangun pagi tadi, kak safiyya dah ceria macam biasa. Badan dan kepala pun dah tak panas. Pukul 5 pagi tadi, aku tengok lakiku dah lain macam. Dia keluar bilik, tidur kat ruang tamu. Bila ditanya dia kata sakit badan. Bila pegang badan dia memang panas giler kot. Terus carik panadol kat dapur. Nasib ada belen aku demam dulu. Mintak dia telan 2 bijik, terus selubungkan balik badan dia dengan toto. Amik tuala basah, letak kat dahi. Dia minta picitkan kepala dia, tapi tak nak kuat-kuat. Sakit katanya. Bila aku nak keluar tadi, dia kata dia tetap nak ke ofis. MasyaAllah. Sekarang ni, aku tak call dia lagi. Tak tau sama ada dia dah ke opis atau amik EL.

Dugaan penyakit Allah nak bagi sebab DIA sayangkan hambaNyakan. Walaupon agak kelam kelibut nak handle anak beranak demam, aku try jugaklah. Nia pulak sekarang ni,sejak dia demam nak melekat doplohpatjam dengan aku. Huissshhhh.. Rimas sikitlah dibuatnya. Bukan rimas pasal apa, tapi satu kerja pun tak jalan weh. Macam pagi tadi, nasiblah ada baju yang tak perlu digosok. Dah jimat masa kat situ. Tapi, tudung, nak tak nak, kena gak iron. Menangislah dia bila aku lepaskan tangan. Pesen dia sekarang, asyik nak pegang tangan je. Acaner mama dia nak buat kerja dengan sebelah tangankan? Last-last, aku biarkan je dia. Menangislah dia kat situ sampai dah nak parau suaranya sebab dia tekan suara tu. Mak dia apa lagi, pakai tudung ikut dan jelah sebab nak pujuk anak lagi, nak kejut anak dara yang sorang lagi. Huishh..Mencabar sungguh! At last, berjaya jugaklah dia diam, tapi jangan lepas tangan. Dalam kereta pun tetap nak pegang tangan. Nak senang kerja, aku pangku jelah dia. Baru diam, itupon bila hantar kat rumah wan tak nak. Masam mencuka muka dia. Entah kenapa dengan Nia pon tak tau. Si kakak pulak ceria walaupon tak mandi pagi, hahahahaha!!!


Oklah, nak call husband. Nanti jap lagi, sembang eh. Bye diari!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017