Sedapnya nasi daging kasih sayang nie
Semalam ari extra rajin. Balik kerja terus keluarkan daging dari freezer. Memang dari ari Ahad dah plan nak try buat nasi daging nie. Daging korban aritukan banyak lagi. Jomlah kita memasak ..
Aku cari resepi yang senang2 je. Lebih kurang macam masak nasi tomato cuma perlu tambah rempah kurma+sup bunjut+susu cair je ;)
Air asam pon senang je buatnya. Tapi aku mintak En.Aril yang buatkan. Aku kalau air asam ke sambal belacan ke memang suka En.Aril yang buat. Air tangan dia lagi sedap berbanding aku..hahaha..Nasiblah dapat suami minat ke dapur. Untung makcik!!
Sebenarnya malam semalam lagi kitorang dah rasmikan Nasi Daging nie. Tapi sebab makan ala2 je, lunch harini kita ulang sekali lagi. Barulah dapat menikmati dengan jayanya nasi nie ;)
Korang lunch ape arini?
Published with Blogger-droid v2.0.9

Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?