Hexagon 2 in da house yow!

Penapis air kat rumah aku dah berzaman rosaknya. Nak beli yang baru asyiklah dok berkira-kira duit dalam bank. Selagi ada menda lain yang lebih penting kita dulukan. Selama takde penapis air kat rumah, berangkutlah air berbotol-botol dari rumah mak aku dekat Bentong sana. Kadang-kadang ada jugak kitorang pergi beli air dekat mesin Dr. Sukida tue. Lama-lama, aku rasa stress sebab tengok botol air yang berlambak-lamabak dekat bilik belakang. Bincang punya bincang dengan husbad, terus nekad beli penapis air yang lain. Kali nie, rasanya dah takde menda lain yang lebih penting selain penapis air nie. Air kat rumah bapaklah kotornya. penuh karat!! Bayangkan karat masuk dalam badan kita, uuuuiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat tak baik untuk kesihatankan???
 
Lepas ditimbang tara dari segi semua aspek, kitorang sepakat beli penapis air HEXAGON 2 brand COSWAY je. Harganya boleh tahanlah. RM765 itupon harga promosi + harga member katanya. Kalau tidak, harga biasa RM1700 tak salah. Lagi sekali, pejam mata je bayar duit beli penapis air nie.
 
Kali nie, aku siap bersoal jawab bagai dengan budak Cosway tue tanya macam-macam pasal penapis nie. Antara soklan maut aku tanya kat dia
 
1.Penapis air nie HALAL ke tidak?
2.Ada pengesahan HALAL JAKIM ke tidak?
3.Filter yang pertama dibuat dari seramik ke batu?
4.Filter yang pertama boleh dibasuh ke tidak?
5.Ada berus khas untuk untuk basuh filter ke tidak?
6.Setiap tabung filter kena tukar berapa kali setahun?
 
 dan last sekaliiiiii.....
 
7.Harga setiap tabung filter berapa hinggit???
 
 
Haaaa...Banyak tak soklan maut aku tanya kat budak Cosway tue?? Dahlah budak tue macam staf baru kat situ, kejap-kejap dia refer dengan pamplet penapis air nie. Kejap-kejap dia tanya kawan dia kat kaunter..Kasihan ko dik dapat customer macam ahkak ko nie..Bersoal jawab mengalahkan dalam court..
 
Eh, kita customerkan, mestilah ada hak nak tanya itu ini. Diorang tak boleh nak marah..Customers is always rightkan???
 
Dalam banyak-banyak soklan yang aku tanya kat budak Cosway tue ada satu jawapan yang memang aku harap-harapkan sangat selain pengesahan HALAL!!
 
 Tak lain tak bukan mestilah filter tue boleh dibasuh ke tidakkan? Bukan apa, penapis air aku yang sebelum nie filter pertamanya tue tak boleh basuhhh..Pergggghhhh!! Ko bayangkan kalau setiap bulan kitorang nak kena kuar duit untuk tukar filter pertama tue, tak ke parak duit kitorang...Dahlah keta pon nak kena servis selalu, kalau tambah dengan filter air nie lagi berapa banyak pulak duit kitorang abis macam tue jekan????? 
 
Sila-silap ari bulan nanti, duit tabungan pon tak sempat nak menyimpan kalau dah asyik nak mengorek je selalu..Sebagai mak yang dah beranak satu nie, fikiran kena sentiasa ke depan. Kena fikirkan masa depan yang cemerlang (cemerlang sangatkan!!) Jadi, untuk menjimatkan duit, soklan-soklan maut kat atas adalah WAJIB okehhhh!!
 
Satu lagi, disebabkan aku nak dapat harga member, aku sign up terus jadi member Cosway untuk kali kedua (sebelum nie pernah jadi, tapi malas nak renew, hahaha). Bayar 25 hengget je sebab lagi 5 hengget adik tu topupkan. Katanya dia nak belanja. Baeklah, dik..Jimat lagi duit laki akak disebabkan ko dik, kahkahkah...
 
Lepas maghrib barulah En.Aril pasangkan penapis air nie..Kejap jepon nak pasangnya. Manual dia dah ada bagi, ikut jelahkan..
 

Inilah rupa penapis air tue. Cantikkan? Kecik je. Yang penting, menepati piawaian-piawaian yang aku ngan En.Aril gariskan,hahahaha..

 
Engkorang tengok nie..Dalam masa 15 minit je aku onkan penapis air nie, filter yang pertama terus bertukar warna dari putih ke warna perang...Tengokkkk!!! Betul tak aku cakap, air kat rumah aku nie kotor tahap divaaaaaa...

Masa En.Aril bertungkus lumus pasang penapis air nie, budak demok nie aku bagikan dia makan nasi. Safiyya sekarang eksyen kemain. Makan tak nak bersuap. Sekali dua aku suap bolehlah dia terima. Lepastu menjerit bagai nak apa. Ingatkan tak sedap ke apa, rupanya protes sebab nak makan sendiri. Hoi hoi hoiiiii... Ini budakkan memang suka buat jantung mak dia terkejut-terkejut gitu...

Engkorang tau tak, aku nie dahlah memang pemalas lipas nak kemas banyak kali kat ruang tamu tue. Bila si debot nie makan, bukannya tau dia nak makan sopan-sopan. Yelah, dah umur pon baru nak masuk setahun lima bulankan?? Makan comot-comot tuelah trademark bebudak umur cenggini. Dah kata maknya pemalas lipas, marilah anakku, kita makan kat dapur je ye sambil layan abah pasang penapis air. Takdelah mama kena kemas banyak kali kat depan sana,hehehe..



Engkorang tengok jelah aksi-aksi safiyya bila dapat green lite untuk makan sendiri. Memang macam syorgaaaa agaknya dia rasa (^_^)





Gumbira tak terkata safiyya. Aku tangkap gambar pon dia rileks je. Memang menikmati makanan sungguh ini budak.
 
Safiyya sekarang banyak cakap. Walaupon bahasa yang aku tak faham, tapi aku suka dengar dia membebel. Comel sangat!! Ada aku rakam video dia membebel, tapi kejap sangat sebab dia perasan.
 
Gigi pon dah makan banyak. Gusi atas bawah, kiri kanan semua dah ada. Bulan depan dah masuk setahun setengah, kena inject lagiklah safiyya. Kali nie kena mintak En.Aril ikut aku sekali ke Klinik untuk pegangkan safiyya time cucuk. Budak da besar, kederat dia lagi hebat, Bukan apa, takut aku terlepas pegang tengah nurse tue nak cucuk camner? Dah jadi satu hal yang menggerunkan pulak nantikan,hehehe..
 
Oklah, aku nak asar dulu nie. Balik karang boleh bersilat dengan safiyya

Ulasan


  1. semangatnya..saffiya makan.

    hehehe!!!!

    BalasPadam
  2. TQ info sgt bermanfaat ni ye

    BalasPadam
  3. Hexegon 2 cosway memang ada pengesahan halal ka???mohon pencerahan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Korang nak komen ape?

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!