Bihun goreng, agar-agar roti marble dan siput sedut masak lemak cili api bersama kulat sisir!!
Sementara masih free, moh kita membebel lagi. Korang tau tak, aritu, lepas keluar isu pasal bihun (berkenaan cara penghasilan/pekerja/kilang prosesnya yang kotor) aku lama giler tak makan / beli bihun. Tapi aritu, lepas tertengok kat tv ada bihun keluar Faiza, barulah berbunga balik hati ni nak beli. Keluaran Faiza, sah-sah dijamin HALAL dan produk orang ISLAM sendirikan. Rasa lebih yakin nak makan. Aritu masa beli, teruslah plan nak buat bihun goreng. Sap soi, sap soi, siaplah bihun goreng aku. Serius, aku jatuh hati pulak dengan bihun siam Faiza ni. Tekstur bihunnya memag bagus. Tak keras, tak lembut. Kalau korang biasa masak bihun, ada masa bihun ni kalau kita terlebih rendam dengan air, bila masak jadi lembik berair. Kadang, tak rendam lama, keras kejung. rendam dengan air panas salah, air biasa salah, memang banyaklah aku try and error sebelum ni. Tapikan, semenjak dah guna Bihun Faiza ni, memang terbaekkk sangat hasilnya. Bihun direndam lama dalam air biasa pun masih ok. Agak-agak nak bagi elok lembut, masuk je kat kuali, masa tumisan dah pecah minyak + banyak air. Kacau-kacau, bagi kering, dah siap!!! Kering, tak benyek, dan sedap sangat dimakan. Trylah korang. Pasti jatuh hati macam aku jugak, kakakaka.
Ni pulak, projek ari sabtu/ahad lepas. Kalau nak tau, ni 1st time aku buat agar-agar. Tak pernah hayat aku buat agar-agar sebelum ni. Bukan tak teringin nak cuba, tapi, entahlah. Malas menguasai diri kot. Aku nikan lebih suka masak lauk pauk berbanding dessert ni, haha. Tapi, disebabkan agar-agar ni dah lama sangat terbiar dalam almari tu + aku tertengok kawan aku dalam instagram yang dia nak buat puding roti marble, terus kecur-kecur air liur aku. Google resepi dan tengok barang kat dapur. cantiklah, semua ada. yang mana takde, tu, kita buat tak tau je. kita buat mana yang ada je. untuk 1st time ni, aku but separuh adunan je. Takut tak menjadi+takut banyak sangat nanti. sape nak makan pulak
Oh ye, kalau nak tau, coklat tu aku amik dari bancuhan milo je, sebab tu warna tak pekat macam serbuk koko, haha. kan aku dah cakap tadi, aku pakai je barang apa yang ada kat rumah, janji bahan utama ada, jalan!!
taraaaa!! nilah hasilnya..sejam lebih menanti agar-agar ni sejuk dalam peti, aku boleh bagi 10 bintang untuk diri sendiri, haha. dah kata 1st timerkan. bila tengok resultnya menjadi dan rasanya just nice (tak manis sangt+agar-agar elok keras, tak lembik), haruslah kembang kempis hidung ni walaupun takde orang nak puji, kahkahkah. masa ni husband kat opis lagi. aku sendiri makan, dah berketul-ketul. sedap sangt rasanya. anak-anak aku, tak makan sangat, diorang baru lepas makan nasi. aku tak makan nasi, makan ni je masa lunch, hahahah.
dalam masa dua hari je abislah pon agar-agar ni. buat pon loyang kecik jekan. pasni, bolehlah aku try lagi mcam-macam resepi agar-agar. dah pnadai katakan :)
ni pulak lauk semalam. ahad pagi aritu, pergi pasar kat dengkil. pusing-pusing cari barang, ternampak siput sedut ni. dah lama cari, baru jumpa. aku lawankan pulak dengan kulat sisir, pergh!!! terangkat kot!! sebenarnya, ni 1st time jugak masak kulat sisir. sebelum masak, saip call mak dulu tanya camner cara nak masak. siput tu aku dah masak banyak kali, so, takde masalah,.husband tolong bersihkan siput tu, aku tolong masakkan je. bebudak ni, aku gorengkan je ayam. setel semua malam tadi. kami laki binik dok meratahlah siput ni sampai habis. malas nak simpan sebab takut tak sedap dah nanti. kebetulan dapat siput yang comel-comel, takdelah muak makan, kalau dapat yang godang-godang, memang 2,3 hari jugaklah nak abis rasanya.
korang kalau ada yang mencari siput ni, silalah ke pasar dengkil ari ahad pagi tu ye. daa..dah nak waktu lunch. perut dah lapar, mau makan pulak :)




Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?