Juadah berbuka lagi (^_^)
Assalamualaikum
Hari Jumaat haritu tekak aku teringin sangat nak makan roti john + kuih tepung pelita dengan air soya. Aku suka roti john kat foodcourt Presint 9 sana tu. Kena sangat dengan tekak. Tapi, kalau pergi ke sana, belum tentu kuih tepung pelita dengan air soya panas ada jualkan? Tekak ni mengadalah pulak, tak nak soya yang dalam kotak tu, nak soya yang orang jual kat bazar pulak (macam entah apa-apa jekan).
On the way nak sampai rumah, call en.aril ajak pergi P.9 nak beli roti john tu. Tapi bila sampai rumah, tukar plan pulak. Aku ajak en.aril pergi bazar kat desa pinggiran je. Dekat dengan rumah + tentu-tentu kuih tepung pelita dengan soya panas ada jualkan. Roti john tu lain kali beli pon takpe :) Sekali memang rezekilah, pergi bazar sana, kemain ramai yang jual roti john tu. Cuma sedap dengan tak sedap jelahkan. Dah tekak teringin sangat nak makan, tibai jelah beli yang mana-mana pon.
Daripada nak beli 3 jenis makanan je, dah bertambah jadi 5 jenis pulak. Biasalahkan, bila dah pergi bazar, mesti rambang mata. Nasiblah ini kali pertama kitorang pergi bazar sepanjang puasa tahun ni. Kira masih boleh dimaafkanlah lagi :)
SAMBAL KENTANG + IKAN BILIS
Balik rumah tetap kena masak jugak sebab aku tak berkenan sangat dengan lauk yang diorang jual kat bazar. Kali ni lauk yang mudah je aku masak. Sambal kentang dengan ikan bilis. Dah lama tak makan, sesekali buat memang laju jelah meratahkan :)
RANGKA AYAM
Kita lawankan sambal kentang ikan bilis dengan rangka ayam, memang terangkat abissssslah. Cadangnya aku nak goreng je ayam yang dah ada dalam freezer tu, tapi masa kat bazaar, en.aril dah berkenan dengan rangka ayam ni pulak. Tak perlu dahlah aku menggoreng. Makan je apa yang ada. Tapi, sayanglah, tepung ayam ni sedikit masin. Haus tekak jadinya bila makan, hohoho.
Sabtu
GULAI IKAN MASIN TALANG + TERUNG BULAT
Menu berbuka sabtu baru ni aku buat gulai lemak cili api ikan masin talang+terung bulat. Special request dari en.aril. Suka sangat dia ikan masin ni. Kalau korang nak tau, ni stok ikan masin 3 tahun lepas tak silap aku. Ikan masin time majlis kawen aku, hahaha. Gila lama ikan masin ni bertahan dalam peti ais. Aku tanya mak aku elok lagi ke kalau lama-lama dalam peti, mak aku cakap takde masalah pon, sebab bukannya menda berkulat pon. Dah masterchef cakap macam tu, aku dengarkan jelah. Abis dah stok ikan masin talang ni dalam simpanan aku. Lega rasa. Kalau tak, terfikir-fikir aku bilalah nak clearkan peti ais kat rumah tu :P
KOBIS CINA TUMIS AIR
Dilawankan pulak dengan sayur kobis ni. En.Aril boleh pulak tak gemar dengan sayur ni. Katanya bila makan sayur ni gigi dia jadi ngilu. Tak paham aku kenapa boleh jadi macam tu. Bagi aku sedap je bila makan kobis ni. Krup krap, krup krap dalam mulut. Dia ratah fishcat je dalam sayur tu. Yang lain semua aku yang perabiskan :)
IKAN NYOK-NYOK GORENG
Akukan tak boleh kalau isi ikan tu ciput-ciput. Ikan masin tu ko faham-faham jelah, kena pandai cari isi. Nak-nak kali ni yang tinggal bahagian kepala je, azab sikitlah nak mencari isinya. Malas aku nak mengopek mencari bagai, aku gorengkan je ekor ikan nyok-nyok (lebihan buat kari haritu) tu. Puas dapat makan isi ikan dengan banyaknya :)
Ahad
BUAH-BUAHAN
Tiap kali masuk azan maghrib je kitorang berbuka dengan buah kurma dulu. Kali ni ada tambahan buah tembikai sebab baru beli kat AEON BIG ari sabtu haritu. Rumah aku ni macam dah lama takde stok buah selain buah kurma. Sekali sekala dapat makan buah tembikai manis yang sejuk ni memang awesomekan!!
PUDING ROTI
Semalam terajin pulak aku nak cuba buat puding roti ni. Keinginan nak buat dah lama, tapi asyik bertangguh je kerjanya. Alang-alang semua peralatan memang dah kat luar, terus suggest kat en.aril nak buat puding ni. En.aril memang sangat-sangat supportive. Ape je yang bini dia nak buat, mesti dia bagi galakan + PERTOLONGAN. Nak-nak bab masakan. Dia suka sangat menolong. Sebab tulah aku seronok main masak-masak kat dapur walaupon dah sarat sangat sekarang ni. Aku tiru resepi DAPUR TANPA SEMPADAN. Senang sangat caranya. Hasilnya memang wallah!! Tepat kena selera aku. Tak manis sangat, tak berlemak sangat dan yang paling penting tak muak kat tekak aku. Ade baki 3 keping lagi puding roti ni dalam peti ais. Balik karang boleh aku ulang makan. Oh ye, lupa nak cakap, kalau korang-korang yang baru pertama kali nak cuba buat puding ni, aku cadangkan korang tiru je resepi dari blog tu sebab resepi yang dia bagi memang untuk kuantiti yang sikit. Aku nikan tak reti nak agak-agak bahan, jadi kalau dalam resepi tu tulis untuk kuantiti yang banyak, memang taklah aku nak tiru. Karang buat banyak-banyak siapa pulak nak menghabiskan :)
AYAM KUNYIT BERCILI KICAP
Lauk semalam pon yang simple-simple jugak aku masak. Dah hari sabtu kita makan makanan berlemakkan, hari ahad kita makan lauk bergoreng yang mudah macam ni pulak. Sebenarnya pagi semalam kitorang terlajak tidur. Sedar-sedar je safiyya nangis nak susu. Tengok jam dah 5.45 a.m rasanya. Orang dah nak azan dah masa tu. Bergegas minum air segelas sorang kat dapur. Bimbang je aku semalam takut perut lapar tahap dewa. Tapi, nasib baiklah baby ok je. Takdelah aku lapar/letih sangat ke apa. Biasa-biasa je semua, alhamdulillah.

KACANG BOTOL GORENG
Aku lawankan dengan kacang botol tumis ikan bilis. Layan abis makan kacang botol goreng ni. Kebetulan dapat kacang botol yang sedang-sedang, jadi bila masak tu, tak payah lama pon takpe. Aku suka kacang botol yang tak lembik sangat bila masak. Barulah feel bila makan (^_^)
Bulan puasa ni, duit mengalir macam air jugak aku rasa. Walaupon bukan disalurkan ke PARAM, tapi sebab hari-hari masakkan, jadinya stok lauk semua seminggu sekali kena topup. Tau-tau jelah harga barang masa bulan puasakan, semua naik. Tapi, takpelah. Bak kata en.aril, bukan selalu pon macam ni, setahun sekali je pon. Masak sendiri tentu-tentu dijamin tahap kebersihannya Walaupon aku dah sarat sangat sekarang, aku happy je bila dapat masakkan lauk berbuka untuk en.aril. Rasa satu kepuasan dapat masakkan macam-macam makanan untuk dia. Entahlah, agaknya roh minat memasak dah menyerap dalam jiwa aku kot! (^_^)
Harini nak masak apa pulak ye? Dah lama tak makan daging. Esok pasar malam, ada peluang aku ngendeng en.aril ajak dia pergi beli daging batang pinang kat sana esok. Kebetulan stok cili kering pon dah nak abis ni. Apa lagi, callooohhh beteh!!!








Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?