Menu-menu berbuka puasa mama safiyya
Assalamualaikum
Harini baru berkesempatan nak update. Semalam agak sibuk sikit dengan perkara baru :) Perkara apa, nanti-nantilah kita citer. Up satu-satu entry dulu yeh. Yang ini pon aku dok qada' je pasal menu berbuka. Bukanlah kata nak show off pasal kehandalan skill aku memasak. Nonono!!! Tak terlintas pon di hati ni tau. Cuma rasa seronok dapat share citer menu-menu berbuka time puasa ni. Blog korang-korang yang dok citer pasal makanan-makanan ni pon memang aku akan terjah awal-awal. Seronok tengok kemeriahan atas meja makan, sambil-sambil tu boleh dapat idea nak masak apa untuk berbuka kejap lagi :)
Hari Jumaat haritu kitorang tak berbuka dengan nasi. Jemulah pulak hari-hari mengadap menda yang sama. Kebetulan kari semalam (khamis) ada lebih lagi, en.aril terus dapat idea nak buat roti canai sendiri.
ROTI CANAI + KARI IKAN
Percubaan untuk pertama kali memang tak mengecewakan, Alhamdulillah. Berebut-rebut laki bini makan roti canai cicah kari ikan. Yang lainnya roti canai ni sebab dia rangup, tak lembut macam yang kita selalu makan dekat kedai tu. Memang kena sangatlah dengan selera aku. Lain kali bolehlah buat lagi roti ni. Mungkin dah tak perlu pergi kedai kalau teringin nak makan roti canai lepas ni, hahahaha.
MEE GORENG TAK BERAPA NAK BASAH
Roti canai tu starter je. Kata pon percubaan pertama kalikan. Mana berani buat banyak-banyak. Dapat makan sorang sikit pon jadilah. Sambil-sambil en.aril setelkan menebar roti canai, aku buat mee goreng basah untuk kitorang. Aku goreng setengah peket je, ingatkan cukuplah untuk 3 beranak, sekali tak cukuplah pulak. Safiyya sorang je makan dah bertambah-tambah. Nak goreng lagi separuh dah malas sebab cadangnya yang separuh lagi tu aku nak simpan untuk bersahur esoknya pulak. Terpaksalah pujuk dia makan menda lain pulak. Nasib dia ok :)
Sabtu
KUEH LOPES
Hari sabtu haritu tekak aku teringin nak makan kueh lopes air tangan sendiri. Selama ni kalau teringin asyik membeli je kat luar. Bila fikir-fikir balik, sampai bila aku nak mengharap kat orangkan, apa kata kali ni kita cuba buat sendiri pulak. Bila aku cakap dekat en.aril, bergumbiralah dia sebab dia memang suka sangat-sangat kalau aku belajar buat kuih muih ni. Senang katanya bila anak-anak dah nak makan nanti.
Dah dia bergumbira, mohlah kita beli barang-barang nak buat kuih ni. Sementara mood rajin masih ada ni, karang mood dah ke laut, pasti hancus keinginanku itu, hahahaha. Mula-mula aku google je resepinya. Tapi aku rasa respi diorang tu macam leceh je pulak. Apa kata aku tanyakan terus pada yang pakarkan. Dah tentu-tentu terbukti KESEDAPANNYA!!
Apa lagi, terus calling-calling mak kat kampong. Gelak besar mak dengar aku nak belajar buat kuih ni. Mak aku gelak bukan sebab mengejek, tapi sebab macam tak sangka hati aku dah terbukak nak belajar buat kui muih ni, kikikiki. Nasib aku call mak, sebab resepi mak memang mudah teramat-amat!!. Semudah ABC gitew!!!
Dengan bantuan en.aril, terhasillah kueh lopes kitorang ni. Rasanya, memang sangat umph!! Berbaloi-baloi buat sendiri tau. Malam berbuka semalam baru abis stok kueh lopes kitorang ni. Dapat sampai 11 ketul, mana larat nak abiskan semua untuk sekali makankan.
IKAN KEMBUNG BERLADA ASAM
Dah setel makan kuih, leaps solat maghrib baru kitorang makan nasi pulak. Kali ni aku masak lauk orang kampong en.aril cakap. Ikan kembung asam berlada (lebih kurang cenggitulah namanya) dengan bayam tumis air. Resepi ikan berlada asam tu en. aril yang bagi. Dia kata dulu-dulu arwah mak pernah masak menu ni jadinya sekarang ni tetiba dia teringin nak makan. Aku on saja sebab aku sendiri dah bosan asyik buat sambal ikan berlada takpun masak kicap. Boringggg!!
BAYAM TUMIS AIR
Ahad
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
Teringin dah lama, hari ahad haritu baru dapat makan, alhamdulillah. Beli sepeket je, tak sangkalah pulak kemain berlambak isi dalamnya. Tapi memang puas hatilah makan. Sampai surrender en. aril nak meratah. Terpaksa sambung makan time bersahur esoknya pulak.
SAYUR CAMPUR
Belek-belek dalam peti ais tengok sayur apa yang ada, sekali semuanya tingal seciput-seciput je. Apa lagi, abiskan semua yang ada. Jangan membazir. Membazirkan amalan syaitonnnn!!!
IKAN SARDIN GORENG
Orang kata kalau ada masak lemak cili api, lawannya mestilah ikan goreng. Takpun ayam goreng. Kalau takde ayam goreng, telur dadar pon bolehhhhh. Sebab nak lawankan masak lemak cili api tu, aku abiskan goreng stok ikan yang ada dalam freezer tu. Memang layan habislah bila makan. Walaupon dah ada siput sedut, tapi macam satu kemestian pulak untuk ada menu bergoreng ni :)
Isnin
NASI AYAM
Kitorang dah plan dari hujung minggu haritu lagi nak masak nasi ayam ni. Masak nasi ayam ni pon semata-mata nak memenuhi keinginan tekak mak yonglah!! Teringin sangat nak repeat makan AYAM PANGGANG en.aril aritu. Menda sedapkan, haruslah diulang kembali.
Harini pulak nak masak apa yer??? Korang sila show off menu masing-masing. Boleh aku amik idea :)












semua yang awak masak nampak sedap2 dan memang terer masak..saya suka kuih pulut bulat warna hijau tu..tapi tak reti buat..hehe..lama dan remeh tak buatnya?
BalasPadamalamak, jgn lh ckp macam tu, malu sayer :) Alhamdulillah, setakat mkn anak beranak bolehlah tiqah :)
BalasPadamkueh lopeh tu senang sangat buatnya. amik 2 cawan pulut rendam dengan air daun pandan yang dah diblend+pewarna hijau sikit je dan garam.
agak-agak dalam 2 jam, tanak terus atas dapur, saya tak kukus macam biasa sebab pulut tu sempat nak rendam semalaman.
bila dah masak, tiqah tekap-tekapkan untuk bentukkan bulat-bulat macam tu. yang penting padat-padatkan isinya masa nak tekap tu ye tiqah. kejap je nak buatnya, sambil masak lauk lain,pon kita boleh buat kueh ni :)
kelapa parut tu, tiqah gaul garam sikit nak bagi masin, pastu boleh salutkan dengan kuih. dah siappppp :) kelapa tu, intan tak kukus dulu sebab nak makan hari yang sama. kalau agak-agak lambat nak masak, baik kukus sekejap sebab takut kelapanya basi :)
selamat mencuba tiqah :)