Safiyya dah besar

Assalamualaikum..

Safiyya sekarang nikan kemain ligat nak berdiri..Kejap-kejap dia berpaut kat sofa..Kejap lagi kat dinding..Lepastue, mulalah nak lepas tangan..Lama jugaklah kaki dia mampu bertahan..Agaknya tak lama lagik nak berjalan dah kot..Alahai, comelnyalah..Rasa sekejap jer masa berlalau..Dah nak masuk 11 bulan dah pon anak dara aku nie..Serius, kalau ingat balik setiap detik yang aku lalui dengan dia rasa macam tak percaya dah jadik mama..Dah berjaya melalui hari-hari dengan dia..Dah berjaya nak handle ragam dia (^_______________^)



Ingat lagi waktu mula-mula lepas bersalin, kekok yang amat nak gelarkan diri nie mama dekat anak sendiri..Rasa macam pelik yang sangat nak gunakan ayat keramat "MAMA"..Susah nak sangat nak gambarkan perasaaan masa ni..

Sehari lepas aku bersalin, aku dah boleh keluar wad..Safiyya jer kena tahan dekat NICU sampai 5 hari sebab doktor nak masukkan ubat antiboitik, gara-gara nafas dia laju lepas aku bersalinkan dia semlamnya...Kesian anak aku, terpaksa tinggal sensorang kat wad...Kalau ikutkan, katil memang ada disediakan untuk para ibu, masalahnya katil tue tak cukup..Semua dah penuh..Kebetulan, masa tue, keutamaan diberi kepada ibu yang dah pernah bermalam tunggu anaknya kat citu..Aku pulak masa tue memang tak larat sangat nak tungu safiyya kat cana..Bukan tak sedih nak tinggal anak sensorang kat citu..Sedih giler...Tapi, aper nak buat..Terpaksa bertahan....

Malam pertama nak tido kat rumah, menangis teringat anak kat wad..Aku bayangkan kalau anak aku menangis, siapa nak pujuk..Nurse semua sibuk..Takkan nak layan anak aku sorang jer..Aku menangis sampai hubby pon tersedar..Diusapnya belakang aku suruh bertenang..Dipujuknya aku nie, dia cakap esok awal pagi kita pergi tengok safiyya..

Istimewa untuk ibu yang anaknya dalam NICU nie, kitorang boleh akses masuk wad tue bila-bila masa 24 jam sehari..Tiada sekatan langsung..Kalau bukan mengenangkan badan aku yang sakit+jahit kat bawah tu banyak (sebab angkat vons masa bersalin) sampai nak jalan pon susah, memang aku sanggup bermalam dekat wad...Ini, nak duduk pon sampai kena mengiring sampai sakit pinggang, macam mana aku anak jaga safiyya kalau diri aku sendiri tak cihat..Karang, kalau dua-dua sakit lagi susah..Ini pendapat akulah..Kebetulan masa tue, safiyya behave sangat kat wad..Susah nak dengar suara dia..Sampai nurse-nurse ngan doc pon puji safiyya..Masa nie lega sangat aku rasa sebab aku yakin, masa aku takder dengan dia, dia tetap ok tak meragam..Alhamdulillah :)

Aritu, aku bermasalah nak bf safiyya..Susu langsung tak keluar..Kesian sangat dengan dia..Dia cuba hisap, tapi tak dapat...Mengalir air mata aku masa nie..Aku terus ikhtiar mintak nenek urut yang urutkan badan aku tue urutkan cik B..Alhamdulillah, lepas sekali jer dia urut, memancut-mancut keluar air susu..Nenek tue cakap, saluran susu aku tue tersumbbat, tue yang safiyya tak dapat nak hisap..Waktu kena urut tue memang sakit sangat sebab cik B dah mula bengkak..Menangis-nangis aku tahan sakit, tapi setiap kesakitan tue berbaloi sebab safiyya dapat jugak merasa air susu aku walaupon dah terlewat cikit...

Kalau ikutkan, dari awal pregnant, memang aku dah bertekad nak breastfeed safiyya paling tidak sampai umur setahun..Tapi...Allah lebih mnegetahui segalaNya'n..Selama 5 hari safiyya dalam NICU, hari-hari aku berulang dari rumah ke Hospitla Serdang..Jarak bukan penghalang dah waktu nie..Walaupon setiap kali aku datang, safiyya hanya tidur, biasalah..Itu memang ruti diorangkan..Aku hepy sangat bila tengok muka dia.1st time pangku anak sendiri, rasa bahagia sangat..Safiyya waktu baru lahir kecik jer..Ringan pon yer jugak..Kejap-kejap aku angkat keluarkan dia dari dalam katil..Geram sangat..Rasa nak je bawak dai balik rumah masa tu..5 hari dia kat NICU aritu aku rasa masa yang berlalu sangatlah panjang...

Teringat jugak masa mula-mula nak cuci poo poo safiyya...Kalau ikutkan, sebenarnya aku nie penggeli tahap maksimalah dengan poo poo bebudak nie..Sampaikan kalau anak sedara aku sendiri poo poo pon aku buat dek jer dulu,hahahaha...

Ada 1 hari tue masa safiyya masih dalam NICU, waktu tue aku baru sampai..Nurse suruh cek pampers anak sebelum menyusukan dia..Aku pon bukaklah..berkobar nieh..Dahlah tak pernah pakaikan pampers anak, nie pon baru 1st time..Bukak-bukak, jer tengok safiyya poo poo...Gelabah aku..Takut sangat sebab tak reti nak buat..Hubby pon tak sampai lagik sebab dia pergi cari parking keta..Nak tak nak, akulah kena cuci...Seriau yang amat sebab safiyya halusss sangat ime tue..Lembut jer..Takutttt...Nasib nurse ader bantu maner yang patut..Dia pon tau, nie bb 1st aku..Jadik segala kejanggalan dimaafkanlah agaknya,hehe...

Masa safiyya dah boleh kuar wad ari Jumaat, setia mak ngan p.cik tunggu kat luar wad dari pagi sampai pukul 3 lebih..Terasa bersalah sangat buat diorang tunggu lama kat luar....Sama macam time aku bersalin aritu..Dari lepas zohor sampai pukul 12 malam rasanya mak ngan p.cik setia menunggu..Terharu dan kesian sangat..Begitu besar kasih sayang dan pengorban orang tua pada kitakan..Tskk.tskk.tskkk...Memang tauching sangattttt....

Waktu safiyya keluar jer wad, meluru mak dengan pakcik aku nak tengok dia..Yerlah, semenjak dia lahir ari ahad sampailah ari Jumaat, takder siapa yang dapat tengok dia secara live melainkan aku ngan hubby..NICU sangat stirct peraturannya..Hanya ibu dan bapa baby jer yang boleh masuk wad...Keluar jer safiyya dari wad, hilang semua rindu..Seronok sebab dia dah ada sekali dengan aku dan boleh jaga dia sepanjang masa..

Selama 3 bulan aku cuti berpantang, masa aku banyak dihabiskan kat rumah mak nak belajar cara-cara nak jaga safiyya..Mula-mula plan lepas abis jer pantang 44 ari, aku nak balik Putrajaya kononnya nak puasa sama-sama dengan hubby, tapi last minute aku cancel bila aku tengok safiyya dah mula meragam..Serius aku tak reti langsung nak handle safiyya dulu time dia meragam..

Banyak kali aku down..Banyak kali aku nangis..Masa nie mak yang jadik kekuatan aku..Banyak yang mak tolong untuk aku jaga safiyya..30 hari pertama lepas aku bersalin, aku kerap sembelit..Walaupon aku dah makan ubat sembelit tue, tapi kadang-kadang sembelit jugak..Faham-faham jerlah, sembelit time dalam pantang nie sakit ooo..Pernah aku bertapa dalam toilet dekat sejam sampai mak aku ketuk bilik air,takut aku ader apa-apa..Hahaha...

Kalau ingat balik sembelit nie, memang aku rasa tak nak dah lalui..Seksa oi!! Tapikan, betul cakap orang tua-tua..Biler sakit bersalin tue dah hilang dan semua kembali normal seperti biasa, naluri kita sebagai seorang ibu mesti nak merasa lagi pengalaman mengandung..Betul tak?? Sedangkan masa aku dalam pantang aritu aku sampai seriklah nak beranak..Sakit kena jahit, sampai sekarang aku tak boleh lupa..Teringat setiap detik sebab tiba-tiba aku bleeding..Macam-macam dalam kepala bila nurse kelam kabut tengah darah keluar banyak...

Aku memang teringin nak mengandung lagi..Nak tambah anak lagi..Seronokkan ada keluarga besar..
Tapi, bukanlah sekarang...Tunggu safiyya dah besar cikit, ekonomi dah stabil barulah menambah kot..Tunggu aku dah hilang seriau pon yer jugak...Seronok sangat ada anak nie..Walaupon ragam dia bermacam-macam sampai buat aku hangin kenkadang,tapikan..Itu semua pengalaman paling manis yang mematangkan aku untuk jadik lebih dewasa dan lebih bertanggungjawab..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017