Ke Bukit Gantanglah pulak kita eh!
Pagi lepas subuh, sumer adik beradik aku gerak balik ke tempat memasing..K.Ina balik Bangi, K.Chop balik Melaka, aku gerak ke Bukit Gantang, mak ngan pakcik pulak gerak ke Kampar..Abang aku dari Kota Bharu pon gerak ke Kampar jugak..Petang nanti barulah jumpa diorang kat rumah opah..Katanya ada nak buat BBQ..Haruslah makcik terjahkan!!
Gerak pukul 7 lebih, dalam pukul 12 tengah hari sampai dah ke Bukit Gantang rumah makngah..Makngah nie kakak arwah mak En. Aril..Masa En. Aril kecik-kecik dulu, makngahlah yang jaga dia dengan nuar (adik ipar) masa arwah mak kerja..Lepas arwah mak meninggal pon, En. Aril duk lama dengan makngah sampailah abah dah kuat untuk terima kenyataan yang arwah mak dah takda baru diorang pindah ke Bentong..(tak silap akulah,hehe)..jadi, memang logik bila En. Aril rapat sangat dengan makngah dan anak-anaknya nie..
Memang semenjak kitorang kawen, setiap kali raya wajib datang rumah makngah nie..Aku pon suka datang cana sebab suasana kampung kat citu memang layannnn abis..Mandi pon guna air sungai yang disalur masuk dalam bilik air..Walllllah!! Memang terbaekkkkk!! Siang-siang ari memang panas kat cana, tapi bila malam, sejukkkk ya ampunnn...Buat masa nie, baru sekali je kitorang tido umah makngah...Raya kali nie pon tak dapat nak tido sebab rushing nak balik rumah opah aku pulakkan..InsyaAllah, lain kalilah kami datang tido lagi kat umah makngah eh..
Seronok raya kat cini sebab makngah suka bawak kitorang bejalan beraya umah sedara mara untuk saling mengenali..Maklumlah, En.Arilkan dulu jarang balik cana, mana nak kenal sedara mara lain selain makngah dia..Nie dah kawen, dengan aku+safiyya sekali makngah angkut..Ramai sedara mara arwah mak duk dekat-dekat citu je..Senanglah nak pegi beraya..Aritupon sempat pegi rumah tok miah dengan rumah maklang je..Nak pegi rumah paklong kat Kuala Kangsar tak jadi sebab kitorang call rumah dia tak berangkat pulak teponnya..Maybe pak long pegi beraya kot..Takpelah..Next time insyaAllah eh :)
Kebetulan masa pegi rumah makngah nie sepupu-sepupu arwah mak pon ada..Masa diorang nak balik, beria diorang ajak aku ngan En.Aril datang rumah diorang..Siap bagi alamat dengan nombor telefon lagi..Sebab katanya dulu masa kecik-kecik sampailah masing-masing dah kawen diorang rapat dengan arwah mak..Sorang duk kat Ampang, sorang lagi dok Bangi..Memang dekat-dekat je..Boleh sangat kalau kitorang nak pegi..Tapikan, seganlah pulak..Nanti pegi tak tau nak sembang apa..Encik Aril lagilah tak tau nak sembang apa sebab kataya dia lelaki, sepupu-sepupu arwah mak tue semua perempuan baya-baya makngah..Apa dia nak cakap nanti, dia pon tak tau,lawak betullah :)
Dalam hati nie teringin nak pegi, nak kenal sedara mara...Tapi ai is malulah..Acaner tue?? Hahahaha..Kalau makngah ada sekali, senang cikit..Kalau aku tak tau nak sembang apa, boleh makngah je yang sembang ngan diorang..Aku jadi tukang angguk kepala je, senang cikitkan (T__________T)
On da way nak ke Taiping, aku tido, bangun..Tido bangun..Bosan pulak, mehlah kita bergambar sekeping dua eh...Bajet comel sangat sebab muka jadik kuruihhhhh!!
Nak main dengan si kecik nie memang tak dapeklah..Dia dari Bantong, sampai ke Perak tido je kejanya..Tengoklah betapa lasak tak lasak dia tido sampai berpusing dalam keta..Mentang-mentang toto, bantal dia semua ada kitorang bawak..Feeling-feeling rumah bergerak gamaknya :)
Lepas asar, kitorang mintak diri nak balik Kampar rumah opah pulak..Jalan adalah sedikit jem eh!! Sangat pelik..Ingatkan orang dah nak balik KL, rupanya diorang duk pegi beraya..Hebaittt orang sekarang, beraya sampai highway pon boleh jem eh :)
Sampai rumah opah pon dah nak dekat maghrib..Masa tue sepupu-sepupu aku yang lelaki semua dok siapkan tempat nak BBQ..Gambar memang sekeping pon non hado..Aku malas nak pegi snap-snap..Baru sampaikan, bersembang dengan sepupu-sepupu lagik best!! Makanan malam tue memang terbaekkkklah..Maksu aku amik contract buat bihun singapore dengan nasi goreng cina..Yang sepupu-sepupu laki sume dok membakar kat luar termasuklah abang aku..Dia sampai awal cikit je dari aku..Kesian shasha (anak buah aku) demam selsema pulak..Yang mikhail tak abis dengan lasaknya, berlari ke hulu, ke hilir..Safiyya bila dia tengok ramai yang baya-baya dia lagiklah menyengih je kejanya..Tapi, dengan satu syarat, aku tak boleh hilang dari pandangan dia..Asal aku bangkit je dari tempat duduk, menangis lah dia..Dia lari tinggalkan aku takpe, aku bangun kejap tinggalkan dia tak bleh.Ini sungguh tidak adil safiyya :P
Malam tue diorang dok bakar macam-macam jenis ikan.Aku ingatkan diorang pegi menjala kat tempat biasa, rupanya suma diorang beli je dekat ornag..Dulu masa arwah abah ada memang aktiviti wajib setiap kali berkumpul arwah abah yang akan lead aktiviti menjala ikan nieh..Lepas arwah abah dah takde, aktiviti nie memang jadik slow cikitlah sebab ketuanya dah takdekan..Pak-pak sedara ngan sepupu aku yang lain tak pandai sangat menjala ikan..Kalau mancing diorang terrorlah..Tapi, nak memancing memang tak sesuailah..Buat letih mancing je, ikan bukan dapat banyak pon..Sedangkan yang nak makan kat rumah berpuluh-puluh orang,hahahaha...
Esoknya, lepas breakfast, dalam pukul 10 kitorang dah gerak balik Putrajaya semula..Opah aku terkejut kitorang dah nak balik awal..Dahlah semalam pon sampainya dah lewat, pagi nie keluar paling awal pulak..nak buat camna opah, cucu opah nie tak dapek cuti haaaa..InsyaAllah kita jumpa len kali eh :)
Alhamdulillah, jalan tak jem..Kitorang ikut jalan lama..Memang redup je jalan..Mula-mula ingat nak singgah Mid Valley kejap, tapi tak jadi sebab tetiba perut lakiku meragam..Terus balik rumah..Nak masak, satu apa pon takde dalam peti ais..Lepas asar keluar balik g Alamanda nak makan..Kitorang pegi The Chicken Rice Shop je..Dah lama tak makan dekat cini sampai lupa apa yang sedap kat cini, T___________________T
Mula-mula elok je dia duk dendiam dalam nie..Kitorang umpan dia bagi macam-macam nak bagi dia selesa dalam tue..
Tak lama lepas tue dia dah mula dah..Sumbat susu dalam mulut..Ingat maulah diam..Non hado!! Lagi kuat dia jerit adalah..Ok-ok..Kita keluarkan je dia dari baby chair nie, letak dia kat seat sebelah aku nie..Tapi tak diam jugak..Lagi kuat dia nangis adalah..
Sebenarnya memang kitorang nie tak boleh langsung nak makan kat luar..Memang sesuai makan kat rumah je..Makan kat luar, macam nielah safiyya..Kejap-kejap dia menjerit....Kejap-kejap dia menangis..Omakaihhhh..memang menguji kesabaran betui....
Lakiku malas nak layan bini dia nak amik gambar, kusyuk dengan game dia..Sabo jelah makcik :(
Laki taknak layan, mehlah kita layan diri sendiri..Anak kat sebelah tengah gentel kertas buat cekodok :P






Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?