Bertandang ke johorlah pulak kita kali nie
2 minggu lepas, kitorang ke Batu Pahat menghantar rombongan bertandang adik ipar aku yang nikah aritu. Mak dengan pakcik aku naek 1 keta je dengan kitorang. Abah pulak (mertua) satu kereta dengan kawannya. Kitorang pergi asing-asing, dekat maghrib baru sampai ke rumah pengantinnya. Sebenarnya, nie kali kedua aku sampai Johor. Sumpah rasa penat sangat badan kali nie. Terasa jauh sangat pulak Batu Pahat nie sedangkan kalau ikut kawan-kawan cakap takdelah jauh mana pon. Rupanya adik ipar aku dah salah bagi info. Dia suruh kitorang keluar tol Air Hitam, pastu patah balik ke Batu Pahat. Dahlah 30km bezanya tak silap aku.Perghhhhh....
Menyesal tak ikut plan asal Encik Aril. Dia kata kalau ikut Yong Peng lagi dekat, tapi nak buat macam mana, masa tu konvoi sekali dengan maksu kitorang. Dia yang discuss dengan adik ipar aku pasal jalan semua. Follow jelah. Esoknya masa nak balik Putrajaya semula, kitorang potong jalan belakang je. Lagi cepat. Berguna jugak pakai henset ada GPS nie. Boleh search jalan yang kita tak taukan..
Masa sampai kat rumah pengantin maghrib tue, diorang suruh kitorang makan dulu. Majlis kendurikan tengah hari esok. Badan dah penat, mana lalu sangat nak makan. Mata dah nampak tilam + bantal je sebenarnya. Nasib tak lama sangat duk kat cana, lepas makan, duduk-duduk kejap, terus mintak adik ipar antakan kitorang balik rumah diorang. Safiyya pon dah berlengas, tak selesa sangat dah rasa badan nie.
Esok pagi-pagi, adik ipar aku ada Majlis Khatam Al-Quran kat rumah mertuanya. Kitorang tak pergi pon, kitorang pergi breakfast kat luar. Perut dah lapar, nak tunggu makan nasi kenduri ada dekat pukul 3 karang :)
Setel breakfast, masing-masing blurr tak tau nak buat apa kat rumah. Nak keluar berjalan, tak tau sangat jalan-jalan kat sana. Sudahnya, semua berguling macam ular sawa kekenyangan kat rumah.
Dalam pukul 2 lebih barulah kitorang berarak ke rumah pengantin. Letih menunggu je sebenarnya. Sebab tak tau nak buat apa kat rumah adik ipar aku tue. Sementara menunggu diorang bersiap kat atas, meh kita bergambar sekeping dua kat rumah.
As usual, no camera pelisss..Baeklah anakanda, taknak pandang kamera pon takpe. Mama tetap snap-snap gambar safiyya dengan tok ayah.
Bajet artis sangat deknon!!
Jomlah anakanda bergambar bersama mama. Mama dah penat senyum sampai sakit mulut nie. Marilah kita hiburkan hati dengan bergambar dan lihatlah wajah tembun masing-masing :P
Sementara menunggu rombongan yang lain sampai, lepaklah sekejap kat rumah jiran pengantin lelaki. Kat luar tue cuaca panas yang amat-amat. Kita tumpanglah berteduh untuk seminit dua.
Cubaan bergambar bersama dengan cucu yang comel sentiasa gagal bilamana si cucu seringkali tidak endahkan tok ayah dan opahnya yang sedang pose di belakang sana.
One more time pelissss!!!!! Ok, kali nie nampak bahagian sisi aje. Good job dear.
Dress yang cantik dan comel begini memang kalau harapkan mama yang beli, enggak akan rasanya. Untung safiyya, dapat 2 helai dress yang cantik begini beserta dengan hairclip yang berwarna warni hadiah birthday dari kawan maksunya (adik ipar aku yang bernikah arini). Dapat bulan 6, bulan 9 baru pakai. Dress cantik sangat, kenalah pakai bila ada event-event yang meriah macam nie jekan, kahkahkah.
Lihatlah muka daku yang lebar seperti dulang itu. Tak tau nak buat macam mana lagi untuk kuruskan muka yang semakin hari semakin lebar. Bencidotcomsungguh!
Mak dengan pakcik bersama pengantin baru.
Maksu sanje nie adik arwah mak mertua aku. Muka arwah sama sebiji dengan muka maksu sanje. Maksu sanjelah yang jadi mak andam adik ipar aku untuk dua-dua majlis aritu. makeup yang superb!! Maklumlah, kerja pon dengan Simplycity :)
Pengantin baru in da house. Untuk Qilah dan Aidil, K. Mira doakan moga korang sentiasa bahagia, sentiasa ceria, sentiasa tabah menghadapi dugaan di alam perkahwina dan semoga cepat-cepat dapat baby :)
Sekali lagi bersama pengantin baru. Teringat masa aku kawen dulu. Bestnya. Nak kawen lagi dengan orang yang samalah, boleh tak...?? (kedip-kedip mata mohon pelempang sekali nampaknya!!)
Sesi potong memotong untuk pengantin. Pulut kuning itu nampak menyelerakan dalam gambar. Tapi, waktu tue, dah takde selera nak makan. Perut dah kenyang makan nasi beriani yang diorang hidangkan. Wallah, memang ternagkat nasi berianinya. No gambar sebab khusyuk sangat nak makan sampai tak pandang kiri kanan. Safiyya pon makan banyak nasi tue, sesuai dengan selera dia kot :)
Sebelum pulang, kita teruskan aktiviti menggedik walau di mana saja space yang ada :)
Bersama family mertua yang sentiasa sporting walau dimanapun anda berada (^_^)
Last but not least, family tersayang yang sentiasa menjadi kesayangan dalam hati (^_^)
















Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?