Perut cramp memang tak selesa..
Assalamualaikum
2, 3 hari nie perut belah kanan rasa tak bestlah. Rasa macam cramp bila bangun nak berjalan. Kadang-kadang belah bawah, kadang-kadang belah tepi. Risau pon ada sebab time pregnantkan safiyya takde pulak pengalaman macam ni.
Malam semalam, minta tolong En.Aril rasakan perut aku nie. Diakan tau sikit-sikit pasal menda-menda camni. Bila dah dipegang-pegang katanya baby memang duduk parking diam-diam kat belah kanan perut aku. Belah kiri kosong je. Agaknya sebab tu kot aku rasa cramp perut belah kanan nie.
Ntahlah..Ke korang rasa sebab lain ye? Kalau ada pengalaman, mehlah kongsi sekali ye.
Hurm...Isnin depan aku ada checkup kat Tanglin. Kena jumpa doc lagi. Boringnyaaaaalah haiiiiiiiiii..........
Doc tak puas hati dengan result HB aku sebelum nie. Kali nie dia request aku buat FBC pulak. Dia nak tengok sekali lagi result yang akan keluar nanti. Harap-harap, cantiklah result senin nie. Malas haih nak kena berulang jumpa doc ni. Bukan sebab tak suka dengan doc, tapi sebab kalau ada appointment dengan doc nie kena lamaaaaaaaaaaaaa menunggu kat klinik tue.
Penantian satu penyiksaan tau tak???!
Satu lagi, nak bagitau korang nie, perut aku sekarang nie nampak macam dah besar sangat pulak sedangkan baru 4 bulan setengah pregnant. Taulah nie kandungan yang kedua, perut pon dah pernah ada space. Tapi, gerunlah bila tengok perut sendiri depan cermin nie. Macam tadi, waktu pergi toilet intailah kejap perut nie depan cermin, mak aihhhhhh...Macam dah turun pulak pon ada. Aku tengok macam lapang je bawah dada ni. Ke perasaan aku je eh??
Jangan buat main, baru 4 bulan lebih nie, perut jangan turun-turun lagi..Lambat lagi due nak bersalin. Memang kalau ikutkan aku tak sabar nak bersalin..Tapi, biarlah bersalin time baby dah matang. Tak maulah awal-awal. Kalau bersalin macam time safiyya aritupon canteklah jugak. Genap 36 minggu 2 harikan :)
Sekarang nie pon macam dah tak lalu nak pusing-pusing mall lama-lama. Cepat benar letihnya. Last week singgah Sogo kejap. Kan ada jualan murah baju bebudak. Haruslah dirembat selai dua baju safiyya. Time murah cenggini memang masa yang sesuai nak shoppim. Masa memilih baju seronok kemain..Pas siap shopping, hazab sungguh aku rasa...Sakit pinggang, sakit badan, cramp perut semua datang sekaligus.
Bila dah macam nie, memang aku dah bagitau awal-awal dengan En.Aril, sebulan dua nanti jomlah shopping barang baby untuk tambah mana yang patut. Beli awal bukan sebab tak menyabar, tapi mengenangkan keadaan aku yang tak berapa nak larat nilah. Nanti, kalau dah beli awal-awal, tinggal nak basuh dan siapkan je barang-barangnya. Lagipon bukan banyak sangat barang yang nak dibeli. Semua barang-barang+baju-baju safiyya dulu pon ada lagi yang elok. Cuma perlu pilih jelah yang mana ok atau tak.
Gender baby kali ni pon aku biarkan semuanya surpriseeeeee. Mungkin dah terbiasa time safiyya aritu macam nie, jadi turun ke adiknya jugak. Jadi, takdelah aku nak beli barang-barang yang spesifik warna biru/merah jambu. Aku akan pilih semuanya warna selamat.
Bukan tak eksited nak tau gender, tapi aku lebih berharap biar semuanya sihat dan selamat (aku ngan babylah tu). Kalau dapat boy pon ok, girl pon ok :)
ada makan suppliment tak...cuba la makan minyak kelapa dara. elok utuk baby dan elok untuk ibu yang menyusukan anak.cuba la baca dekat www.bio-asli.com. kawan kat pejabat saya yang pregnant dah start makan minyak kelapa dara..kalau minat leh e-mail saya..
BalasPadamoh yeke? terima kasih sbb bagi info :)
BalasPadam