Harga pasaran emas turunlah!!

Assalamualaikum




Seronoknya bila baca dekat wall FB kawan-kawan yang harga emas tengah turun sekarang. Bukan turun sikit-sikit tau. Hampir 50 hengget jugak kurangnya. Perempuan mana yang tak juling mata bila tengok harga emas turunkan????!! Mungkinlah ada yang ta kisah sebab tak minat dengan emas, tapi bagi orang perempuan yang penggila emas, menda macam nielah yang buat tidur malamnya tak lena, hahahaha..

Dulu-dulu, aku tak kesah pon pasal emas nie. Pandang sebelah mata pon tidak. Masa harga emas tengah murah dulu (time aku sekolah), mak memang rajin nak belikan aku barang-barang kemas ni. Tapi, aku sokmo kata tak nak. Aku cakap aku tak minat, sebab aku rasa bila pakai emas nie nampak macam orang tua-tua je, hahahaha...Aku suka emas putih, tapi mak aku tak nak pulak belikan..Katanya beli emas putih, rugi. Nanti nak jual balik tak laku..Hurmmm..Aku ikutkan jelah...Tak baik melawan cakap emakkan :)

Bila dah nak kawen, baru aku bukak mata sikit pasal emas (itupon sebab kena cari barang untuk batal air sembahyang). Bermula jugaklah misi mensurvey harga emas dan jenis-jenis emas. Masa ni terkejut beruk bila tengok harga emas dah sampai seratus lebih segram. Bayangkan barang emas yang ringan halus macam bulu ayam pon dah jadi beribu ringgit, inikan pulak kalau yang jenis kasar-kasar tuekan. Mau berbelas ribu jadinya. Aku terkejut sangat sebab dulu-dulu masa mak belikan barang kemas aku baru ratus-ratus je harganya.

Masa nie, memang dah mula rasa kesal, kenapalah aku tak dengar cakap mak aku awal-awal. Kalau dari dulu aku kumpul emas, dah tentu-tentu senang sikit sekarang nikan..Tapi, manusia biasalah. Selalu belajar dari kesilapan jekannnnnnnnnn (^_^)

Mulai masa nie jugak, terus aku jatuh cinta dengan emas. Bukan sekadar perhiasan, tapi yang lebihnya untuk pelaburan. Sekarangkan ada produk dinar emaslah, jongkong emaslah. Semua tu aku rasa pelaburan yang bijak untuk masa depan. Nak-nak pulak mak sedara aku ada meniaga dinar, dengan dialah aku dapat info macam-macam. Kebetulan En.Aril pon berminat pasal pelaburan emas ni, lagi seronok kitorang sembang pasal emas.

Orang kata, baik sediakan payung sebelum hujan. In case, kalau apa-apa terjadi pada masa depan yang melibatkan ekonomi, insyaAllah, emas masih laku berbanding mata wang kita. Itu salah satu yang aku belajar dari mak sedara akulah :)

Oleh sebab harga emas yang tengah menjunam sekarang ni, nilah masa yang terbaik untuk beli barang kemas. Tak kesahlah sama ada untuk pakai ataupun untuk pelaburan. Masing-masing boleh buat pilihan. Bertindak haruslah kena bijak pada masa dan tempat :)

Selamat mencari emas buat penggemar emas yakni para wanita di luar sana ye!! (^_^)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017