HB yang semakin rendah..

Assalamualaikum
 
 
Dah lunch? Aku dah setel lunch pukul 11.45 tadi. Baru balik dari check-up memang lapar yang amat. Kebetulan pagi tadi aku makan roti gardenia separuh je (perasa jagung), memang tak dapatlah perut aku nak tunggu sampai pukul 1 karang. Arini aku makan nasi berlaukkan ikan kembung sambal+sayur bayam+hati ayam. Semua lauk bercirikan pesakit yang HB nya rendahkan?
 
Gigihlah aku ni makan lauk-pauk penambah darah. HB dah merudum sampai 9.1 ni. Apa nak buat lagi ye? Ada can semua jenis minuman bersusu dan berkafein aku tak sentuh sampai lepas bersalin ni karang. Ni nak kena gigih sediakan stok buah delima/jus delima/air delima kat rumah untuk makan/minum hari-hari. Marilah kita berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan HB demi kebaikan mama dan baby ye :)
 
Mulai sekarang jugak, secara rasminya aku dah ada staffnurse khas yang jaga aku setiap kali checkup. Semua gara-gara masalah HBlah. Rutin checkup pon dah berubah jadi 2 minggu sekali. It's ok. Aku ikutkan je, demi kebaikan dan kesihatan aku ngan baby dalam perut nie. Nasiblah staffnurse yang handle kes aku nie sangat mesra orangnya. Cakap sikit sengih, cakap sikit gelak. Memang rasa selesa sangatlahkan.
 
Tadi pon aku mintak dia cekkan result MGTT aku yang aku buat last week. Alhamdulillah, semua ok. Sebelum minum air gula bacaan darah 3.6, lepas 2 jam jadi 5.9 lebih kurang, yeay!! Makcik sukaaaaaaa!! Berakhir sudah penyiksaan air gula...Sekarang concentrate dengan usaha-usaha untuk menjana peningkatan HB ni je.
 
Orang kata tak elok makan organ dalamankan??? Seafood pon orang tak galakkan makan terlalu kerap. Tapi, sebab salah satu cara nak naekkan HB ni kena makan menda-menda cenggini, aku layankan jugaklah. Aku makan setakat yang mampu jelah. Selebihnya aku berserah je pada Yang Maha Esa.
 
Hurmmmm...Petang semalam masa nak balik rumah, (otw nak pergi kat kereta) terbau orang goreng ikan masa lalu kat kuarters polis ni. Wahhh!!! Sedap sangat baunya..Terus terbayang-bayang alangkah sedapnya makan ikan goreng cicah sambal tempoyak mentah. Wallah!! Apa lagi, sampai rumah, berdesup aku keluarkan ikan selar yang dah berminggu dalam freezer untuk aku defrostkan. En. Aril pulak aku bagi nasi lemak lebihan meeting ofis aku pagi tu. Dia dah kenyang makan, jadi dia suruh aku masak lauk yang aku teringin jelah. Cantik sangat dah tu! Kebetulan dalam peti ais ada lebihan santan, terus terfikir nak buat masak lemak putih kobis + tempe.
 
Sebelum solat maghrib, aku makan siap-siap. Sangatlah feeling bila dapat makan lauk yang teringin di tekak nie. Kebetulan semalam memang tak makan nasi lagi kat ofis, jadi bila dapat nasi panas berlaukkan lauk-lauk tue, memang tak pandang kiri kanan dahlah, hahaha..
 
Safiyya aku siapkan jugak nasi untuk dia, letak kuah lemak+ isi ikan goreng. Baru sesuap dua makan dia dah tersedak. Kita makan mengunyah, dia makan terus menelan je. Memang menempah nasib jelahkan...Terus berenti dia makan. Nasiblah cepat aku bawak dia ke dapur, kalau tak, tak memasal kena hantar karpet pergi cuci kat dobi sebab terkena muntah dia, hohoho...
 
 
Aaaa....Korang ada apa-apa info untuk aku naekkan HB ni lagi tak? Kalau ada, kongsi ye, tenkiu (^_^)
 
 

Ulasan

  1. akak x mkn vit y klinik bg?cr mkn kne betul, klu mkn vitmn tu lpas tu kne mkn buah r jus, n jgn mkn bnde bert ..lpas 2 jam bru boleh klu x vit tu akn larut dgn njis x serap pd bdan

    BalasPadam
  2. yan, akak mkn vitamin tue 2 jam sebelum breakfast. minum pon dengan air suam je. kdg2 akak mkn dgn jus buah semata sbb nk bg penyerapan dia cepat dan berkesan. nampaknya usaha akak tu belum membuahkan hasil yan. yan dulu amalkan jus delimakan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Korang nak komen ape?