Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan (^_^)

Assalamualaikum
 
Esok kita dah nak puasakan? Rasanya baru je tahun lepas kita puasa, dah nak puasa sekali lagi kali ni (klise sangat ayat!!). Biasalah, dah jadi emak-emak ni, persiapan sambutan bulan puasa lebih sikitlah berbanding masa bujang-bujang dulukan. Itu normal! Kalau sambutan puasa je dah lebih, raya apatah lagikan?? Tahun ni, kitorang cuma siapkan baju raya safiyya je. Persiapan raya yang lain non hado. Lebih kepada persiapan untuk menyambut baby baru dan keperluan aku berpantang je.
 
Kemeriahan nak sambut raya tu bagi aku takde. Dah namanya pon dalam pantangkan masa raya tu. Apa yang nak dimeriahkan. Telan air liur jelah tengok orang makan lemang +  rendang semua tu. Nasib baiklah aku dah pulun makan siap-siap lemang+rendang masa awal bulan lepas. Siap wat special request kat mak aku nak makan menda tu semua supaya nanati air liur aku tak meleleh masa raya, hahaha.
 
Kejap lagi cadangnya nak singgah pasar malam kejap, nak cari sotong kembang+jus delima. Teringin pulak tekak ni nak makan sambal sotong kembang tu. Sebelum bersalin, marilah kita merealisasikan hasrat anak tekak ni eh. Mau balik karang jugak aku menumis sambal tu. Mana tau kot-kot esok  dah nak terbersalin, takdelah kempunankannnnn....
 
Jus delima tu, aku beli untuk buat stok terus minum time dalam pantang nanti. Aku suka gila kot minum jus delima tu time pregnant ni. Alhamdulillah, semenjak aku amalkan jus delima time pregnant ni, memang aku takde masalah SEMBELIT langsung!! Kalau sebelum-sebelum ni, memang aku bermasalah betul nak 'membuang'. Sebab tu dulu aku jarang-jarang minum milo @ minuman bersusu. Semata sebba tak sanggup nak lama-lama dalam toilet. Tapi, sekarang semua tu takde masalah. Alhamdulillah, aku dah jumpa penawar bagi masalah aku.
 
Disebabkan tulah, aku lanjutkan terus amalan minum jus delima ni nanti dalam pantang. Maklumlah, lepas beranakkan sokmo sembelit. Harap-harap, kali ni, masalah tu dah tak menghantui aku :)
 
Semalam aku ada check-up dengan doc. Sekarangkan usia kandungan aku dah masuk 36 minggu 4 hari. Appointment pon dah bertukar jadi seminggu sekali. Alhamdulillah, semuanya ok. Masalah HB aku yang diorang bimbangkan sangat tu sampai mintak aku buat DNA Analysisi pon diorang dah jumpa penyelesaian. Kata doc, tak perlu dah buat ujian darah bagai aku ni. Memang sebenarnya aku ni bermasalah HB time pregnant je. Haaaa...Kan dah kata..I told u all already rite???
 
Semalam masa scan pon doc kata semuanya normal. Baby pon dah duduk dalam posisi yang terbaik + tumbesaran baby memang bersesuaian dengan usia kandungan sekarang. Kiranya anytime aku dah boleh beranak dah sekarang ni.
 
Cuma aku agak ralat semalam bila mesin scan tu tak dapat nak anggar berat baby aku kali ni. Doc kata mesin ni jenis lama, jadi itulah satu-satunya kelemahannya. Aduhai, sedih betul! Aku dahlah eksited nak tau berat baby. Sekali mesin pulak buat hal. Kalau korang tengokkan perut aku sekarang memang dah besar sangat-sangat dah ni sampaikan baju semua abis sendat tang perut! Aku sendiri pon dah tak sanggup tengok saiz perut aku, inikan pulak korang yang memandang yeh :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga