Arini kita jumpa pakar pemakananlah pulak
Assalamualaikum
Apa kabar korang? Perasan tak, semenjak dua menjak ni, rajin pulak aku up entrykan. Seronok jugak bila ada mood menulis ni Bolehlah membebel tanpa rasa bersalah, walaupon kadang-kadang segan jugak sebab citer menda merepek je. Bukannya entry yang bagi manfaat kat orang punkan, kahkahkah?? Takdelah. Aku rajin up entry sekarang ni sebab tau dah, nanti lepas bersalin confirm-confirm belog aku tak berupdate. Tunggu lepas aku naik kerja nanti baru boleh up entry semula rasanya.
Bukan apa, kat rumah mak aku line untuk berinternet time siang-siang hari memang tak laju. Masuk pukul 1 pagi, barulah berdesup perginya. Agaknya, masa tu orang ramai dah tido, tu yang ok sikit linenya. Tengoklah, kalau aku rajin, aku uplah entry time dalam pantang nanti. Kalau tak, tunggu jelah lepas aku aku naik kerja nanti ye. FB tu mungkinlah boleh on9. Tapi, time tengah malam jugaklah kot!! Dah kata malam je linenya laju. Redha dan pasrah jelahkan.
Hurm, pagi tadi aku ada appointment dengan pakar pemakanan kat KK Tanglin. Maklumlah, akukan bermasalah dengan HB, jadinya aku antara insan terpilih untuk mendengar penerangan dengan pakarlah. Aku ok je, sekadar nak dengar panduan-panduan cara pemakanan dari seorang pakar, sambil-sambil tu bolehlah aku menambah ilmu. Dalam pada dia citer tentang pemakanan sihat, dia selitkan jugak topik penyusuan susu ibu. Aku rasa topik tulah yang buat aku bertuah dapat dengar penerangan dari dia.
Yelah, walaupon aku ni anak nak masuk dua, tapi pengetahun berkenaan penyusuan susu ibu ni memang tak lengkap sangat ilmunya. Macam tadi, dapatlah aku belajar cara-cara untuk memerah susu hanya dengan menggunakan tangan. Serius, rasa macam kagum sangat sebab pakar tu citer, walaupon dia ada beli pam susu yang mahal (kononnya sebab nak mudah mengepamlah) tapi, dia tak guna pon pamtu sebab katanya guna tangan lagi banyak hasil yang dia dapat. Fuhhhh!! Terror amat ni. Harap-harap mental dan fizikal aku kuatlah untuk menyuskan anak yang kedua aku ni secara ekslusif. Tak dapat 2 tahun, dapat menyusukan secara ekslusif selama 6 bulan pon aku dah berbangga sebab dulu time safiyya, belum umur sebulan lagi aku dah topupkan dia dengan dengan susu formula. Kesian kat safiyya. Tapi, nasib baiklah Allah bagi dia kesihatan yang baik. Walaupon minum susu campur-campur (susu ibu+susu formula) dia jarangggggg sangat sakit. Demam pon aku rasa kurang dari 5 kali rasanya. Alhamdulillah, syukur sangat.
Kali ni, aku harap, dengan ilmu yang dah beransur aku kumpul melalui pembacaan dan hasil Google kat internet, berjayalah misi aku, insyaAllah.
Dup dap, dup dap, jumaat ni kandungan aku dah masuk 36 minggu dah. Waaaa!!! Tak tau nak gambarkan macam mana perasaan ni. Dalam pada aku nak bersalin awal, jauh di sudt hati, aku teringin jugak nak merasa berpuasa tahun ni. Tak dapat banyak, dapat puasa sehari sebelum bersalin pon jadilah (^_^) Kalau baby nak keluar lepas masuk 37 minggu, dapatlah aku puasa dalam seminggu cenggitukan.
Buat masa ni, baju raya safiyya semua dah lengkap, tinggal baju kurung je yang belum dibeli lagi. Mula-mula rancang nak cari kain tempah kat orang. Tapi, mengenangkan aku dah makin sarat, tak mampu nak berjalan ke Jalan TAR lama-lama, aku rasa beli on9 jelah senang. En.Aril pon setuju sebab dia kata, dia pon tak reti nak pilih takut aku tak berkenan nanti, hahaha. Untuk anak yang kedua ni nanti, aku serahkan bulat-bulat je kat en.aril untuk belikan baju rayanya nanti.
Untuk aku pulak, memang takde rasa nak berbaju raya sangat kot! Maklumlah, dalam pantangkan. Cuma aritu masa aku jalan-jalan kat Globe, aku terberkenan dengan Jubah jeans yang diorang jual sebab jubah tu berbutang, sesuailah nak selak-selak bila nak menyusukan anak. Harga pon agak berpatutan. Tengoklah, ada rezki nanti, aku belilah sebelum bersalin. Andai kata aku terbersalin dulu sebelum sempat membeli jubah tu, kita carilah alternatif lain untuk tampil bergaya di pagi raya walaupon ketika dalam berpantang yeh :P
En.Aril pulak, memang dia dah cakap awal-awal, tahun ni dia malas nak tempah baju melayu baru. Dia nak recycle je baju yang dia dapat masa pergi perarakan sempena Maal Hijrah tahun lepas. Lagipon, bukannya nak pakai lama sangat, paling-paling tidak, time raya pertama je dia berbaju melayu, lepas-lepas tu dah sarung t-shirt dengan jeans jekan. Lagipon, katanya raya tahun ni mana boleh nak berjalan ke mana, dah bini sendiri tengah dalam pantangkan. Tunggu time raya haji jelah kita pergi menziarah sanak saudara yang lain. Seronok sikit sebab masa tu, aku dah abis pantang, baby pon dah beransur besarkan :)
Hurm, korang pulak mesti dah lengkap persiapan raya untuk anak-anakkan (^_^)
Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?