Keistimewaan mok yong dah direbut orang

Assalamualaikum
 
Sekarang kita cerita pasal menda lainlah pulak ye. Asyik hidangkan korang dengan menu berbuka je, bosan pulak aku. Petang-petang karang baru kita cerita pasal menu berbuka pulak. Pagi tadi aku ada check-up kat Klinik Tanglin. Arini kandungan aku dah masuk 38 minggu 4 hari. Orang kata bila-bila masa je boleh beranakkan sekarang ni. Aku pon mnegharapkan menda yang sama. Hari-hari tertenaya-tanya, bilalah baby nak bagi hint nak keluar. Seboleh mungkin aku taknak overdue. Seremmmm sangat rasanya kalau terover due. Dahlah masa tu orang dah nak beraya, stress aku tau!
 
Ofismate cakap, agaknya baby nak bagi aku beraya dulu kot baru dia keluar. Oh tidak!! Janganlah macam tu. Aku lebih rela berpantang masa raya daripada tertunggu-tunggu macam ni tau. Korang tau tak perasaan aku sekarang macam mana? Ibarat macam menunggu bulan jatuh ke riba gitew!! Tak tau bila boleh dapatkan, haaa..Macam tulah aku. Tak tau bila baby nak keluar. Tanda-tanda sikit pon masih belum ada. Yang aku tau, ofismate tegur perut aku dah turun. Itu jelahnya pon. Yang lain, non hado.
 
Aku berdoa dan berharap, kali ni biarlah kalau turun tanda pon, air ketuban yang pecah dulu. Senang sikit aku nak agak. Tapi, kita manusia biasa. Hanya mamapu mengagak, selebihnya semuanya kuasa ALLAH.S.W.T jugakkan :)
 
Dah hujung-hujung kehamilan tetiba keistimewaan aku hilang sekelip mata, hohoho. Kasihan sekejap dengan diri ni. Takdelah keistimewaan apa pon. Sebenarnya maksud usia kandungan aku dalam 34/35 minggu ++,  seorang officer aku offer aku untuk parking tempat dia. Situasinya macam ni. Parking tu kepunyaan officer A, yang offer parking tu officer B. Kiranya Officer B yang selalu parking kat tempat officer A ni sebab officer A jarang bawak kereta. Dia suruh officer B yang parking tempat dia sebab kitorang satu ofis. Daripada bagi pada orang luar yang parking, baik bagi member sendiri yang parkingkan. (korang buat-buat faham jelah eh). Dipendekkan cerita, masa kandungan aku dah masuk 34/35 minggu ++ aritu, officer B offer aku parking tempat yang dia parking sekarang (parking hak milik officer A) sebab dia kesiankan aku yang dah beransur sarat sekarang ni. Aku segan nak parking, sebab yelah, parking tu officer A yang punyakan. Memanglah officer A pon ofismate aku jugak, tapi akukan PEMALU, haha. Aku tanyalah, officer A tau ke officer B nak suruh aku parking kat tempat dia. Dia kata dia tau dah, dan dia memang setuju bagi aku parking tempat dia sampailah aku bersalin.
 
Alhamdulillah, memang mulai hari esoknya aku mula parking kat tempat dia, sampailah tetiba hari khamis lepas, ofismate aku cakap parking officer A, dah ada orang lain yang parking. Orang yang parking tu pulak kerani baru officer A. Officer A baru je kena tukar ke unit lain  (masih dalam ofis aku) dalam 2 minggu sudah. Kiranya dia bukan officer kat tempat aku dah. Tapi, parking dia, memang dia suruh aku yang parking sampai aku bersalin. Tapi, nak buat macam mana, tetiba je dah ada orang potong line. Aku tak taulah siapa yang suruh dia parking tempat officer A tu sebab sekarang officer A tengah outstation. Dengar cerita ada officer lain yang gatal-gatal mulut suruh kerani tu parking tempat officer A. Aku rasa macam KEJAM sikitlah tindakan officer yang suruh kerani tu parking. Bukan dia tak tau aku yang parking kat situ, dengan perut memboyot bagai, tapi orang kata kalau dah dalam hati tu ada sedikit perasaaan busuk hati, memang macam ni lah jadinya kot. Aku tak menuduh, tapi itulah yang diberitahu kat aku. Officer B yang offer parking kat aku terkejut bila aku bagitau yang parking officer A dah ada orang lain amik. Dia sendiri pon tak puas hati, aku ni apa lagi nak buatkan. Aku sedar aku pon menumpang parking atas ehsan orang.
 
Cuma yang aku KESALKAN sekarang sikap sesetangah orang. Kadang-kadangkan, bila fikir-fikir balik, aku rasa orang LELAKI lagi bertimbang rasa berbanding orang PEREMPUAN bila melibatkan hal-hal cenggini. Mungkin bukan semua, tapi kebanyakannya memang macam tu kot. Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Sekarang ni officer A tak boleh nak cakap apa, sebab dia pon jenis pendiam + dia takde kat sini. Aku pon REDHA je sekarang. Buat masa ni, aku tumpang parking officer unit lain kejap sementara dia outstation ni, itupon atas pertolongan akak ofis aku ni ha. Kalau tak, menapak jauhlah aku dari parking kereta nak masuk ofis.
 
Dugaan ALLAH nak bagi di hujung-hujung kehamilan, aku terima jelah. Dapat tumpang parking sekejap aritupon dah ok. Sekarang ni, aku cuma minta cepatlah aku beranak. Kaki dah kembang macam dinosaur. Nak berjalan lama-lama pon dah sakit. Kalau en.aril pon kerja kat sini, bolehlah aku mintak dia hantarkan aku ke ofis. Ni dia kat Putrajaya, aku kat KL, celah mana nak berhantar, beramik pulakkan :)
 
Semuanya kena survive sendiri masa hari bekerja ni. Tadi masa check-up pon, nurse terkejut aku datang sorang je ke klinik. Dahlah berulang jauh, dia tanya kenapa husband tak ikut sekali, aku bagitaulah yang en,aril kerja kat Putrajaya, malas aku nak susahkan dia kena buat kerja 2,3 kali nak teman aku g check-upkan. InsyaAllah, Allah ada. Aku yakin je, ALLAH akan lindung hambaNya, nak-nak orang yang dah sarat macam aku ni. Aku sokmo berdoa, kalau tanda-tanda nak bersalin keluar pon, biarlah sama ada aku kat rumah @ aku kat ofis. Janganlah masa dalam perjalanan pulak keluar tandanya. Aku tak mohon cuti awal pon. Selagi daya, aku datang ofis macam biasa sebab kat ofis pon aku cuma melangut jekan :)
                                                      
Masa check-up tadi pon nurse bagitau yang perut aku dah turun sangat dah katanya, baby pon macam dah engaged. Dia kata macam tak lama je lagi aku nak beranak. Entahlah, aku pon tak tau nak bergumbira ke atau biasa-biasa bila dengar nurse cakap macam tu, sebab karang kalau beria mengharap sekali babynya tak keluar lagi, aku jugak yang kuciwa, hahahaha.
 
Korang doakan jelah moga semuanya dipermudahkan Allah S.W.T untuk aku ye. Untung-untung minggu ni boleh bersalin, Alhamdulillah (^_^)
 
Opss, mesti korang pelikkan kenapa aku tak kesah nak beraya tahun nikan??? Kalau koranglah, selesa ke nak beraya dengan perut memboyot yang sebesar alam + baju raya pon takde walau sehelai. Sanggup???
 
Aku, tak sanggup. Jadinya, aku rela berpantang masa hari raya tu daripada beraya dalam keadaan takde persiapan, sekian :P
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017