Edisi mari makan-makan kat rumah!

Assalamualaikum.
 
 
Ha, inilah jadinya bila dah lama tak berbelog. Gambar dah berlamabak dalam fon. Selagi tak update blog, selagi tu gambar tak berdelete. Disebabkan arini sangat murah hati nak menulis je kerjanya, mehlah kita lambakkan gambar makanan yang dimasak oleh tuan belog akak acik Intan / suami tuan belog aka En.Aril :)
 
Bukan niat nak kata diri ni pro memasak, tapi saja nak kongsi lauk-lauk yang dimasak. Rasa vangga jugak kat diri ni sebab beransur dah pandai masak. Yelah, mengenangkan dulu masa kecik-kecik tiap kali mak panggil tolong masak kat dapur memanjang kata "Kejap mak, kejap mak". Last-last, mak dah setel masak, aku tukang makan dan kemas aje. Memang cantik sangat perangai dulu kan!
 
Harap-harap anak-anak aku tak ngikutlah perangai aku. Biarlah diorang rajinnnnnn dari aku. Safiyya sekarang ni, tiap kali aku kat dapur, dia pon sibuk jugak kat dapur. Abis dia selongkar semua nak dibuat main. Ada masa aku biarkan aje, ada masa angin jugaklah sebab nak kena kemas balikkan, haha. Sekarang ni pun dia dah pandai nak cuci pinggan sendiri bila dah siap makan. Siap bersabun bagai. Tak bersih pon tak pe. Janji aku bagi galakan dan bagi penghargaan kat dia. Setiap kali lepas cuci, mesti hug  dan kiss dia sekali cakap 'pandainya kakak safiyya ni". Kembang semangkuk terus anak aku, hehehe.
 
Masa ni kena banyak puji-puji sikit. Bagi dia saiko, rasa dia tu istimewa. Yerlah, kadang aku ni tak terkejar. Mana nak layan dia, nak layan hanania, abah dia lagi. Belum campur rumah semua lagi. Memang double triple tenaga yang diperlukan.
 
Ada masa yang aku rasa letih tak nak masak, En.Aril yang take over. Untung sangat dapat partner yang memahami dan boleh bekerjasama. Aku harapkan biarlah ianya berkekalan macam ni, malah bertambah baik dari sehari ke sehari :)
 
Jom cuci mata kejap. Mana tau, ada yang dapat idea nak masak apa balik karangkan. Aku tak tau lagilah nak masak menda petang karang. Tanya big boss dulu. Kering idea rasanya masa ni :)
 
 
 
 Masak lemak telur itik, cencaru goreng, sambal belacan dan kobis goreng. Gabungan yang MANTOP! Pedas berdesing telinga bila makan sambal partner aku ni.
 

 
Sekali lagi, udang masak lemak dengan kacang buncis dan ikan kembung goreng. Selalunya kalau masak lemak lawannya mesti ikan/ayam gorengkan. Ngam sangat orang kata.
 


Mee kari dambaan hati. MasyaAllah, memang berjejeh air liur aku bila tengok gambar ni. Hasil air tangan partner den. Memang mantop. Bertambah-tambah aku makan. Lari diet acik Intan kejap tau. Sekali sekala takpe, kalau selalu tak sanggup makcik. Bersantan, berlemak, berkalori bertingket-tingket dalam badan, hohoho.
 
Agaknyakan, kalau jual kat kedai macam ni, untung giler customer yang dating. Penuh dengan lauk dan sayur kat dalam ni. Sempat bagi kat sepupu aku semangkuk. Maybe, nanti-nati nak buat lagi. Bila? Tunggu berat aku 53kg kot, hahaha.



Dikala kepeningan nak cari menu masakan, teringat rempah kurma yang baru dibeli kat Mydin aritu. Laju je amik dalam almari dan terus memasak. Kurma ni semudah ABC. Main campak-campak je, dah siap. Nak lagi sedap kena ada sambal belacan. Disebabkan acik Intan tak berapa nak rajin, tak payah sambal-sambal. Makan je apa yang ada. Habis jugak seperiuk 3 beranak makan.


Sekarang ni memang stok suhun dan fucuk kena sentiasa ada dalam simpanan. Wajib beli setiap bulan 4 peket terus. Sayur ni aku namakan sayur KECEMASAN. Bila-bila masa sayur yang fresh dah abis, kita amik je sayur ni, buat je sup atau gorengkan dengan telur dan ikan bilis. Sedap hingga menjilat jari. Makan pulak dengan nasi panas-panas. Confirm tak pandang orang lalu kiri kanan dah.



Penutup hidangan arini, BURGER LELEH PARTNER!  Rasanya memang da bom! Aku siap suruh dia buat jual kat kuarters kitorang. Buat tambah-tambah duit dapur, hahaha. Akukan mata duitan. Selagi ada lubang yang boleh nak jana pendapatan, selagi tu aku nak cuba. Tengoklah nanti. Kalau jadi bisness burger ni, aku canangkan kat korang ye. Kalau senyap je tu, tandanya bisnes burger hanya untuk kitorang 4 beranak sahaja. Sekian (^_^)
 
 
Dah puas cuci mata dengan makanan?
 
Apa lagi?
 
Pergi sambung buat kerja!
 
Aku takde bos.
 
Jadi memang takde kerja arini.
 
Daa!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017