Pagi yang indah !

Assalamualaikum.

Wah, kemain pagi lagi mengupdate. bagus ni! Permulaan yang BERTENAGA. Harapnya berterusanlah macam nikan..
 
Bos ada je ni, kerja basic pagi-pagi ni dah setel, bolehlah curi-curi update. Jap lagi, nak pegi pam susu pulak. Sekarang dah ada geng nak pam sekali. Semek nurul dah naik kerja lepas bercuti panjang. Sambil pam sambil sembang memang tak boringlah :)
 
Alhamdulillah, seronok sebab kali ni dapat bagi fully bf kat Hanania. Dulu masa safiyya, ilmu tak cukup di dada + pentingkan diri sendiri tu yang awal lagi dah campur dengan FM. Kali ni betul-betul TEKAD, memang Allah permudahkan semuanya. Walaupon stok tak semeriah orang lain sampai terpaksa beli deep freezer, tapi aku masih bersyukur sebab masih mampu bekalkan anak aku susu sendiri. Kali ni barulah dapat rasakan macam mana perasaan seorang ibu yg dapat fully bf anaknya. Memang berbunga-bunga hati ni macam orang BERCINTA :)
 
Petang ni aku ada tournament bowling. Ni semua sempena Family Day ofis next week. Gamat sungguh kali ni. Ada pertandingan DART, PING PONG, KARAOKE, BOWLING 7 TREASURE HUNT  sempena family day ni. Memang rugi besar kalau tak join kot. Dahlah buat pon dekat Lumut, Perak. Aku yang tak sabra-sabra nak tunggu nest week, kalah budak-budak, hehe.
 
Sebenarnya, dah berkurun lama aku tak main bowling. Bila ofismate tanya nak join tak game ni, lajuuuuuuuuuuuuuuuu je angguk kepala. Tapi, tak sedar diri tu amatur yg memang asyik ke longkang je peginya. Nasiblah dapat satu team dengan ofismate sendiri. Itupon aku yg pilih ahli-ahlinya, hahaha. Aku harapkan diorang je. Aku ni lebih pada PENYERI aje. Dah kata WAJIB dalam group kena ada 3 LELAKI, 1 POMPUAN. Haruslahhhhhhhhhh aku cari officer yang satu kepala dengan aku. Kalau masuk longkang pon tak malu sangat, ahahahahaha :)
 
Oklah, tak boleh lama-lama menceceh. AKu ada MISI ni. Pastu karang nak tolong untuk setelkan goodies bag. Kalau sempat karang aku update lagi. Bye!
 
Eh, saja nak bagitau, sekarang ni aku jual Shaklee tau. Aku dah jadi ahli tahun lepas lagi. Cuma tak war-warkan je kat blog. Kat FB dah kerap sangat aku war-warkan, hehe. Bulan ni promo VITALEA IRON FORMULA. bELI 6 percuma 1. Harga dari RM 88.75, dah menjunam jadi RM 6* sahaja!
 
Nanti aku citer panjang lebar pasal VITALEA. I got to go. Adios!
 
 
 
 
 
Nah, gambar TERLATEST tuan belog. Selfie ketika jem pagi tadi. Jangan TIRU aksi ni. Berbahaya untuk semua pengguna jalan raya :)
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017