Treasure Hunt vs Keracunan Makanan. Mana lagi best????????
Assalamualaikum
Apa kabar korang? Ada yang merindu? Konfirmlah takde. bajet retis sangat camnilahkan?!
Maaflah, lama amat tak update. Bukan bizi apa pun, saja buat-buat bizi. Bizi blogwalking aje. Malas nak menaip. Pagi ni, tanam azam baru, sebelum blogwalking, biar aku membebel sorang-sorang dulu kat sini. Paling-paling tidak, dapat up satu entry setiap pagi pon dah ok sangat dah rasanya :)
Banyak nak citer ni, Maaflah kalau takde yang ikut turutan. Aku main belasah je. Mana yang ingat dulu, itu yang aku tulis ye. Janji ada citer nak citer dengan korang. Sabtu dengan Ahad lepas ofis aku baut Family Day kat Marina Cove Resort Lumut. Best sangat!!! Tapi sayang betullah. Boleh pulak aku keracunan makanan masa ni. Start tengah hari Jumaat tu lagi aku dah lain macam. Pening, rasa nak muntah semua ada. Dahlah masa ni aku dok tawaf FOS Kids kat Wangsa Walk dengan Nurul + Wani. Cadangnya nak beli baju budak-budak ni sempena tema retro masa dinner nantilah.
Dapat jugaklah baju diorang walaupon aku dah kembang-kembang tekak menahan loya. Ingatkan perut masuk angin ke apa kan. Lepas makan nasi goreng kampong masih tak elok lagi. Cepat-cepat aku pilih baju aku pulak. Nasiblah dah aim siap-siap. Jadi pegi amik, try dan terus bayar. Pastu tersadailah aku kat tepi kedai sementara tunggu diorang setel bahagian diorang pulak.
Masa ni, aku rasa macam mabuk pregnant pon ye jugak. Tetiba tak boleh nak bau makanan-makanan. Rasa loya yang amat pulak dah. Sebelum balik, sempatlah aku bekejar ke toilet mengeluarkan semua isi dalam perut ni. Ingatkan abis kat situ je. Sekali,masa nak balik tu, bekejar lagi aku ke toilet. MasyaAllah. Teruk sangat dah ni. Lembik dah badan rasanya.
Malam tu je, fasa muntah berakhir, bermulalah fasa cery bery. Menyampah sangat rasanya. Perut dah lah lapar giler. Tapi, setiap apa yang masuk, semuanya akan keluar hatta air masak sekalipun. Kesian sangat kat Hanania. Dia kan menyusu badan, Mana nak kenyang minum susu aku kalau dah semua yang aku makan keluar balik. Malam tu, memang rumah tak berkemas langsung. Kain baju nak pegi family day pon aku tak kemas. En.Aril dah cakap kalau tak sihat sangat tak payahlah pergi esoknya. Uish!!! Mana boleh. Dahlah aku dah submit nama nak join Treasure Hunt pagi esok. First time ni nak join. Harus ku gagahi jugak walau apa pon jadi esoknya.
Pagi esoknya, pukul 5 pagi aku bangun. Rasa macam ok sikit masa ni. Cepat-cepat kemas barang, basuh kain baju dan packing barang budak-budak ni. Budak-budak pon macam tau je arini na [ergi berjalan-jalan, kemain awal bangunnya. Sama menyibuk mengemas barang.
Tup tap, tup tap, pukul 7 pagi baru kitorang keluar rumah, sedangkan sebelum 7.30 dah kena sampai kat ofis sebab pelepasan untuk acara Treasure Hunt bermula jam 7.30. Matiklah masa ni. Aku apa lagi, pesan terus kat En. Aril, lepas je bayar tol MEX HIGHWAY, silalah gunakan kepakaran drift dia untuk pastikan kitorang sampai sana sebelum 7.30 a.m. Memang tak mengecewakan bila kitorang sampai sana tepat jam 7.25 a.m, hahaha.
Memang kerja giler! Nasiblah takde AES sepanjang MEX tu. Kalau tak, berlambak saman aku kot! Masa ni, perut masih menggelegak dengan angin yang berputar2 dalam perut aku. Dahlah angin tak mau keluar. Ko bayangkan. Betapa siksanya perut aku. Perut lapar kemain, tapi takut-takut nak makan.
Bila dah masuk Highway Duta, aku belasah jugak makan burger yang diorang bagi, Dah tak tahan tahap kelaparan aku ni. Kalau nak keluar jugak, lantaklah. Janji dapat tampung kelaparan aku masa ni.
Cerita pasal Treasure Hunt kali ni memang best. Kat KL aje, ada 3 soklan. Soklan selebihnya semua bermula dari Tanjung Malim sampailah ke Lumut. Walaupon macam pening-pening cari jawapan, tapi aku bangga jugaklah sebab kitorang ni dahlah bawak anak-anak kecik. Kepala yang nak memikirnya 2 orang je. Dengan nak melayan kerenah anak-anak lagi sepanjang perjalanan, memang perlukan ketahanan mental dan fizikal. Itu belum campur lagi perut aku yang meragam ni. Adoi! Nasiblah takde adegan pergaduhan antara suami isteri dalam kereta semata mencari jawapan untuk game ni. Bukan apa. Kalau ikutkan kata member-member ofis aku, diorang cakap selalunya memang boleh jadi gaduh dengan partner bila main game ni. Nasib baik sangat menda ni tak terjadi pada kitorang, Alhamdulillah.
Ada jugak soklan yang kitorang tak dapat nak jawab. Belasahlah. Tak boleh nak fikir apa dah masa ni. Sempat jugaklah aku singgah farmasi area Bidor beli ubat untuk cery bery aku ni. Sampai je hotel, submit semua jawapan, terus keluar cari lunch. Perut pon dah masuk angin sesangat masa ni. Makan jelah walaupon aku tau mendanya akan keluar balik kejap lagi.
Setel semua, terus check in hotel. Tersadai terus 4 beranak atas katil. Kebetulan dapat bilik mengadap pool. Memang syok abislah. Safiyya asyik berzikir je nak ajak mandi kat kolam bawah. Apakan dya, badan aku memang dah flat sangat masa ni. En.Aril pulak segan nak turun sorang-sorang. Jadinya, takdelah sesi mandi kolam masa ni. Duk jelah dia bersidai tepi tingkap tengok orang mandi,
Malam tu, aku kena pergi awal, nak susun goodies bag. Nak jadikan citer, aku tertidur pulak lepas asar, sedar-sedar je dah 7 lebih. Cepat-cepat bangun dan bersiap. Budak-budak pon kebetulan tertidur jugak masa ni. Tengah-tengah siap, perut aku mengeras. Nak berjalan tegak pon susah. Ku gagahkan jugak pergi ke dewan. Duduklah dalam 10 minit, susun2 goodies bag, terus minta diri kat ofismate. Aku nak ke klinik. Pergi panggil En.aril dengan anak-anak kat bilik, terus keluar cari klinik. Klinik terhampir pulak dekat Seri Manjung. Menggagau mencari klinik malam-malam macam ni. Dahlah kat tempat orang. Tak tau mana nak tuju. Boleh pulak klinik banyak yang dah tutup masa ni. Rasa nak nangis je. Last-last jumpa jugaklah satu klinik ni. Itupon nasib terperasan. kalau tak perasan, ada can serah diri kat Hospital, hohoho.
Kat sini dapatlah injection kat vonstot sedas. Ubat makan doc tak bagi dah sebab katanya ubat yg aku beli kat farmasi tu memang yg terbaik, cumanya mungkin KUMAN yang duk dalam perut aku ni KUAT sangat, tu yang aku lambat sembuh. Dapat je injection, teruslah boleh berjalan tegak balik. Nak kata lega sepenuhnya, memang tak lagi. Masih berputar-putar angin dalam perut.
Sebelum balik, sempat beli nasi panas kat kedai sebelah klinik. Dalam kereta jugak aku suap nasi ni, Kononnya nak bagi angin keluar. Tapinya, sikit pon tak keluar. Lagi dia berkumpul kat dalam tu adalah. Frustttt!!!!!!!
Sampai ke sudah aku tak pergi dinner. Kesian sangat dengan En.Aril. Kononnya dapatlah dia makan kambing bakar malam ni. Dah bini sakit, takkanlah dia nak pergi ke dewan pulak. Dia pon segan. Makanlah dia burger MCD yg pagi tadi tu je. Sob sob sob!! Sedih betul.
Dalam sakit-sakit, sempat jugak aku call member tanya siapa yang menang Treasure Hunt. Dalam hati teringin juga nak menang. Padahal, awak tu baru 1st time join, memang tak sedar diri sungguh, haha. Seperti yang dijangka, pemenang semuanya otai-otai belaka. Yang syoknya, semua dari seksyen aku. Vangga jugaklah. Aku dapat nombor berapa??? Dari 20 biji kereta, aku dapat nombor 9, kira ok sangatlah kan. Kembang kempis jugaklah hidung ni. Pasni kalau ada Treasure Hunt lagi, confirm aku akan masuk. Pengalaman yang sangat-sangat bermakna dan sukar diungkap dengan kata-kata gitew!
Abis dah cerita pasal Treasure Hunt. Jap lagi sambung cerita pasal sukaneka Family Day pulak ye.
Ini je gambar yang sempat aku amik. Sebelum game bermula. Perut masih ok. Selebihnya, aku dah sibuk layan perut + cari jawapan.
Daa!!



Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?