Mulut buaya??????????????

Assalamualaikum
 
Hai semua. Lama tak jumpakan. Sihat ke semua? Tak perlulah bagitau napa lama tak update. Alasan klise kot! Kahkahkahkah.
 
Okeh, meh tengok salah keadaan satu kasut fevret aku. Serius, aku kalau dapat sesuatu yang memang sedap dan selesa pakai memang aku akan guna sampai lunyai macamkan dah takde kasut lain kat rumah, hehe.
 
Pagi tadi masa keluar rumah elok je comel lagi. Lepas hantar anak-anak kat rumah mak sedara aku, terasa macam pelik je bila sarung. Tengok-tengok, dah ternganga dah muncung kasut macam mulut buaya :P
 
Nasiblah dalam kereta memang dah standby siap2 sepasang kasut lagi. Walaupun heels, takpe, belasah je. Pakai sekejap je pon. Dari kereta nak ke opis. Dalam opis ni aku sarung selipar toilet je.
 
Nanti-nantilah, baru beli selipar senonoh sikit letak kat opis ni. Barulah curlas acik Intan kat opis, hohoho (matiklah, perasan selenge dah datang ni :P)
 
 


SEBELUM
 
 
 
 
SELEPAS
 
Lunch hour kejap lagi ada can aku cuci mata kat SOGO ni! Sambil-sambil nak isi minyak kereta, moh lah menyinggah. Memang cadangnya nak carik seluar safiyya pon. Anak dara aku tu cepat benor berubah size badannya. Tinggal satu je seluar jalan-jalan yg boleh pakai. Yg lain ada yang koyak, ada yang senteng. Yang tinggal satu ni pon dah lusuh. Harap2 SALE kat bhg tengoh SOGO tu biarlah SALE menggila. Jimat sikit duit ahkak!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!