Moh, ke Langkawi kita! Jom tido kat Federal Villa.Murah dan berbaloi!!!


Assalamualaikum
 
Moh sambung citer ke Langkawi sebelum hakak terlupa ye. Pagi tu, kitorang check-out Tune Hotel awal pagi jugak. Dalam pukul 8 lebih tak silap. Tak sabar dah ni nak sampai ke langkawi kononnya. Sebelum tu, sekali lagi kitorang singgah ke Nasi Kandar Pokok Ketapang untuk isi perut. Cayalah! Pagi-pagi lagi kitorang dah balun nasi kandar sorang sepinggan. (mana tak naik badankan, balik dari cuti, hahaha). Lauk semua sedang elok baru sampai. Panas berasap gitew! Atok siap tambah order roti canai sekeping lagi. Katanya nak try sebab macam sedap je tengok orang makan, haha.  Oh ye, kalau ada yang teringin nak cuba makan kat kedai ni, korang search je HOTEL PENAGA. Kedai ni betul-betul bertentang dengan hotel ni. Seberang jalan je. Silalah cuba ye!


Mama as usual, selfie sensorang kat cermin. Jakun dan kagum tengok cermin besar kat kepala katil Tune Hotel penang ni. Terus berangan alangkah bagusnya kalau kat bilik sendiri ada cermin sebesar ni. Senang nak bersiapkannnnn!!!

Sebelum tinggalkan Penang, moh lah kiter naik feri sekejap. Safiyya eksited giler naik menda alah ni. Maklumlah, jarang-jarang jumpa lautkan:)



Ops!!! Seksi Nia, Nampak perut muncit!!


Kusyuk benar safiyya nengok Frozen dalam keta. Tak layan dah mama panggil nak bergambar. Redha je atok ngan opah melayan cucu tengok citer ni berulang-ulang kali :) Belum sampai Langkawi lagi barang dah menimbun kat belakang kereta. Nanti balik dari Langkawi cemana pulak rupanya :)


Sebelum turun kereta, sempatlah snap sekeping dua gambar laki bini yang jarang-jarang dapat bergambar sama-sama ni. Si suami yang sentiasa nampak seperti budak sekolah. Nyampah pulak rasa. Dah macam kakak ngan adik je tau, huh! Dah biasa dengar dan dah biasa terima jelingan orang kiri kanan bila berjalan berdua @ sama dengan anak-anak. Rasa nak tutup muka je bila berjalan dengan dia, hohoho.




Mama dengan kakak safiyya! Say hai kakak!!!! Kejap je anak dara ni dah besar. Kalau dulu, sokmo rasa payahnya bila nak bawak dia jalan-jalan (sebab meragamnya dulu masyaAllah!). Sekarang ni, dah macam jadi girlfriend pulak! Harap-harap, sikit masa lagi, bila kita jalan berdua orang ingat kita adik beradiklah ye kakak, wohaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


Belanja satu gambar lagi!!!! Time-time gini je banyak gambar. Bila dah sampai ke Lnagkawi, gambarnya tak banyak sangat dah. Sibuk mencuci mata dengan kecantikan kat sana je, hahaha!


Kesayangan dunia akhirat!

 
Puaslah aku panggil nia ajak pandang kamera. Nandonya dia nak pandang. Lagi khusyuk dia pandang air laut tu adalah. Terasa-rasa macam nak bawak diorang berkelah lagilah. Seronok dapat spent masa dengan anak-anak dan buat aktiviti yang diorang suka. Kalau tak, asyik ikut mama pegi mall je, beli barang dapur, kakakaka.


Hai, saya anak mama. Umur saya baru 3 tahun, tapi saya tinggi + saya nampak besar tak macam budak umur 3 tahun. Saya cakap pun masih pelat-pelat lagi. Pampers pun masih pakai lagi. camner nak sekolah kalau gini :p


Dua beranak. Dari dulu, sampai sekarang sentiasa jadi yang terbaik untuk anak-anak. Ingat lagi, dulu arwah abah pernah cakap dekat mak, kalau aku ada kat rumah, arwah abah dah tak dapat nak sembang sangat dah dengan mak sebab asyik melayan aku bercerita je. Sampaikan arwah abah pernah gelar aku "MINAH UTARA" sebab bercakapnya non stop! kekeke..Lucu sungguh bila ingat balik kata-kata arwah abah! ( Alfatihah untuk arwah abah :( )


Perjalanan kitorang dari Penang ke Jeti Kuala Perlis adalah lebih kurang 2 jam lebih. Masa otw ke sini, memang tengok cuaca dah mendung + hujan lebat sekejap-sekejap. Berdoa sangat, janganlah Langkawi tengah musim hujan. Spoil mood berjalan nanti. Masa sampai dekat Jeti pun, memang anginnya sikit punya kuat. Kalau aku ni masih kurus sekeping macam zaman sekolah dulu, mau terbang dibuatnya, hehehe.


Sementara tunggu en.aril parking kereta, bebudak ni main berdua dulu kat sini. En.Aril turunkan kitorang dulu kat Jeti, Dia cari parking berbumbung. Nasiblah tak jauh mana. Dapat harga RM15 sehari. Oklah kot. Sebab parking tak berbumbung pun dah RM12. Beza 3 hengget je pon. Elok dia sampai, kitorang terus beli tiket. Nasiblah bot tak lama lagi nak gerak. Kitorang dapat naik bot pukul 1.30 p.m. Tak lama menunggu. Dalam 15 minit je kot. Time ni pun ramai orang nak ke Langkawi.  Sedangkan dah pergi time bukan Public Holiday / Cuti Sekolah. Kalau time cuti sekolah, entah macam manalah ramai orangnyakan.

 
Wefie 3 beranak! Kakak, macam biasa. Berkepit dengan buah hati dia. Syok giler kot naik feri ni. Dahlah cantik, luas pulak tu. Free seating lagi sebab banyak seat kosong. Dapatlah en.aril duduk sebelah tingkap. Aku memang tak dapeklah nak duduk sebelah tu. takut mabuk karang!


Cobaan nia untuk memakai spek kakak! Terlebih-lebih besornya,hahaha..Nasib dia ok je duk dalam feri ni. Kebetulan diorang pasang movie dalam ni, ralit lah dia dalam feri ni.


Subhanallah, cantiknya laut. Tak sabar nak sampai Langkawi! Rinduuuuuuu : ) Kitorang sampai jeti Langkawi dalam pukul 2 lebih. Sekejap je, dalam sejam atas feri. Sampai-sampai sana, terus call En.Zaini (orang yang kitorang sewa kereta). Ramai yang review dia ni best & bagi harga berpatutan. Tahun 2011 dulu aku pergi pun amik kereta dengan dia. Kali ni, kami amik kereta Grand Livina dengan harga hanya RM200 untuk 3 hari 2 malam! Syokkkkk! Inilah salah satu untungnya kalu pergi time hari biasa. Banyak penjimatan gitew!!!! Lepas amik kereta, isi minyak siap-siap, singgah kedai makan kejap nak belikan makanan untuk bebudak ni. Dah kenyang, moh lah kita Check in Kat Federal Villa!!!
 
Dari Kuah nak ke sini dalam 20 minit je. Tak jauh mana pun! Macam biasa, nak check in kena check in kat Holiday Villa dulu. Federal Villa ni di bawah penyeliaan Holiday Villa. Untuk sesiapa yang tak tau, Federal Villa ni khas untuk semua Gov Servant! Bilik yang aku amik ni BILIK STANDARD je, dapat harga RM55/per nite! Murah yang amatkan!! Amik 2 bilik untuk 3hari 2 malam baru RM220. Inilah salah satu keistimewaan untuk Gov Servant, hehe. Bilik luas, aircond, shower semua ada dan memuaskan hati. Untuk kitorang 4 beranak memang takde masalah untuk tidur kat bilik ni. Luas sesangat. Tapi, as usual, safiyya akan lari bilik atok opahnya :)



 
Dah siap solat asar, jom keluar semua! Buat apa memerap kat bilik. Rugiiiiii!!!!




 
Petang tu, kitorang tak ke mana pun. Jalan-jalan kat Pantai Tengah je. Tengok orang main Parasailing. Amboi! Kemain ramai tourist yag naik menda alah ni. Teringin jugak aku nak mencuba. Tapi, bila tengok harganya, macam tak masuk akal je. Tak payahlah. Jom kita main pasir je dengan anak-anak.


Anak, mak, cucu!
 
 
Nia dah eksited nak main pasir. Opah acah-acah je letak dia kat bawah, tak sabar-sabar nak lepas tangan budak kecik ni.


Kitorang jalan ke depan sikit untuk cari port bebudak ni. Happy kemain diorang dapat main menda ni. Safiyya siap buka seluar lagi. Nak mandi memang tak dapeklahkan sebabnya kawasan tu macam tak sesuai je untuk mandi-mandi. Rasanya kalau nak mandi kena ke Pantai Cenang kot. Tapikan, aku tak jumpa jalan nak masuk ke pantai tu. Penuh dengan hotel kiri kanan je, hahaha.





Mama yang asyik nak bergambar je kejanya. Mana tak abis memori fon aku. Sikit-sikit, gambor. Nasiblah ada orang nak layan. Kalau tak, kesian sangat rasanya, hahaha.


 
Dalam pukul 6 lebih kitorang balik hotel balik. Ingat nak bagi diorang mandi kolam, tapi aku lupa nak bawak baju mandi diorang. Jadinya, berjalanlah kita ke belakang hotel jap nak bagi diorang mandi air laut sekejap. Safiyya sampai tak nak naik. Mana boleh, hari dah nak senjakan,. Lagipun, kat sini airnya keruh sikit. Maklumlah, dah ujung-ujung pantaikan.
 
Malam tu, kitorang makan kat Wan Thai area Pekan Kuah. Baca review ramai yang kata sedap. Harga pun boleh tahan katanya. Tapi, tapi, tapikan..Bagi akulah. Ni pendapat personal tau.Rasa makanannya biasa-biasa je. Harga pon agak mahallah bagi aku. memang dah naik harga kot. Malam tu amik nasi untuk 4 orang makan, tomyam campur, kangkung belacan, telur dadar, siakap 3 rasa, dan air buah dekat RM100 rasanya. Takpelah, dah merasa sekali makan, cukuplah, Takde rasa nak repeat pun lagi. Tom yamnya pun kemain masam. Terkelat-kelat aku nak makan. Maybe bagi orang yang gemarkan makanan masam ni, tak de hal untuk diorang, hehehe..
 
Lepas makan, jom balik rehat. Esok pagi banyak lagi aktiviti nak buat!!! Cable car, mu tunggu kami datang!!!
 
To be continued :)
 
 
 
 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017