Banjir..

Assalamulaikum

2, hari ni, asyik pegang fon tengok update pasla banjir je. Kesiannya. Keadaan makin meruncing. nak-nak di Kelantan. Tak tau nak cakap macam mana. Aku cuma terbayangkan andailah aku dan keluarga sedang berada bersama-sama mereka menghadapi banjir tu, memang tak tau nak buat apa.


Dengan anak kecik lagi. Ya Allah!! sedih sangat. Aku terbayang-bayang je, andai katalah aku di sana, macam mana bila safiyya dengan nia, lapar, sejuk, nak susu, nak makan, nak tidur, MasyaAllah....Malam tadi, lewat aku tidur. Semata-mata nak tengok kawan-kawan update dari masa ke semasa.


Dalam tak sedar, mengalir air mata bila terbayangkan macam mana doktor dan jururawat khususnya di Hospital Kuala Krai struggle untuk selamatkan patient. Mana yang di ICU, CCU. Baby lagi. Yang nak bersalin. Semua tu aku bayangkan kalau aku berada di tempat diorang. Allahhu akbar!!

Sungguh aku sedih dengan banjir kali ni. Air makin lama makin naik, naik dan naik. Belum nampak tanda-tanda nak surut. Bantuan makin susah nak sampai. Ramai sangat yang terperangkap. Mungkin diorangpun buntu tak tau nak bagi pertolongan yang mana satu dulu.

Benar, ini semua kuasa Allah S.W.T. Hanya padaNya mampu kita berserah, berdoa, dan bertawakal. Dia yang menentukan segalanya. Ini juga mungkin teguran awal dariNya.

Ya Allah, moga tiada yang lebih teruk berlaku :(

Ulasan

Catat Ulasan

Korang nak komen ape?

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017