Bosku dan akibat pertukaran!
Hai, hai hai semua. Ada yang rindu ker? Kalau tak rindu pon takpe, i is okay aje. Bos baru pergi meeting ni, bolehlah menyelit sekejap kat sini. Mak bizi u olls. Maklumlah, masih belajar cara kerja sebenar PA. Bagi aku, hari-hari ada pembelajaran baru. nak-nak untuk belajar dan kenali rentak bos sendiri. Dah kata PA, mestilah kena tau ni semuakan. Kalau tak, camner nak handle bos. Setuju?
Walaupon rasanya dah pernah kot aku cerita serba sikit pasal ofis, tapi kali ni maybe penceritaanya lain pulak. Saje-je takde menda nak bebel, ginilah. Ok, hampir 2 bulan aku kerja dengan bos ni, aku mula faham kenapa ramai yang tak gemar sangat dengan cara dia. Ramai yang sok sek, sok sek perihal dia yang pada mulanya buat aku scary nak kerja dengan dia. Adalah sorang dua yang bagi feedbacak positif perihal dia, antanya ex PA dia dan mungkin orang yang boleh faham dia, Well, sebagai manusia biasa, kita semua PASTI akan ada KEKURANGANKAN? Aku tak kesah tu semua. Janji jangan dapat bos yang dua jenis ni je. GATAL dan BARAN!!
Selain dari tu, insyaAllah, aku boleh handle. Berbalik pasal kerja dan life aku semenjak dah bertukar kat sini, takde apa yang beza sangat, cuma untuk makluman, kalau bos aku ada, memang aku akan stayback sampai pukul 6 petang. Bukan dipaksa, tapi atas dasar profesional dan tanggungjawab. Bukanlah kata aku perfect sangat dan bajet bagus, tapi mungkin guna logik akal kot. Okeh, untuk makluman dan pemikiran bersama, bos aku merupakan Ketua Jabatan. So, rasanya korang boleh agak betapa penting dan besarnya tanggungjawab diakan. Lagipun, anak-anak aku masih belum bersekolah, dan diorang pun mak sedara yang jaga, jadi, sedikit lega kat situ, Bukanlah aku amik kesempatan ye, nehiiiiii!! Tapi, untuk makluman dan pengetahuan korang jugak, sepanjang aku kerja di KL, time aku jemput anak-anak balik ke rumah lebih kurang je. Cumanya, kalau dulu (kerja di KL), aku akan hantar dalam pukul 6.40 pagi, amik dalam 5.50 petang camtu, Sekarang pulak, aku akan hantar dalam 7.30 pagi dan amik dalam 6.30 petang. See!! lebih kurang jugakkan. That's whylah aku rasa ok je lagi.
Next year, safiyya dah mula sekolah, aku dan husband akan fikirkan cara lain pulak :) So far, bos aku sangat ok. Memahami walaupun agak straight. Aku boleh terima je cara dia. Sekarang jugak, aku dah mula rasa dilema seorang PA yang nak bercuti. Bukan maksudku ofismateku tak bekerjasama. Bukan!! Semua ok. Cumanya kadang-kadang, kesian dekat diorang sebab takut tak boleh nak catch up cara bos aku, hehe. Satu lagi, bila cuti, faham-faham jelah. Takut ada termiss apa-apa yang penting. So far, aku baru cuti 2 hari semenjak kerja kat sini. Ok je semua. Kebetulan, time aku cuti, takde program luar yang memerlukan bos aku keluar, jadi agak mudah untuk ofismate cover.
Dari sekarang, aku dah beransur nak plan cuti untuk tahun ni. Bukan apa, nak mudahkan para pengganti yang kena mengganti nanti. Selagi boleh senangkan kerja diorang, aku cuba. Sebab diorang sendiri banyak kerja. Once diorang mengganti aku, diorang terpaksa tinggalkan kerja hakiki diorang buat sementara. Jadi, aku faham betapa stressnya diorang bila kerja diorang pending, hoho.
Untuk pergaulan dengan ofismate, semuanya ok. Macam aku pernah cakap sebelum ni, aku akan ikut je rentak diorang.Umur pon nak masuk 28, kenalah pandai-pandai bawak diri walau ke mana pun pergi. Jangan terlalu riuh @ jangan terlalu diam. Nanti, susah diri sendiri, hahaha.
Setakat ni, ni merupakan pengalaman kedua untuk aku bertukar ofis. Pengalaman pertama, bertukar dari Kelantan ke Bukit Aman tahun 2009. Aku ingat lagi antara kata-kata akak ofis kat Kelantan dulu yang mana mungkin aku takkan lupa .
1. "nanti intan dah pindah KL, mesti menyesal . mesti nak balik kelantan semula sebab kat sini kos hidup murah, tak yah mengadap jem semua, bla. bla..bla...
2. bila kita bertukar tempat kerja, kita kena ingat dua perkara. Sama ada pertukaran tu akan
menggembirakan kita @ membuatkan kita sedih dan menyesal. (ni kata-kata MAK roomate aku kat kelantan dulu tak silaplah)
Yup. kedua-dua kata-kata ni aku akan pegang sampai bila-bila. Bukan sebab apa, yang kata-kata pertama tu, bila diingat balik, cara dia sangattttt sinis bila aku nak tukar KL. Seolah-olah satu kesalahan BESAR pulak aku nak pindah masa tu. Yelah, kerja pon baru setahun setengah, dah sibuk nak bertukar. Eh, biarlah...Kaum keluarga aku semua kat area Pahang, Selangor, KL, Perak semua. Entah apa yang dia sakit sangat hati aku nak pindah pun tak tau. Aku tak marah pun akak tu, cuma aku pegang kata-kata dia tu, sebab aku nak buktikan kat dia, " eh kak, takde pulak saya menyesal pindah,.elok je saya survive kat KL ni walaupon kos mengggila mahal dan jem yang tak pernah hilang, hahaha" giler kejam ayat akukan.
Untuk kata-kata kedua, alhamdulillah. 2 kali bertukar, 2 kali jugak aku gembira. Aku tak rasa lagi menyesal akan pertukaran yang aku sendiri mohon. Bukan nak riak / bangga diri. Tapi, mungkin aku rasa dah cukup apa yang aku nak aku dah dapat. Aku tak impi perkara yang besar-besar. Cuma fokus aku sekarang lebih kepada keluarga.
Kalau dulu, faktor pertukaran dar Kelantan ke Bukit Aman sebab nak kawennnn. (husben @ tunang waktu tu dah kerja kat KL). Kali ni, pertukaran dari Bukit Aman ke Putrajaya pulak, dibuat selain dari faktor aku dah jemu dan rasa tak de perkembangan kerjaya kat sana, mestilah sebab anak-anak. Tahun depan, safiyya dah mula sekolah. Takkan aku masih nak berulang jauh dan biarkan husband handle sendiri anak-anak masa pagi dan petang. Aku jugak taknak anak aku rasa mama dia langsung tak berkesemaptan nak hantar amik dia ke sekolah dan tengok dia kat sekolah semua.
Ye, mungkin alasan klise + dan korang berpendapat, untunglah sebab dah dapat tukarkan. Bukan tu. yang aku cuba sampaikan. Menda ni aku dah pikir dari masa aku mengandungkan safiyya lagi. Aku terfikir, sampai bila aku aku nak kerja jauh dari rumah Macam mana aku nak handle anak-anak bila diorang dah start sekolah. Bagi aku, once aku dah ada anak, semua perancangan untuk masa depan semua aku dah mula rancang dan cuba susun sebaik mungkin.
Lepas dah rancang laki bini, barulah langkah untuk capai apa yang kitorang plan tu diambil. Sebab tu, aku cakap dulu, pertukaran aku ni REZEKI! Mungkin Allah S.W.T nak mudahkan niat aku untuk keluarga dan anak-anak. Mulai tahun ni jugak, husband dah mula bizi menggila, OT setiap hari dan termasuk weekend sebab dah masuk unit baru. Memang semua aturan Allah cantik untuk kami sekeluarga. Andaikan kalau aku masih berulang jauh, dengan kerja husband yang tak menentu, anak-anak mungkin terabai, yang mana itu satu menda yang paling aku tak nak berlaku..
Bagi orang yang faham dan melalui keadaan yang sama dengan aku, mungkin akan baca dan faham isu aku ni dengan positif. tapi, bagi yang tak melalui dan dapat faham, mungkin akan jadi negatif menda ni.
Aku tak minta semua orang faham, cuma kat sini, aku cuma meluahkan apa yang aku rasa dan pengalaman aku sendiri. Untuk kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang nak jadikan input aku ni untuk motivasi bila korang teringin nak bertukar kerja, aku alu-alukan.
Cuma satu yang perlu kita ingat, BERSYUKUR itu perlu. Kadang, mungkin tempat yang kita bertukar tu, tak seindah dan sehebat sangkaan kita, Walaupun frust menonggeng tahap maksima, mungkin boleh dilihat dari sudut positif yang lain. Macam masa aku dapat posting dengan PDRM yang mana pada dasarnya, aku paling tak suka Polis, (tak tau kenapa) alih-alih aku ok je dengan diorang sampai jadik member kamceng pulak. Walaupon aku selalu memberontak betapa bosannya kerja di sana dulu, tapi dari sudut positifnya, aku sangat-sangat mendapat kelonggaran yang mana rasanya hanya staf di sana je memahami, hahahaha.
So, takde apa yang aku kesalkan. Pengalaman di PDRM banyak mengajar aku untuk berkomunikasi dan bergaul dengan LELAKI yang mana perkara ni pernah menjadi isu dan konflik dalam diri aku sendiri. Oitttt, jangan fikir lain ye. Isunya, aku terlalu MALU dan SEGAN MELAMPAU dengan kaum ADAM ni sampai nak angkat muka pon tak berani, hahaha. Padahal, masa tu dah couple dah. Apa masalah dengan aku pon tak tau masa tu. Tapi,semua tu jadi kenangan sebab sekarang ni aku dah takde masalah dengan diorang sebab pengalaman di sanalah.
So, mana-mana pon, tetap akan ada positif dan negatif. Pandai-pandailah menilai dengan akal logik yang matang. Jangan terlalu bertindak kebudak-budakkan. Kalau nak semua menda perfect, maybe sesuai kerja sendiri. Bukak bisnes, dan run sendiri. Kalau setakat kerja dengan gomen, bersyukurlah apa yang ada ye (^_^)

Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?