1st day berpuasa :)

Assalamualaikum.

Hai!!

Selamat berpuasa :)

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk berpuasa pada tahun ni. nak puasa penuh tu, pepaham jelah orang perempuan nikan. memang tak dapeklah, kecualilah dapat keistimewaankannn :)

Ok, macam biasa. Sahur pertama, hanyalah dengan mee goreng basah lebihan dinner semalamnya + milo panas untuk hubby dan aku pula milo panas dengan biskut. Untuk berbuka semalam pulak, biasa-biasa je. Aritu masak buat makan-makan sempena besday bebudak ni, ada beras lebihan yang kitorang buat nasi daging tu. Dah elok simpan dalam fridge, jadi sebelum basi, aku masakkan jelah semalam. Untuk naikkan rasa, aku tambah kiub ayam. Lauk pulak, buat ayam bakar je. Resepi kak ipar aku. Memang sodappp!!

Sebenarnya, menu semalam agak kelakar. Yelah, kombinasi lauk yang macam slack je aku rasa. Nasi tu, kira macam nasi berempah. lauk ayam bakar + sayur kacang panjang masak kicap. Tapi, oklah kan. Daripada takde.

Untuk pagi ni pulak, disebabkan nasi semalam berlebih banyak, makan jelah balik yang itu. Untuk hubby, aku tambah telur mata. Aku pulak makan je nasi dengan sambal hitam. Ops! Ayam bakar takde, hubby makan dengan lauk telur mata + sambal hitam. Air, masih lagi milo panas.

Kejap lagi nak singgah pasar tani. Nak tambah stok bawang, Dah abis semalam. tak perasan, hahaha.

Cadangnya nak beli petai. Nak buat sambal udang + petai. Sodapnya..Dah lama teringin nak makan, asyiklah mencarik masa yang sesuai sebab petaikan berbau. Karnag nak buang air kat opis pon segan, hehehe..

Bolehlah top-up kuih sikit. Untuk bebudak ni. Kesian pulak dekat diorang takde kudap-kudap. Safiyya tu kalau kat rumah acik dia bukan nak makan pon. Melainkanlah ada kami laki binik sekali kat situ, barulah dia nak makan.

Sebab tu kat rumah kena masak/sediakan makanan feveret dia. Anak aku yang sorang tu dah kemain kurus dah sekarang. Hilang dah ketembaman dia. Kurus tinggi jadinya. Yang maintain tembam buat masa ni, tak lain tak bukan, nia the one, hehehehe :)

Oklah, nak sambung buat kerja lain.

Wasalam :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga