Hujung tahun dan anak-anak syurgaku

Hai hai hai...Jumpa lagi. 3 bulan dah tak menulis, tak tau apa nak cerita. Macam biasalah, dah hujung-hujung tahun ni, cuaca sejuk, safiyya akan amik neb. Aritu 3 kali kot amik. Sekarang alhamdulillah, lega dah. Yerlah, bukan dia je yg amik neb, ramai kot aku jumpa bebudak kat sepital amik neb. Orang dewasa pon sama. Nia sekarang masih lagi batuk, tapi lite-lite jelah. Tak padan dengan kecik molek, asyik nak makan aiskrim + air sejuk je. Bila tak bagi, nangis, huahuahua. aku suka sangat menyakat dia sebab dia comel, kakakakaka.

Kijam mak dia. Lagi anak menangis, lagi aku menyakat. Pasrah jelah anak-anak punya mak begini. Okeh, untuk tahun depan, insyaAllah safiyya akan mula bersekolah tadika. Kalau takde apa aral, dia akan bersekolah di PASTI. Dah setel semua yuran + duit baju semua. Tinggal nak belikan bag dan alat tulis je. 1st time anak nak pergi sekolah, of courselah mak dia happy semacam, mengalahkan nak terima menantu, kakaka.

Gigilah aku gugel kedai mana yang sesuai cari peralatan sekolah. Ramai yang review Pusat Pakaian Hari-hari is the best dan reasonable harganya. Bila cerita dengan husband, husband minta cari yang berkualiti biar tahan lama. Baru ni, saja pusing-pusing Parkson, tengok beg Frozen, masyaAllah, harga tak masuk akal kot. Ada yang nak dekat RM200, phewwww...Gosok poket wehhhh.. Ada je aku tengok harga beg yang murah dalam RM 30 lebih, harap-harap naklah safiyya. Cumanya beg tu takde roda. Dia kalau boleh nak beg roda. Beg roda, rata-rata mahal kot harganya.

Nak try survey tempat lain pulak, Kot jumpa harga yang dalam RM50 consider oklah. Aku memang kedekut kot bab-bab ni, hahaha. Banyak lagi menda lain yang lebih penting yang nak pakai duit. Makan gaji ni, kenalah betul-betul plan duit. Kalau tak, ke lauttttt.

Ni dah hujung-hujung tahun ni lagilah kena bajet. Weekend ni nak pergi kenduri sepupu dekat perak. Next month, join SKT ofis husband dekat Melaka. Kereta pon dah nak kena servis ni. Oh ye, 1 lagi terlupa pulak, mulai tahun depan, nia kami masukkan kat taska ofis aku. Senang sikit nak berulang 1 jalan sebab kakakkan dah mula tadika. Leceh nak kena pusing-pusing nanti.

Harap sangat nia akan ok. Maybe dalam seminggu dua dia akan menangislah sebab dia tak kenal sesiapa kat sana. Hati aku kena kentallah sikit. Nak buat camnokan, hahahah..Sampai bila nak duduk rumah wan. Nanti nak masuk sekolah jugak. Kakak takde masalah berkawan. Dia mudah mesra dengan orang. Aku tak bimbang tinggalkan dia kat sekolah nanti. Yang nia ni aku runsing sikit, hehe. Ada can dia buat drama swasta pulak nanti, huahuahua..

Apa-apa pon, aku doakan yang terbaik untuk anak-anak aku. Jauhkan diri mereka, dari insan yang berniat buruk terhadap mereka. Jauhkanlah kecelakaan terhadap diri anak-anak syurga aku. Moga aku dan husband mampu mendidik mereka ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Itu je matlamat hidup aku sekarang. Dengan pelbagai dugaan dan cabaran dunia sekarang, takut memikirkan kehidupan anak-anak pada masa hadapan. Hanya dengan ilmu agama sahaja yang mampu membendung mereka dari mudah terikut dan lalai dengan perkara-perkara yang menakutkan. Lindungilah anak-anakku YA ALLAH  dari segala fitnah dunia ini, Hanya kepadaMu aku meminta, dan hanya kepadaMu aku berserah...


-Intan, Mama Safiyya & Nia -

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Bandar Akademia

Cocoa Collagen Power Plus berwajah baru!!