InsyaAllah Yang Ke3 Bakal Hadir 2017
Assalamualaikum.
Lama menyepikan. Tengok last post pun pada Jan 2016. MasyaAllah, memang lama sangat. Memang takde rasa nak menulis langsung. Membaca blog orang lain je kejanya. Blog sendiri diabaikan gitew, kahkahkah. Ok, straight to da point. InsyaAllah, 7 Feb 2017 due date untuk anak kami yang ke3 jika diizinkan Allah S.W.T.
Diam-diam berisi ye aku ni, haha. Tak jugak. Sebenarnya rezki kot. Allah nak bagi. Teringin dah lama, tapi memikirkan gelagat anak-anak aku yang dua orang tu, rasa macam tunggulah diorang besar sikit. Tapi itulah, kita manusia hanya mampu merancang, Allah juga yang menentukan segalanya. Walaupun kehamilan ini tidak diduga, tapi kami terima dengan berlapang dada. InsyaAllah, seboleh mungkin aku jaga dengan sebaik mungkin. Kali ketiga melalui fasa ini, bermacam rasa ada. Pengalaman setiap kali itu yang pasti adalah berbeza. Mabuk kali ni agak lama walqupon pada awalnya boleh dikatakan aku agak berlagaklah cakap dengan husband aku ok je, macam orang tak mengandung. Menginjak usia kandungan 6 minggu ++ rasanya, bermulalah simptom pelik-pelik. Masa tu dah lah bulan puasa. MasyaAllah, aku sampai rasa tak lalunya nak puasa. Bukan sebab lapar, tapi rasa dalam badan ni ha. Tak tau nak describe macam mana. Mual, tak selesa badan semua ada. Muka macam orang tak bermaya dah tentu, huahuahua..
Sekarang ni usia kandungan dah mencecah 18 minggu ++. Mabuk dah kurang sangat. Dalam skala 10, tinggal 2 je lagi. Tengok tu, tak habis betul-betul lagi, hahaha. Aku jenis mabuk pon, makan tetap makan. Takde istilah tak boleh makan. Sama ada makanan itu akan bertahan lama dalam perut atau tak itu je yang jadi persoalannya, kuang kuang kuang :)
Satu yang aku perasan, MALAS memang menjadi-jadi. Berapa lama dapur aku tak berasap. Kalau berasap pon sebab husband yang masak. Kalau aku, masak simple-simple je. Macam maggi, dan telur mata kerbau. Serius aku tak boleh nak lama-lama kat dapur. Bukan sebab bau sangat, tapi sebab aku tak suka duduk dapur. Pembawakan kali ni memang macam-macam aku rasa. Bersyukur jugak husband sangat memahami dan bertimbang rasa. Rumah kadang dah tak macam rumah. Aku sendiri tak sanggup tengok, tapi serius aku tak rasa aku nak buat. Aku lebih selesa terbaring melayan perasaan. Nak-nak pulak kali ni aku mengidap sakit belakang sama macam time pregnantkan safiyya. Lagiklah banyak masa aku berlingkar je, hahaha..
Tapi, dalam pada MALAS tu, nasib aku gagahkan jugak diri membasuh kain baju kami anak beranak. Kalau tak, tak taulah apa jadi dengan kain baju kitorang. Bukan kata laki den tak suka basuh baju, tapi dia sendiri pon terkjear-kejar nak uruskan anak-anak sementara bini tengah sibuk melayan perasaan :)
Oleh sebab kali ni 1st time melalui proses check up di Putrajaya, aku macam jakun sikitlah. Yelah, dulu kat Tanglin je. Disebabkan tempat berbeza, cara checkup pon berbeza. Disebabkan aku memang ada masalah HB yang tak cantik, dah setiap 2 minggu aku kena datang melawat kawasan. Redha jelah. Aku takde masalah sangat bab ni walaupon rasa agak bosan, tapi demi anak, ku turutkan jua. Cuma yang rasa tak best, biasalah. Keadaan di ofis. Aku takut menyusahkan orang. Nasiblah boleh kautim dengan PAP kat sini.
Selain menanti orang baru, tahun ni rasanya paling kerap anak-anak aku tak sihat. Dugaan katanya. Ni pon nia baru baik demam. Aku tawakal je hantar dia kat taska. Aku dah pesan dengan cikgu dia, in case dia tak sihat semula cepat-cepat roger aku. Demam dah kebah, tapi dia macam lemah lagi. Mata tu dahlah sepet, macam tak terangkat je aku tengok. Sebijik macam abah dia, kuikuikui. Aku sokmo cakap, "Nia besarkan sikit mata tu". Terus dia jegil, hahaha. Yang sorang ni boleh jadik mak lawak dalam family. Kakak macam biasalah. Sentap tak habis. Salah cakap sikit, sentap. Macam-macam kerenah diorang ni. Kadang aku layankan je. Kadang aku buat dunno, huahuahuhua...
Bila imbas-imbas balik, tak sangka anak-anak makin besar. Umur pon makin meningkat. Seiring dengan peningkatan usia ni, rasa makin matang jugaklah sikit. Dari segi perbuatan pon banyak dah fikir baik buruk walaupon kadang ada jugak yang terbabas. Nak jaga hati orang lain bukan senang. Bagi kita kadang takde apa-apa. Tapi bagi orang yang menerima kita taktau. Bersyukur dikurniakan husband, keluarga dan rakan yang banyak memberi contoh yang baik. FB tu, walaupon sebenarnya melalaikan, tapi aku suka ambil input dari perkara yg kawan-kawan share. Nak-nak perkara yang bermotivasi. Kadang, bagi setengah orang menda-menda tu takda faedah pon, tapi aku suka baca kisah benar yang mereka lalui sendiri untuk aku ambil dan jadikan iktibar dalam menempuh hidup sekarang.
Kadang, media sosial ni ada pelbagai peranan untuk kita. Terpulang macam mana kita nak ambil dan gunakannya.
Oklah, macam panjang pulak. Isu pon dah bercampur baur, hahaha.
Till see u again blog.
Wassalam :)
Ulasan
Catat Ulasan
Korang nak komen ape?