Catatan

Perut cramp memang tak selesa..

Assalamualaikum   2, 3 hari nie perut belah kanan rasa tak bestlah. Rasa macam cramp bila bangun nak berjalan. Kadang-kadang belah bawah, kadang-kadang belah tepi. Risau pon ada sebab time pregnantkan safiyya takde pulak pengalaman macam ni.   Malam semalam, minta tolong En.Aril rasakan perut aku nie. Diakan tau sikit-sikit pasal menda-menda camni. Bila dah dipegang-pegang katanya baby memang duduk parking diam-diam kat belah kanan perut aku. Belah kiri kosong je. Agaknya sebab tu kot aku rasa cramp perut belah kanan nie.   Ntahlah..Ke korang rasa sebab lain ye? Kalau ada pengalaman, mehlah kongsi sekali ye.   Hurm...Isnin depan aku ada checkup kat Tanglin. Kena jumpa doc lagi. Boringnyaaaaalah haiiiiiiiiii..........   Doc tak puas hati dengan result HB aku sebelum nie. Kali nie dia request aku buat FBC pulak. Dia nak tengok sekali lagi result yang akan keluar nanti. Harap-harap, cantiklah result senin nie. Malas haih nak kena beru...

Arini, ulang tahun kami yang ke3 (^_^)

Assalamualaikum....     Alhamdulillah, arini ( 26 Feb 2013 ) genap dah 3 tahun usia pernikahan aku dengan En.Aril. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..Sepanjang 3 tahun hidup bersama, macam-macam yang kitorang lalui. Susah senang bersama dari mula pernikahan sampai anak dah nak mssuk dua nie semuanya kami lalui dengan tenang. Seronok sangat dapat berkongsi hidup dengan orang yang kita sayangkan?? Walau susah macam mana pon hidup tue tak terasa satu beban pon bila kita sama-sama saling tolong menolong, ye dak?   Ingat lagi waktu mula-mula kawen dulu, barang-barang rumah yang ada pon boleh berkira dengan jari. Adalah 2,3 ketul yang betul-betul penting kitorang beli. Yang lain tue semuanya beli secara berdikit-dikit. Ada simpanan lebih kita topuplah barang-barang rumah, kalau takde, duduk je diam-diam kat situ. Guna je apa yang ada :)   Bila gaji makin naik, perancangan hal hidup pon makin stabil, barang kat rumah pon mak...

Sampai bila...

Assalamualaikum..   Lama tak sembangkan. Pregnant kali nie sangat kesian kat adik safiyya. Mamanya MALAS tahap kronik nak mengupdate perkembangan pregnancy minggu ke minggu. Apa nak jadi pon tak tau. Tahap KEMALASAN nie bukan je nak update belog. Semua menda aku MALAS. Sidai kain, lipat kain, kemas rumah, masak memasak tue semua dah takde hati nak buat. Kadang-kadang memang aku paksa je diri ni. Taknak  melampau-lampau ikutkan sangat MALAS nie. Bahaya untuk anak yang bakal lahir nantikan..   Bagi akulah, KEMALASAN tahap yang paling kronik sekarang nie nak drive pergi balik kerja. Adoilah.. Rasa macam nak upah driver sorang tolong hantar pergi balik kerja. Bangun pagi pon aku liat semacam. Elok kunci jam pukul 5 pagi, aku rileks je, buat-buat matikan alarm tue. Pukul 6.15 jap lagi baru aku lintang pukang bersiap. Itupon lepas dipujuk-pujuk badan nie untuk bangun, hahaha..   Entah simptom apa aku pon tak tau. Once bila dah bersiap, elok je pergi kerja...

Mood rajin datang nie............

Imej
Assalamualaikum..   Lama tak menulis, mehlah kiter sembang-sembang kosong petang nielah yer. Alhamdulillah, tuan punya belog berada dalam keadaan cihat-cihat je di samping keluarga tercinta. Suami dengan anak pon membesar dengan sihat dan gagah ye kawan.kawan.   Perkembangan terkini tuan punya belog sekarang, sedang mengalami fasa mabuk yang harapnya berakhirlah secepat mungkin. Alhamdulillah, minggu nie kandungan dah nak masuk 12 minggu yakni 3 bulan. Minggu depan dah nak masuk trimester kedua, harapnya pengalaman bleeding time mengandungkan safiyya dulu tidak berulang..Doakan yeh!   Pregnant kali nie sangat-sangat berbeza berbanding time safiyya dulu..Dulu, aku mana ada alah sangat. Biasa-biasa je semua.  Kali nie, hamek kau. Teruk sangat tue, idoklah. Tapi sebab sebelum nie aku rileks-rileks je, kali ni rasakanlah. Lain anak, lain ragam alahannya. Betul tak?   Meh aku listkan sikit apa yang aku rasa pregnant kali nie:-   1.Kalau dulu...

Daa 2012..Selamat datang 2013 :)

Alhamdulillah, dah nak masuk tahun baru pon esok. Tahun 2012 ada cerita yang tersendiri, macam tue jugak tahun 2013 nantikan?? Aku cuma berharap agar kehidupan kami sekeluarga sentiasa bahagia dan dirahmati Allah S.W.T. Sentiasa berada dalam perlindunganNya, dan sentiasa diberi kesihatan yang terbaik olehNya, aminnnnn.... Arini jugak, BFF aku tengah bertarung nyawa menahan kontraksi untuk melahirkan bayi sulungnya. Harap-harap, baby acik Intan tunggulah sampai pukul 12 tenagh malam nanti ye. Janganlah keluar arini..Kesian baby..Dah ujung tahun sangat dah nie sayang..Tak sabar nak jumpa Zie dan Abe Junior. Harapnya dipermudahkan ALLAH S.W.T untuk zie lahirkan bayinya. Penghujung tahun nie jugak dapat rezki yang tak diduga. Alhamdulillah, syukur dengan rezki yang ALLAH S.W.T bagi. BFF-BFF aku pon ramai yang dapat berita gumbira. Happy sangat dengan diorang. Harap-harap diorang sihat-sihat dan jaga kesihatan sentiasa eh. Nanti senang kita jumpa, borak-borak lagi,hihihi.. Sorang la...

Palingggggggg....

Tak suka ganti orang tau. Boringgggg.... Mood mmg dah swing selama arini, kena pulak mengganti orang lagi aku swing. Takde nak senyym-senyum dah der.. Muka masam mencuka lagi ader. Geram bukan sbb ape, macam naik lemak pulak dah. Dah pernah kita ganti sekali tempat dia mulalah asyik nak suruh kita ganti je. Bulan 1 nanti nak suruh aku lagi... Haiiii....Banyak betul songehnya. Memang takdelah derrr..Aku dah cakap banyak kali bulan 1 tu aku nak cuti sibuk nak letak nama aku jugak. Tak kesahlah labu. Aku dah cakap yang aku memang nak cuti time tu pepandailah cari orang lain nanti ye. Memang bukan masalah besar pon mengganti orang nie, tapi time2 mood cenggini angin taufan memang melanda je. Istigfar banyak kali untuk bersihkan hati pon tak jalan jugak bila kat muka sendiri dah jelas muka tak ikhlas.. Published with Blogger-droid v2.0.9

Beza pengasuh dan taska...

Assalamualaikum.. Arini aku jadik surirumah sepenuh masa gara2 pengasuh safiyya cuti sampai senin depan..Fuhhhh....Lap peluh jap....Aku tengah menungggu tuan putri kecik berendam dalam bath tub jap... Cadangnya sepanjang pengasuh safiyya cuti nie aku nak anta dia dekat pengasuh lama. Call dari semalam tak dapat.Terpaksalah aku EL arini.. Esok..Aku angkut je safiyya datang opis. Esokkan kejap je keje. Takpelah..Harap2 dia gud2 je kat opis sok. Boringnya kalau anta anak kat pengasuh, macam nilah..Bila dia nak cuti..Terpaksalah kita cuti sekali..Kalau anta taska takdenya cuti-cuti. Bukak sokmo..Tapi...kurengnya pulak taska nie bebudak ramai bebenor..Kalau safiyya dah umur 4 tahun oklah kot nak anta taska. Nie kecik cenonet cenggitu tak yakin aku. Biasalah..Dalam hidup sentiasa kena buat pilihankkn. Manalah boleh dapat semua yang kita nak. Kurang sikit2 tu pejam mata jelah ye ;) Oklah..Tuan putri dah panggil. Daaaa Published with Blogger-droid v2.0.9