Hannah Safiyya dah setahun harini!!!

Alhamdulillah, arini genap setahun umur safiyya..Sekejap jer masa berlalu..Rasanya macam baru jer lahirkan dia setahun yang lepas..Macam-macam perkara dilalui..
Baik yang manis mahupun tidak(ahahaha)..

Membesarkan dia, memang menyeronokkan..
Satu pengalaman baru yang sukar diungkap dengan kata-kata..Bila ingat balik dulu betapa aku kosong dalam ilmu menjaga baby..Tapi, sekarang alhamdulillah..Semua aku boleh buat..

Kalau dulu, bila safiyya nangis kuat-kuat, automatik aku berdebar sebab tak tau nak buat apa..Tapi sekarang semua pandai dah...

Kalau dulu, aku penggeli nak basuh  "baja" baby..Sekarang menda tue dah jadi rutin..Takde masalah langsung untuk aku uruskan...

Kalau dulu, pernah aku suarakan kat mak ngan husband betapa aku takut nak menjaga safiyya sorang-sorang tanpa ditemani mak/husband di sisi (waktu baru abis pantang)..Sekarang..Ok jer..Setakat nak handle budak comel tue, mak rileks jer nyahhhh!!!!!!!!

Macam-macam lagilah menda yang berubah lepas menjadi mama nie..Kalau nak disenaraikan, memang panjang berjela jawabnya..Aku tulis yang mana aku ingat jerlah yer *___*

Update Hannah Safiyya terkini!!

Pagi tak pergi check-up Kat KK Tanglin, alhamdulillah, semuanya normal..Berat dah jadi 8.6 kg (homaihhh..patutlah mama lenguh dukung awak lama-lama safiyya)..Tinggi pon dah jadi 73 cm..Waktu cucuk tadi pon biasalah..Dia nangis bukan sebab apa pun..Tapi sebab taknak orang pegang kepit-kepit dia..Beria menjerit..Nasib ubat lepas masuk..Kalau tak, risau je jarum patah (mintak jauh)...Elok je nurse tue tarik keluarkan jarum, aku pon lepaskan pegangan, diam terus ..Kelakalah awak nie safiyya T__________T

InsyaAllah, majlis kesyukuran yang dirancang akan berjalan seperti yang dirancangkan..Kepada yang sudah dan bakal dijemput, harap dapat menghadirkan diri yer..

Untuk anak comel mama HANNAH SAFIYYA BT MOHD KHAIRIL AMIL:-

Mama doakan moga kamu membesar dengan sihat sentiasa..Menjadi anak solehah kepada mama dan abah..Menjadi insan yang baik budi pekerti..Yang paling utama, SENTIASA TAAT DAN PATUH DENGAN PERINTAH ALLAH S.W.T..Tiada perkara lain yang menggembirakan hati mama dan abah melainkan melihat SENYUMAN kamu Safiyya..Jaga kelakuan, jaga maruah diri, jaga nama baik keluarga kerna kamu PERMATA HATI yang amat bernilai buat mama dan abah..

Sayang anak mama sangat-sangat!!! Mmmmmmmmmmmuuuuuuuuuuahhhhhhhhhhhhh.......

Ulasan

  1. Hepy bedy buat safiyya comey...

    Jgn nakal2 ya, senyum sokmo ok.

    BalasPadam
  2. happy birthday hannah safiyya! semoga menjadi anak yang solehah buat mama dan abah ye. jumpa kakak sabtu nanti. :')

    BalasPadam
  3. Selamat ulang tahun yaya embam embam makngah nie...,semoga menjadi anak yang soleh di sisi mama dan abah dia yerrr...kita jumpa sabtu nihh insya'allah...

    BalasPadam
  4. sorry hannah safiyya. kakak tak dapat pergi sebab hubby kerja hari ahad tu. last minit. -.-' nanti free kakak bagi hadiah ye. :')

    BalasPadam

Catat Ulasan

Korang nak komen ape?

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017