Mood rajin datang nie............
Assalamualaikum..
Lama tak menulis, mehlah kiter sembang-sembang kosong petang nielah yer. Alhamdulillah, tuan punya belog berada dalam keadaan cihat-cihat je di samping keluarga tercinta. Suami dengan anak pon membesar dengan sihat dan gagah ye kawan.kawan.
Perkembangan terkini tuan punya belog sekarang, sedang mengalami fasa mabuk yang harapnya berakhirlah secepat mungkin. Alhamdulillah, minggu nie kandungan dah nak masuk 12 minggu yakni 3 bulan. Minggu depan dah nak masuk trimester kedua, harapnya pengalaman bleeding time mengandungkan safiyya dulu tidak berulang..Doakan yeh!
Pregnant kali nie sangat-sangat berbeza berbanding time safiyya dulu..Dulu, aku mana ada alah sangat. Biasa-biasa je semua. Kali nie, hamek kau. Teruk sangat tue, idoklah. Tapi sebab sebelum nie aku rileks-rileks je, kali ni rasakanlah. Lain anak, lain ragam alahannya. Betul tak?
Meh aku listkan sikit apa yang aku rasa pregnant kali nie:-
1.Kalau dulu, aku takde sakit-sakit kepala time awal-awal pegnen.Kali nie, masyaAllah, maha hebat sakit kepalanya..Ada dekat seminggu lebih mungkin. Nak pergi kerja pon rasa weng je kepala otak nie. Dahlah drive sensorang KL-Putrajaya hari-hari. Kecik besar, kecik besar aku tengok jalan tu tiap kali drive. Masa nie, tak tau lagi aku pregnant. Simptom awal bak kata orang :)
2.Kalau dulu, akulah pompuan pegnen yang gagah perkasa di trimester pertama, siap boleh buat kerja rumah macam biasa dan lincah macam atlit. Mengangkut air dari baldi curah ke lantai yard jangan nak katalah..hari-hari kot. Rileks jer..Tapi, kali nie aku jadik pompuan yang lemah lembik segala macam. Sebelum aku buat upt, aku perasan, diri aku asal balik kerja je, lepas maghrib konfirm 'pengsan' punya. Laki kejut pon buat tak tau je. Safiyya lagiklah tak berlayan. Kesian betul laki dengan anakku. Terbiar macam tue jer..Bukan sengaja tau, tapi letihnya badan nie macam membajak sawah dari pagi, fuhhhhhhhhhh...
3.Kalau dulu, hidung aku stok tak boleh bau tumisan bawang je. Sekarang nie, ape pon tak boleh. Adalah sikit-sikit yang boleh diterima di hidung, yang lain semua stok busuk tahap maksima. Tapi, bila lauk tu dah terhidang, aku rileks jer boleh makan. Mengada sangatkan hidung nie. Aku sendiri pon tahap deria citarasa aku sekarang nie.
4.Kalau dulu, setakat bau bawang je yang aku tak boleh terimakan. Sekarang nie, udara kat dalam rumah aku sendiri pon aku boleh cakap busuk. Bukan setakat kat rumah, ekon kat opis pon aku cakap busuk. Gigihlah tutup hidung dengan bantal bila dekat opis nie ha. Tak pon kejap-kejap aku sembur perfume kiri kanan aku. Nyamannnnnnnnnn sikit rasa. Kat rumah pon sama. Perfume rumah aku tue ada can sebulan 2 botol kena beli kalau dah kerja aku nak menyembur je kerjanya, hahaha. Bukan kupinta jadi begini ye kawan-kawan. Fahamilah ibu mengandung. Perangai diorangkan memang pelik sikit dari orang, hahahaha...
Sebenarnya, letih jugak bila hidung nie terlalu sensitif dengan bau. Dah kalau semua tempat aku akta busuk, takkan aku nak sembur setiap satu tapak aku melangkahkan. Letih mak hencek. Nak tak nak, kita sembur setakat yang termampu jelah yer. Yang tak mampu tu, aku tahan nafas jelah laju-laju. Kalau tak tahan karang, ada can segala isi dalam perut nie terkeluar. Nak buat camnerkan. Nielah asam garam pompuan mengandung, Redha jerlah :)
5.Kalau dulu, perasaan mual-mual hanya jadi setiap kali aku berus gigi je. Kali nie, tak yah tunggu aku berus gigi pon memang sekata dok mualnya. Angin terlampau banyak kot dalam badan nie. Dahlah angin tu suka lekat kat ulu hati, serba serbi rasa tak kena. Untuk aku hilangkan mual tue memang dengan satu cara je. Silalah wek-wek dengan bersungguh yer kalau nak rasa selesa semula, hihi..Walaupon sakit, sekali lagi, redha jerlah..
Bila semua simptom nie jadi kat aku, automatik mood memang ke laut memanjang. Kalau dulu, mungkinlah ofismate pelik. Sekarang tak lagi kot sebab secara rasmi diorang dah tau pon aku pregnant. Aku memang tak suka nak heboh awal-awal kalau pregnant. Bukan apa, takut..... Awal-awal nie, macam-macam boleh jadikan. Bila dah confirm, perut makin nampak, barulah aku sedia untuk bagitau kawan-kawan. Tapi, mak aku mestilah orang yang kedua tau lepas suami sendirikan. Mak, aku takkan ketepikan walau apa pun. Korang pon samakan??

Tahniah intan! Alhamdulillah rezeki. Dah potong aku ni.hahahaha...aku dulu 4bulan mabuk teruk. muntah dari pagi smp malam setiap ari. ngam2 4bulan br stop... kire ko ni ok sikit la..tahniah again k.
BalasPadamtenkiu ekin..takpe, pasni, ko proceedlah pulak :)
BalasPadam