1st time makan di Restoran Berputar Menara KL + Progres rumah baru

Assalamualaikum
 
9 Mei lepas ofis aku ada buat jamuan bagi meraikan para kakitangan yang terlibat secara langsung @ tidak dalam penugasan sempena Pilihan Raya aritu. Jamuan kali ni buat kat Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur. Sebenarnya, ni kali kedua aku datang Menara KL. Dulu 1st time datang masa menara ni baru buka. Itupon ikut rombongan KRT kat rumah mak. Masa tu, aku masih budak hingusan lagi, rasanya dalam darjah 3 gitew! Selepas 17 tahun berlalu, baru kali ni aku merasa datang sini semula. Sangattttt lama yeh!!!
 
Waktu dapat tau nak buat jamuan dekat sini, eksited giler kot aku. Nak merasa jugak macam mana perasaan bila makan kat tempat tinggi sambil berputarkan?? Lagipon, percumaaaaaaaaaaaaaa!! Makcik sukaaaaaa :P
 
So far, makanan semua sedap. Takde yang aku tak puas hati pon. Sesuai dengan hargalah kot! Paling best ikan bakar diorang. Yummieh!! Berebut-rebut kitorang. Asal chef topup je, menderulah kitorang ke sana. Tapi, aku amik sekali je, sebab banyakkkkk lagi makanan yang nak kena cuba. Saiz perut pon sekarangkan dah limit. Mana boleh masuk bebanyak, jadi kenalah pandai-pandai bajet untuk menikmati makanan sedap!
 
Layan jelah gambar yang ada sekeping dua ni ye. Enjoy!!!
 
 
Aku pergi sana tumpang pegawai ofis ni. Kemain awal kitorang gerak dari ofis. Pukul 10.30 dari ofis, dalam pukul 11 dah sampai. Pegawai aku takut jalan jem + susah nak cari parking, tu yang kitorang jadi orang yang pertama sampai. Sampai-sampai je sini, kitorang lepak-lepak depan kaunter je, tunggu semua orang sampai sebab nak amik tiket masuk.

 
Dah kata jadi orang yang terawalkan, mohlah bergambar sekeping dua kat sini. Ohemjiiii!! Gerunnya dengan badan sendiri..Ni aku bergambar dari depan. Ada sekeping lagi gambar aku dengan kawan aku sambil duduk. MasyaAllah, dah macam ikan buntal je kot rasanya. Tak sanggup-tak sanggup :(
 

Nah!! Nampak tak, nampak tak??? Sengaja aku crop sikit gambar tu supaya tak nampak gambar penuh, hahaha. Agak kejilah disitu, tapi takpelah. Janji aku tak nampak sadis sangat dalam gambar yang dah diedit ni (^_^)  Latar belakang tu, susun atur meja makan kat sana. Dah kata tempat mahal, haruslah hiasan meja makan pon nampak macam meletop.
 
Mula-mula makan best je rasa. Bila dah lama-lama kat atas tu, semua pening. Adalah dekat 2 jam kot kitorang kat citu. Disebabkan perut aku pon tak berapa nak best, tambah pulak kepala dah pening, jomlah balik ofis semula. Dalam hati teringin nak turun kat tempat meninjau tu, tapi nak buat macam mana. Badan dah tak selesakan. Lain kali jelah kot. Bawak anak-anak je datang sini. Itupon kalau aku ngan en.aril rajinlah (^_^)
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Hari sabtu lepas pulak, aku ngan en.aril pergi melawat rumah kitorang kat Senawang sana. Safiyya kitorang tinggalkan dengan pengasuh, sebab takut payah karang orang nak buat kerja. Lagipon, karang kalau dia nak tido susah. Rumah masih tak berkemaskan. Kitorang pergi sana pon sebab grill dah siap, jadi nak tengoklah hasilnya+bayar baki duit diorang aritu. So far, aku tengok kemas je kerjanya. Harap-harap takdelah masalah di kemudian hari. Aritu jugak kitorang panggil orang tolong pasang kipas+lampu kat rumah. Alhamdulillah, semua dah setel. Tinggal nak cuci je. Nantilah, kalau dah siap cuci, insyaAllah, aku tempeklah gambar rumah yang semegah sikit ye. Gambar yang sekarang ni buat korang cuci mata je :)


Mula-mula kitorang plan nak buat design grill yang simple je. Yang ala-ala moden sekarang ni. Tapi, aritu aku terbaca kat blog, ada orang nasihatkan kalau boleh buatlah design yang agak-agak payah sikit untuk orang nak menyelinap masuk. Nah!! Nilah design yang kitorang berkenan. Kebetulan waktu tengok katalog, en.aril terus cakap yang ni cantik, aku pon setuju terus sebab dia tu payah sikit nak bagi pendapat bila aku tanya. Sokmo semuanya serah kat aku. Dah alang-alang dia puji design ni, kita rembat je terus. Tapi, kerawang-kerawang bunga ni dok kat grill sliding door dengan tingkap master bedroom je. Yang lain-lain semua yang biasa je :)


Haaa..Nampak tak??? Grill pintu belakang+tingkap bilik+dapur+bilik air, semua yang garisan melintang je. Harap-harap dah kira selamatlah ni ye. Design macam ni pon dah makan RM2.9K. Katanya grill bahagian depan tu ada saduran wrought iron. Sebab tu mahal sikit. Kitorang malas nak pening-pening kepala memikir, sebab kebanyakan aku tanya orang area situ, harga grill memang RM2K ke atas. Kitorang pulak mana ada sedara mara yang duk kat N.Sembilankan. Jadi tak tau nak rujuk dengan siapa dah. Hantam sajalah labu. Janji dah setel pasal rumah. Lepas ni, kita pikir sama ada nak buat sewa @ homestay je. Tiap kali datang sini, rasa alahai sayangnyalah nak bagi orang sewa. Kan bagus kalau rumah aku ni area Bangi ke, Dengkil ke, memang sah-sah kitorang terus tinggal situ. Tapi, nak buat macam manakan. Rumah ni jauh sangat dari tempat kerja. Tak sanggup aku nak berulang. 
 
Kalau kitorang buat sewa rumah ni, untung gila kot orang yang menyewa sebab setiap bilik kitorang dah pasangkan kipas. Rail untuk pasang langsir pon kitorang dah sediakan. Tinggal orang tu kena jaga rumah ni baik-baik je. Tapi, keputusan masih belum ada.
 
Dilemaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangattttttttttttttttttttttttttttt :(

Ulasan

  1. sayang nya k.intan, klu yan ada rumah sediri mesti nak jaga n deco2 sndri, pe2 pun tahniah sb dah ada rumah sndri =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah yan. mmg sayang sangat. tapi jauh sangatlah yan nak berulang. kalau dapat tukar area yang berdekatan mungkinlah boleh duduk :)
      terima kasih yan, insyaAllah, lepas ni mesti ada rezki yan pulak nak ada rumah sendiri, akak doakan ye :)

      Padam

Catat Ulasan

Korang nak komen ape?

Catatan popular daripada blog ini

Salam 2022. Suka duka kami sekeluarga

Farewell dengan Geng Comey Molek!

Kelahiran Muhammad Fateh Iman 28 Jan 2017