Setelah berbulan-bulan........
Assalamualaikum
Maaflah, gambar nie gambar percutian time awal-awal tahun dulu. Gambar yang kat Morib ni aku bercuti dengan family aku awal Januari aritu. Masa nie, tengah mabuk kuat. Feeling nak update belog pon takdekan masa tu. Trip nie dah plan dengan abang aku sebelum aku pregnant lagi. Hanya dapat direalisasikan lepas dia ngan kak ipar aku dapat cuti. Maklumlah, orang kerja hospital ni cuti tak sama dengan kita yang kerja ofis hourkan. Layankan jelah gambar-gambar yang aku dah combinekan. Lebihnya untuk aku jadikan kenang-kenangan nanti. Senang, belek je blog sendiri, dapatlah tengok gambar lama-lamakan :)
Anak dara kesayangan ketipang ketipong.
Kak iparku dengan syasya + bonda kesayangan dengan budak debab!
Artis sangat gambar yang belah kiri tew!! Oh lupa nak bagitau, nenek aku pon join sekali trip ni. Kebetulan, mak aku balik Perak, mak aku anggkut sekali opah aku sebab lepas tu, nak bawak opah aku ke Bentong pulak :)
Pantai morib yang airnya tak sejernih pantai di terengganu. Safiyya dok lepak dengan buah hati dia sementara nak tunggu masa mandi kat kolam. Tiap kali balik kampung, dengan tok ayahlah yang dia berkepit.
Anak daraku yang terlampau sukakan air. Sampai taknak naik kot!
Awal Februari pulak, ofis En.Aril ada buat sesi perbincangan kerjaya + family day diorang kat Lexis Water Chalet Port Dickson (3 hari 2 malam). Semua staf boleh bawak family. Haruslah aku join sekalikan. Walaupon sebenarnya masa aku hanya terbuang dalam bilik je, takpe. Aku rela. Hotel mahalkan. Nak bayar sendiri tak mampu rasanya. Dah ofis belanja, jomlah cuci mata, cuci kaki je kat sini :)
Cantik dan mewahkan hiasan dalaman diorang. Terkagum-kagum kejap aku.
Safiyya masa ni baru baik demam. Nasiblah dia bergumbira je kat sini. Tengok jelah gambar dia panjat katil tu. Lasak sangat anak dara akukan :)
Masa en.aril pergi kelas, kitorang anak beranak dok layan tivi je. Safiyya dah bosan duk lama-lama dalam bilik. Nak ngajak mamanya berjalan tak pandai nak cakap lagi kot. Berlari lari jelah kerjanya dalam bilik. Kejap-kejap selongkar barang itu, kejap-kejap selongkar barang ini. Stress mak hencik! Nak suruh aku bawak dia ronda-ronda keliling hotel tu memang tak dapeklah. Angin mabuk masih menguasai diri. Jadi, aku ajak dia lepak kat balkoni jelah. Sambil-sambil tu, kita bergambar berdua. Tu yang dia happy tu, hahaha..
Abis je kelas, en.aril ajak pergi padang sebab ada game.Yeay!!Akhirnya, ada aktiviti untuk safiyya. Diorang ada main macam-macam game. Untuk hilangkan stress gamaknya. Seronok je aku tengok. Aku tak join pon, sebab tak larat rasanya. Biarlah aku duduk tepi tolong tangkapkan gambar je,hehe.
Pagi esoknya, lepas breakfast, bawak safiyya mandi kolam. Gumbira tak terkata dia. Tapi, kolam kat sini tak best sangat. Ruang terhad sangat untuk budak-budak. Tak lama pon aku bagi dia mandi. Dalam setengah jam je. Lepas tu sambung berendam dalam jakuzi jelah. Senang duk dalam bilik. Sambil tu boleh aku kemas-kemas barang. Kejap lagi nak cek out dahkan :)
Dah siap berkemas, mehlah kita jalan seround area hotel ni. Bergambar sekeping dua buat kenangan. Aksi-aksi safiyya bila dapat berjalan bebas. Comel sangatttt!!
Gambar anak beranak wajib ada ditempek di sini. Nanti boleh review berulang-ulang kalikan.
Last but not least, mama dan abah bersama anak dara ketipang ketipong, alhamdulillah.
Akhirnya, tertunai jugak hasrat nak upload gambar-gambar percutian yang pending. Biar lambat, asalkan berupload. Rasanya, gambar kitorang bercuti kat langkawi (tahun lepas) je yang aku tak upload kot. Alamak, yang ke Melaka pon ada jugak. Yang itu, biarlah. Malas dah nak kelebet-kelebet folder, kalau tetiba mood rajin ada, adalah ye :)















Bestnya pegi laut.....=)
BalasPadamseronok sgt, sebab rasa luas je pemandangankan :)
Padamhotel sini mmg best kan, yan dh pergi hri tu dgn kawan2, excted naik buggy car tu la..heheh..
BalasPadamaah yan..rasa macam org ada-ada je sbb dpt naik buggy, hihihi :)
Padam