Gulai lemak labu idaman hati dinda
Assalamualaikum
Dah lama tak tepek gambar laukkan. Sedapnya bila tengok balik. Tak sangka diri sendiri mampu masak macam ni sebab dulu masa kecik-kecik tiap kali mak ajak tolong masak, mesti aku ngelat. Ade je alasan yang aku bagi. Selalunya guna alasan nak abiskan citer kartun/dram kat tivilah, kikiki. Naik bosan mak aku dengar alasan yang sama. Last-last, mesti mak aku masak sorang-sorang je kat dapur. Bertuah punya anakkan!! Sebab dah bosan, mak cuma amanatkan untuk aku tolong bersihkan/kemaskan dapur lepas masak+makan karang je. Pinggan mangkuk, kuali, periuk belanga tu semua aku kena sental kasi bersih.Tak bersih, siap!!
Bila dah nak kawen, mula menggelabah. Rasa takut tak tau nak masak apa untuk laki sendiri. Akukan suka makan. Masalahnya, aku suka masak menda yang aku suka je. Itulah masalahnya. Nasiblah bila dah kawen, perlahan-lahan datang aura nak belajar masakan-masakan lain. Yelah, bimbang jugak en.aril bosankan! Sekarang ni nak kata dah handal tu, taklah. Tapi, setakat nak makan 3 beranak ni, lepas je (^_^)
Selasa lepas aku EL (pengasuhnya demam), bawak safiyya pergi Mydin beli lauk nak masak untuk lunch. Ternampak pulak labu kat bakul. Terus terbayang gulai lemak labu+lepat labu sebab aritu mak ada tinggalkan kelapa parut masa datang rumah minggu lepas.
Petang rabu tue, terus aku gulaikan suku labu ni. Lawankan pulak dengan ikan kembong sambal, meleleh wa cakap lu!!. Lebihan labu yang ada aku rebus untuk dibuat lepat. Sebelum maghrib aku dah selesai mengadap nasi sepinggan. En.aril tak mau makan nasi sebab lunch tadi dia dah makan nasi. Jadinya, aku layan perasaan sorang-sorang jelah. Sekali safiyya mintak nak rasa. Aku suapkan jelah, Pastu, terus dia bersila depan aku mintak nak nasi lagi. Sedap kot. Yelah, labukan manis. Bila dah digulai, manisnya turunlah ke kuah. Bila digaul-gaul dengan nasi memang sedap sangatlah rasanyakan!!!! Nampaknya gulai lemak labu ni dah jadi fevered dia pulak. Aku siap pergi dapur tambah nasi nak suapkan dia. Eksited kot maknya, sebab dia kalau makan nasi adalah dalam 3,4 suap je, pastu dah taknak dah. Tapi, kali ni, aku puas hati sangat sebab tengok dia makan banyakkkk sangat. Syabas mere beteh!! Nanti mama masak gulai lemak labu lagi ye!!
Semalam pulak aku saja cuba untuk berpuasa sunat Syaaban. Yelah, Ramadhan dah makin hampirkan. Sepanjang aku pregnant, tak pernah pon aku try puasa. Kali ni, kena WAJIB try sebab due aku dah nak hujung-hujung puasa. Kalau terbersalin awal sebelum puasa takpelah. Tapi, buatnya aku tak bersalin lagi time bulan puasa, tak ke terkejut perut dan baby dalam perut kalau tiba-tiba aku puasa nanti. Disebabkan takut baby lapar di siang hari, aku bersahur giler-gilerlah semalam. Aku makan nasi, minum milo, roti pon aku makan, tak lupa buah kurma dan air masak. Sambil makan, aku usap perut cakap dengan baby "mama dah makan banyak-banyak, harapnya anak mama mampu bertahan sehingga waktu berbuka ye sayang". Alhamdulillah, anakku mendengar kata. Mungkin bekalan makanan yang aku makan masa bersahur tu cukup untuk menampung keperluan dia seharian. Selamatlah aku berbuka puasa semalam dengan tenang tanpa perut yang terlampau lapar.
Walaupon perut dah memboyot ke depan, perasaan nak memasak untuk keluarga masih menebal. Walaupon badan letih, aku enjoy dapat masakkan gulai lemak ayam + sup sayur + ayam goreng untuk en.aril dan safiyya tersayang. Aku rasa, itulah kepuasan berganda bagi seorang isteri dan ibu bila tengok orang tersayang makan dengan selera, betul tak?
Tak sabar menanti Ramadhan. Suasana yang best rasanya! Salah satunya aku dapat tengok/dengar jiran kiri kanan, atas bawah rumah aku berkelentung-kelentang memasak untuk bersahur dan berbuka. Kedai runcit kat bawah rumah pon jadi meriah sebab orang beratur panjang nak beli bahan mentah yang terputus bekalan (^_^)
Yang paling best tentu-tentulah tengok orang berterawikh. Surau yang hari biasanya hanya dihadiri orang tertentu, tapi bila bulan puasa, Alhamdulillah, surau jadi penuh. Buat masa ni, aku belum berkesempatan untuk berjemaah di surau time puasa. Anak-anak masih kecikkan. En.Aril jelah yang wakilkan aku. Ada masa, en.aril ubah selera berterawikh di Masjid Sultan Mizan pulak. Saja nak merasa solat dengan imam yang berbeza.
Korang dah bersedia nak sambut Ramadhan???



raya ni jadi ejen cookies mak aj tak?
BalasPadamjadi, berminat nak order ker?
BalasPadamNak order. 3 bekas.
BalasPadamIntan, ingatkan sy lg? Thn lepas sy order juga. Yg awak antar ke rumah presint 11.
BalasPadam