Almond london setiap tahun!
Assalamualaikum
Aku tak tau kenapa, tahun ni memang mood memasak aku masa bulan puasa membuak-buak. Kalau setakat masak lauk pauk tu, takdelah aku heran sangatkan. Ni mood rajin nak cuba buat kuih muih boleh pulak meresap dalam jiwa aku tahun ni. Aku perasan, bila hujung minggu je, mesti dari pagi aku dah terfikir-fikir nak buat kuih apa ye masa berbuka nanti. Kalau hari kerja, memang tak sempatlah nak berkuih bagai. Tapi, selera aku tetap teringin nak berbuka dengan kuih lepas makan kurma. Tak taulah kot-kot pembawakan time mengandung nie pulakkan, sebab tahun-tahun sebelum ni, tidaklah aku kesah ada menu kuih ke tidak masa berbuka. Tahun ni lain macam pulak peelnya.
Macam arini je, aku dah siap beli frozen crab stick dari akak kat putrajaya tu. Aku mintak dia hantarkan kat ofis en.aril tadi dan dah selamat sampai pon kat tangan en.aril. Balik ni bolehlah goreng untuk berbuka karang.
Kalau korang nak tau, favourite biskut raya aku dari dulu memang almond london. Aku pon lupa sejak umur aku berapa tahun aku suka kuih ni. Dulu-dulu memang pernahlah mak belikan untuk makan masa raya, lepastu aku rasa macam tak cukup je sebalang tu. Dahlah harganya mahalkan, dapat pulak 50 biji je, secoet sangat aku rasa. Mula dari tu, aku buat sendiri biskut tu. Macam-macam resepi yang mak aku bagi kat aku untuk aku cuba (mak aku tanya kawan-kawan dia) buat almond london tu. Ada je yang kureng rasanya, sampailah ada satu resepi ni, aku tak ingat dari siapa, memang kena dengan selera aku. Boleh dikatakan setiap tahun aku akan buat biskut ni. Kalau orang lain kata tak sedap, aku tak kesah pon,. Janji dengan aku sedap je rasa biskut ni, hahaha.
Kalau dulu-dulu sebelum ada duit sendiri, memang maklah yang tolong belikan barang-barnag nak buat biskut ni. Bila aku dah mula belajar, ada duit PTPTN, simpan sikitlah untuk beli barang-barangnya. Proses tu berlanjutan sampailah sekarang. Tahun ni memang aku tak bajet pon nak buat biskut ni sebab mengenangkan aku dah terlalu saratkan. Malaslah nak susahkan en.aril mintak dia tolong gentelkan biskut ni. Macam aku cakap, memang persiapan raya aku tak buat langsungkan. Termasuklah biskut-biskut ni.
Minggu lepas, tetiba pulak en.aril tanya tak nak buat biskut almond london ke tahun ni? Aku terus teranglah yang aku tak larat nak buat tu semua. Terus dia offer diri, biar dia setelkan semua, dia cuma mintak aku sediakan bahan je. Wahhh!! Bagai pucuk dicita ulam mendatang rasanya. Angguk laju-laju kepala aku. Jadinya sabtu lepas, memboronglah bahan-bahan nak buat biskut ni. Dah dekat asar baru mula projek, menjawablah sampai tengah malam baru siap biskut almond london kitorang.
Aku memang tolong sediakan bahan je, lepastu tolong taburkan badam. Yang lain, semua en.aril siapkan. Seronok kot dapat makan biskut almond london yang sama. Frust sikit jelah sebab badam yang aku panggang tu kurang garing. Jadi takdelah krup krap krup krap bila makan. Yang ni memang salah aku. Tak menyempat nak memanggangkan, terimalah akibatnya sendiri, hihihi.
ALMOND LONDON
Alhamdulillah, dapat 3 bekas almond london kitorang. Jadilahkan. Untuk makan anak beranak sebelum aku beranak ni ha. Buat sendiri memang puas hati, boleh tabur coklat + badam ikut suka hati. Kalau beli dengan orang, ada je yang tak puas hati :)
En.aril tag gambar biskut ni kat FB aku, tetiba BFF aku aku boleh mesej plak keesokan harinya tanya aku jual ke biskut ni. Oh no my dear!! Aku tak jual, aku buat untuk makan sendiri je. Kuih yang aku jual kuih orang belaka, hikhikhik. Aku tak GAGAH lagi nak jual biskut raya aku.
Oh, cakap pasal kuih raya yang aku jual, alhamdulillah tahun ni aku sambung kontrak jadi ejen cookies kak d lagi. Seronok sangat tau jual cookies Mak Aji ni sebab cookies dia memang sedap kebabom! Tahun ni aku tak berani amik banyak, cukup 50 balang je buat tambah-tambah duit nak raya ni. Aku pon takde buat promosi beria. Cukup sekadar member-member ofis dengan member-member yang dah pernah beli cookies Mak Aji ni tahun lepas. Bukan aku taknak promote beria, takut tetiba karang aku bersalin, siapa pulak nak handle hantar cookies ni nanti. Kalau setakat ofismate dengan member-member rapat, takde hal. Aku boleh mintak en.aril tolong bagikan.
Harinipon dah setel aku bawak semua cookies yang diorang tempah. Aku bagi siap-siap kat diorang, duit nak bayar, gaji nanti pon boleh. Yang penting biskut dah ada kat diorang. Senang sikit aku nak beranak nanti. Takdelah terfikir-fikir cookies diorang (^_^)
Maaflah kalau ada yang tak sempat order ye. Ce korang tanya ejen-ejen cookies kak d yang lain. Mana tau ada rezki korangkan, insyaAllah (^_^)

mmg puas ati kan klu dpt wat sndri...bley ikut selera sndri kan...sy pun order kukis kak di, ni pes time, dgr org ckp sedap tu yg try tu
BalasPadamklu awak suka cookies famous amos, insyaAllah mesti awak akan suka cookies kak d ni jugak :)mcm sya aritu je 3 balang kami anak beranak makan sebelum puasa, hihihi. bila sekali dah makan, rasa nak lagi, dan lagi dan lagi :)
Padam