Minyak naik lagi, ada aku kesah?
Amboi-amboi, kemain penuh newsfeed dengan orang mengkomen isu minyak naik ye. Ate, nak buat macam mana. Kuasa kat tangan diorang, bukan kat tangan kita ni ha. Letih je bercakap, tak jadik menda pon.Aku hanya mampu LIKE jelah status korang buat masa ni. Bukan ape, komen lebih-lebih pun, tak jadik menda. Lagik bertambah sakit hati adelah. Wat lek, wat peace sudeh. Bukanlah kata aku ni banyak sangat duitnya sampaikan tak kesah harga minyak ni naik. Jangan salah faham ye. Tapi, isu ni dah selalu sangat. Diorang yang tentukan semua ni. Kita orang bawah ni, nak tak nak terpaksa hadap jelah. Biarlah YANG KAYA MAKIN KAYA, YANG MISKIN MAKIN MISKIN, ye tak??? Kalau nak kata tak terasa, tipulah. Aku ni dahlah berulang PUTRAJAYA - KL 5 hari seminggu. Apa korang fikir? Duit minyak takat RM400 sebulan tu kadang masih tak cukup tau. Setakat nak pergi balik kerja bolehlah. Pastu, anak-anak, tak payah pergi berjalan ke? Kerjanya setiap hujung minggu, kita duduk dendiam je kat rumah. Bila nak pergi beli barang dapur pun, pergi naik motor je, biar penuh - sepenuhnya bakul motor tu kita sumbatkan sebab nak jimat punya pasal. Nak menziarah mak bapak kat kampung pun pasni kena jadi 3 4 kali je setahun. Adoiii!! Memang taklah aku rasa. Bagi aku, biarlah aku potong belanja lain, asalkan anak-anak aku boleh bawak pusing-pusing setiap minggu dan aku dapat balik kampung menziarah family setiap bulan. Ini,cara aku, korang aku tak taulahkan.
Sekarang ni, memang nak tak nak, semuaaaaaa orang TERPAKSA fikirkan jalan lain untuk tambah income family. Duduk bandar besar ke kecik ke, sama je semua. Semua kena ada duit. No money, no talk. Setuju? Ligat kepala aku memikir, nak buat side income apa lagi lepas ni ye. Memang kalau ikut JIWA, aku suka berniaga. Cumanya, maybe kena RAJIN + KUAT SEMANGAT jelah untuk berjaya macam orang lainkan. Bisnes nie ada macam-macam. Pilih jelah yang mana ko berkenan. Try and error tu adat bisnes. Jatuh, bangun perkara biasa. Memang kena amik risiko. Kalau tak berani, memang tak kemanalah jawabnyakan. Dahlah, malas pulak aku nak cakap pasal bisnes ni. Selagi takde apa, buat apa nak gebang lebih. Dok dendiam je kat situ, kakakaka.
Pagi ni korang breakfast ape? Arini aku breakfast nasi goreng+roti telur je, aku tapau siap-siap dari rumah. Sekarang ni, memang kerap aku tapau makanan je sebab en.aril memang tak suka sangat beli makan kat luar. Macam semalam, aku tak sempat nak buat breakfast untuk dia, boleh pulak seharian dia tak makan. Bukan takde café kat opis, tapi dia kata dia bizi sangat + malas nak turun, tu yang dia tunggu nak makan malam kat rumah je. Sekali, tak memasal dapat makan pukul 9.30 malam gara-gara safiyya kena amaik neb semalam kat KK Presint 9. Aku memang perasan kelmarin dia batuk non stop pastu asyik bersin je. Dah terdetik dalam hati kot-kot nak demam ke safiyya ni. Sekali masa amik kat umah acik petang semalam, dia dah tak aktif macam biasa. Nafas bunyi semacam, tarik nafas pon dalam je. Memang takdenyalah aku nak tunggu. Call en.aril siap-siap, suruh dia tunggu bawah rumah sebab nak bawak safiyya amik neb.
Dapat sekali neb, legalah pon dia. Barulah dia aktif dan nak main macam biasa, sampaikan dekat pukul 1 lebih baru tido. Aku ngan en.aril awal-awal lagik dah pengsan. Dia main dua beradik je sambil tengok kartun. Sedar-sedar je diorang nak susu. Pastu terhidu dua-dua bau busuk. Berak rupanya. Berjemaah pulak korang ni ye. Bangkitlah aku pukul 1.30 pagi setelkan diorang semua, tutup tv, ajak masing-masing masuk bilik. Pok pok sikit tidurlah 2 beradik tu sampailah pukul 6 pagi tadi. Time aku bangun nak menggoreng breakfast, time tulah diorang pun menyibuk sekali kat dapur. Dapatlah bekalkan diorang roti telur. Nak bagi nasi goreng tak boleh. Pedasssss! Nanti sakit perut pulakkan :)
Safiyya memang dah sah-sah ada asma + resdung. Dia memang alah betul kalau makan seafood ni. Kesian betul anak mama, kecik-kecik lagi dah berpenyakit. tapi, takpelah. Sakit itu ujian. Orang lain, lagi hebat sakitnyakan. Lepas ni, nak cari Tadika safiyya memang aku kena cari yang takde ekon. Dia alah ekon jugak. Kalau lama-lama berekon, mulalah hidung sumbat + terbatuk-batuk. Korang tau tak mana-mana tadika kat area Putrajaya yang tak berekon? Share okeh (^_^)

saffiya same la ngan anak aku aqil tu. asma. tp aqil dh setahun lbh kene pakai inhaller. mmg cmfrm asma mcm ayah dia. die pun alah pd aircond gak. so mmg aku cari taska yg xde aircond tuk dia. klu ofis ptrajaya punya xblh sbb aircond sejuk gile kan. so aku daftar taska kat p11.. taska laman cerdik. mmg situ xde aircond pun.
BalasPadamoh ye. laman cerdik takde ekon eh??? menarik ni. boleh aku survey..tq kin :)
BalasPadam